Anjing Kucing Jalanan Makan Mewah Kerana Lelaki Ini Berhutang Saya Makan Nasi Dengan Telur Goreng Cicah Kicap Dah Cukup



Anfalazie Anuar atau lebih mesra dengan panggilan Ann menghabiskan wang upahnya sebagai penjaga parkir dengan membeli makanan untuk kucing dan anjing jalanan.
MEMPUNYAI dua kerja dalam satu masa bukan lagi sesuatu yang luar biasa terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

Realiti kehidupan masa kini dengan kos sara hidup yang tinggi memaksa mereka melakukan lebih daripada satu kerja.

Tetapi lain pula kisahnya dengan seorang pemuda yang kisahnya sebagai pencinta haiwan ini tular.

Bukan semata-mata mencari sesuap nasi untuk dirinya sahaja, tetapi dia melakukan dua kerja; sebagai pekerja pembersihan sepenuh masa dan penjaga parkir demi memberi makanan kepada kucing dan anjing jalanan.

Ann memberi makanan kepada kucing dan anjing menggunakan upahnya menjaga parkir kereta.
Anfalazie Anuar, 30, berkata, dia sudah memberi makanan kepada kucing dan anjing liar selama lebih 10 tahun, tetapi memasuki tahun keenam dia melakukannya secara serius.

Lebih mesra dengan panggilan Ann, pemuda yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang ini turut membela 10 ekor kucing di rumah keluarganya di Bukit Mertajam.

"Saya memang sayang dengan haiwan. Ibu didik saya untuk menyayangi segala macam jenis binatang dan jangan sesekali mengasarinya.

"Bukan setakat kucing dan anjing saja kena sayang. Dulu pernah ada ular masuk ke rumah kami, tapi saya tak bunuhnya tetapi bawa ia keluar dan lepaskan," katanya.

mStar sebelum ini melaporkan mengenai pemuda yang memberi makanan kepada kucing dan anjing jalanan selepas ia dikongsi oleh Azman Ali menerusi halaman Facebooknya.
Azman (kanan) berkongsi kisah mengenai Ann di halaman Facebooknya.
Ann berkata, dia memperoleh gaji sebagai pekerja pembersihan sebanyak RM850 sebulan, manakala upah RM30 sehari menjaga parkir kereta selama dua minggu setiap bulan.


"Upah RM30 sehari yang saya dapat jaga parkir kereta hanya untuk beli makanan buat kucing dan anjing. Jika hendak diikutkan, upah yang dapat tu memang tak cukup.

"Apa yang saya buat adalah saya bayar dulu guna duit yang ada, bakinya saya hutang dengan peniaga di pasar. Bila dapat gaji tetap bulanan, baru saya jelaskan baki hutang tu," katanya sambil menambah perbelanjaan makanan kucing dan anjing turut dibantu oleh adik-adiknya.

Makanan berupa ikan dan ayam untuk kucing dan anjing jalanan dibeli di pasar berdekatan.
Siapa sangka dengan gaji yang tidak sebesar mana, pemuda yang hanya belajar setakat tingkatan tiga ini hidup serba sederhana bersama ibu dan tiga beradik.

"Saya bersyukur dengan rezeki yang ada, cukuplah nak bernafas untuk makan dan minum bersama keluarga termasuk memberi makanan kepada kucing dan anjing.

"Pasal makan memang tak berbelanja mewah, kalau dapat makan nasi kosong berserta telur goreng cicah dengan kicap pun dah cukup.

"Kadang-kadang ada rezeki lebih bila adik yang kerja di restoran bawa balik baki makanan berlauk yang tak habis dijual. Kalau ada kuah gulai, makan dengan telur goreng," ujarnya.

Rezeki yang diterima Ann dikongsikan bersama kucing