Anmum Essential Gold Menyokong Keperluan Perkembangan Keseluruhan Kanak Kanak


Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Kanak-kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori 'generasi Alfa' atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas sekali gus menjadikan perkembangan keseluruhan anak-anak ini menjadi semakin penting.

Itulah sebabnya Anmum ESSENTIAL GOLD baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien - nutrien penting  untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD dirumus dengan 33% lebih banyak DHA*, MFGM+ GA, prebiotik dan 15 nutrien penting. Pemakanan dan rangsangan yang baik adalah penting untuk menyokong lapan aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Anmum ESSENTIAL GOLD 

Kebaikan Anmum ESSENTIAL GOLD: Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa
Lapan aspek penting perkembangan merangkumi pertumbuhan fizikal; persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan fizikal; daya tahan tubuh yang baik untuk membantu anak dilindungi; perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar; perkembangan mata, yang menyokong keupayaan untuk memberi tumpuan dan belajar serta perkembangan sosial dan juga emosi.

Kaji selidik dalam talian Anmum Essential baru-baru ini menunjukkan sembilan daripada sepuluh orang ibu bersetuju bahawa terdapat banyak aspek tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka yang memerlukan sokongan. Kaji selidik tersebut meninjau 304 orang ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun. Namun, sebilangan ibu bapa tersebut juga mengakui bahawa mereka tidak memberi perhatian sama rata terhadap setiap aspek perkembangan anak mereka. Contohnya, perkembangan mata yang sihat dan perkembangan sosial dan emosi kadang kala diabaikan. Dr. Rajini Sarvananthan, Pakar Perunding Umum dan Pakar Perkembangan Pediatrik mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami bahawa perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak mempengaruhi segenap aspek perkembangan yang lain.

 “Perkembangan sosial dan emosi membolehkan kanak-kanak memahami siapa diri mereka, apa yang mereka rasakan dan apa yang diharapkan ketika berinteraksi dengan orang lain. Ini akan terus membantu mereka membentuk dan mengekalkan hubungan positif; mengalami, mengurus dan meluahkan emosi; serta meneroka dan melibatkan diri dalam persekitaran mereka. "
Hubungan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan mereka. Hal ini disebabkan oleh hubungan mewujudkan pengalaman penting yang mengajar mereka apa yang ada di sekeliling mereka dan membentuk cara mereka melihat dunia. Hubungan yang paling penting adalah antara anak dan ibu bapa mereka. Hubungan dengan ahli keluarga yang lain, penjaga, termasuk pendidik, dan kanak-kanak lain, juga sangat penting. Kanak-kanak membentuk dunianya melalui hubungan penting ini.

Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd mengatakan bahawa dalam keadaan ini Anmum Essential Gold dapat membantu.

“Anmum Essential Gold dirumus untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan Generasi Alfa secara keseluruhannya. Kanak-kanak memerlukan tenaga untuk aktiviti dan interaksi harian mereka yang membentuk sebahagian daripada perkembangan sosial. MFGM, atau membran globul lemak susu, merupakan kunci di mana kajian saintifik telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai pengawalan emosi dan tingkah laku yang lebih baik1.”
Selain daripada perkembangan sosial dan emosi ini, Anmum Essential Gold juga mengandungi nutrien termasuk Vitamin A untuk menyokong fungsi mata. Dalam tinjauan Anmum Essential, tujuh daripada sepuluh orang ibu mengaku bahawa mereka tidak membawa anak mereka untuk melakukan pemeriksaan mata namun bersetuju bahawa perkembangan mata itu adalah penting.

“Masalah penglihatan, jika tidak diberikan perhatian, boleh menimbulkan masalah dalam koordinasi motor halus, ketangkasan dan manipulasi; persepsi mendalam, yang mempengaruhi keupayaan untuk bergerak di permukaan yang tidak rata, tangga dan mendaki; dan membentuk kemahiran literasi dan numerasi yang boleh mengakibatkan masalah kurang perhatian dan ketidakupayaan belajar,” kata Dr. Rajini.Anmum ESSENTIAL GOLD menyokong keperluan perkembangan keseluruhan kanak-kanak 

Dr. Rajini juga menyatakan bahawa Generasi Alfa yang dilahirkan dalam dunia digital sering terdedah kepada aktiviti pada skrin peranti pintar, dan peningkatan masa di hadapan skrin ini mendatangkan mudarat kepada penglihatan kanak-kanak.

Selain perkembangan fizikal, sosial dan emosi, seorang kanak-kanak juga memerlukan pemakanan seimbang untuk membina minda dan badan yang kuat agar cemerlang di kemudian hari. Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina bersetuju bahawa perkembangan holistik anak tidak dapat diketepikan apabila ibu bapa memberi tumpuan kepada pertumbuhan otak dan perkembangan pembelajaran.
"Dalam aspek ini, kesihatan usus sangat penting kerana usus adalah pintu masuk kepada penyerapan nutrien yang baik serta bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit," katanya. 
"Usus ialah rumah bagi 70% sistem imun badan. Sekiranya usus anak anda tidak menjadi benteng yang kuat, mereka lebih mudah jatuh sakit. Dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik pada usus anak anda, anda dapat membantu membina daya pertahanan badan dan membuat mereka merasa bertenaga dan tidak ketinggalan dalam kelas dan dapat bersosial bersama rakan sebaya!" tambah Dr. Yong Junina.
Wendy Goh menjelaskan bahawa persekitaran usus yang baik sangat penting untuk penyerapan nutrien yang berkesan. Prebiotik dalam Anmum ESSENTIAL GOLD baharu boleh memainkan peranan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan persekitaran usus yang baik.

Harga Anmum ESSENTIAL GOLD
Perkembangan holistik anak anda bermula dengan pemakanan yang baik! Anmum ESSENTIAL GOLD Langkah 3 baharu sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD kini dijual di pasar raya besar di seluruh negara dan platform e-dagang, dengan harga runcit yang disyorkan ialah RM44.90 untuk 550g dan RM86.90 untuk 1.1kg.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Anmum Essential di https://www.facebook.com/AnmumEssentialMY/ atau laman web di https://www.anmum.com/my/.



Rujukan:
 [1]Veereman-Wauters, G., Staelens, S., Rombaut, R., Dewettinck, K., Deboutte, D., Brummer, R. J., Boone, M., & Le Ruyet, P. (2012). Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition, 28(7-8), 749 -752.


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cekgunorazimah.com/2020/07/anmum-essential-gold-menyokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
As Meningkatkan Sekatan Terhadap China Menyumbang Kepada Peningkatan Ketegangan Gambaran Keseluruhan Bagi Mata Wang Eur

As Meningkatkan Sekatan Terhadap China Menyumbang Kepada Peningkatan Ketegangan Gambaran Keseluruhan Bagi Mata Wang Eur

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 300 hits
Pertukaran Asia Pasifik merosot pada pagi Khamis di tengah tengah peningkatan risiko geopolitik dengan Shanghai Composite Index kehilangan 4 5 setelah Amerika Syarikat mengenakan sekatan visa kepada pekerja syarikat teknologi China termasuk...
Covid 19 248 Kes Baharu Di Singapura Keseluruhan 47 126

Covid 19 248 Kes Baharu Di Singapura Keseluruhan 47 126

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 249 hits
SINGAPURA 16 JULAI Singapura merekodkan tambahan 248 kes baharu jangkitan Covid 19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan 11 daripadanya melibatkan jangkitan dalam komuniti menjadikan angka keseluruhannya kini berjumlah 47 126 Menurut data ringka...
Tiada Maklumat Laporan Cftc Dan Tekanan Dolar Yang Semakin Meningkat Gambaran Keseluruhan Eur Dan Gbp

Tiada Maklumat Laporan Cftc Dan Tekanan Dolar Yang Semakin Meningkat Gambaran Keseluruhan Eur Dan Gbp

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 188 hits
Laporan CFTC yang dikeluarkan pada hari Jumaat tidak membawa kejutan Sebilangan besar mata wang komoditi mengukuhkan kedudukan mereka kedudukan beli pada yen merosot dengan mendadak dimana ia mungkin menunjukkan aliran semasa yang berterusa...
Dr Noor Hisham Pakai Pelitup Muka Kecuali Kanak Kanak Kurang Dari Dua Tahun

Dr Noor Hisham Pakai Pelitup Muka Kecuali Kanak Kanak Kurang Dari Dua Tahun

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR Penggunaan pelitup muka perlu diamalkan bersama penjagaan kebersihan tangan dengan kerap dan penjarakan fizikal yang selamat iaitu sekurang kurangnya 1 meter daripada orang lain Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abd...
Gallery Pembantu Rumah Ditahan Disyaki Dera Kanak Kanak

Gallery Pembantu Rumah Ditahan Disyaki Dera Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 264 hits
Nurulhuda Mohd Salleh SHAH ALAM Polis menahan seorang pembantu rumah semalam disyaki mendera seorang kanak kanak perempuan berusia setahun di Taman Klang Perdana Klang Rabu lalu Mangsa melecur di bahagian belakang badan punggung dan paha ap...
Covid 19 Thailand Catat Tiga Kes Baharu Keseluruhan 3 249 Kes

Covid 19 Thailand Catat Tiga Kes Baharu Keseluruhan 3 249 Kes

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 279 hits
BANGKOK 20 JULAI Thailand melaporkan tiga kes baharu Covid 19 kesemuanya warga negara itu yang kembali dari luar negara dan tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 3 249 dengan 58 kematian ...
Dolar Kehilangan Statusnya Sebagai Mata Wang Pelindung Gambaran Keseluruhan Eur Dan Gbp

Dolar Kehilangan Statusnya Sebagai Mata Wang Pelindung Gambaran Keseluruhan Eur Dan Gbp

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 270 hits
Laporan CFTC menunjukkan bahawa kedudukan spekulatif dalam mata wang utama tidak memihak kepada dolar lagi kedudukan jual yang meningkat menjadi 16 995 bilion hampir mencapai tahap tertinggi baru baru ini iaitu 17 35 bilion Sebilangan besar...
Emas Memecah Rekod Di Tengah Kejatuhan Dolar Gambaran Keseluruhan Eur Dan Gbp

Emas Memecah Rekod Di Tengah Kejatuhan Dolar Gambaran Keseluruhan Eur Dan Gbp

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 188 hits
Laporan CFTC yang diterbitkan pada hari Jumaat mengesahkan aliran minggu minggu sebelumnya harga bergerak di pasaran mata wang dan komoditi sepenuhnya sesuai dengan kedudukan spekulator Kenaikan terbesar adalah dalam euro dan emas dan jika ...
Pelabur Memilih Berita Baik Gambaran Keseluruhan Usd Nzd Dan Aud

Pelabur Memilih Berita Baik Gambaran Keseluruhan Usd Nzd Dan Aud

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 196 hits
Lebihan mudah tunai dan turun naik pasaran bon menjadi faktor utama yang menyebabkan kelemahan dolar AS dan pemulihan yang berterusan dalam indeks saham Laporan wabak baru serta laporan coronavirus baru diabaikan Pelabur lebih suka menjawab...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses

6 Bulan Sudah Berlalu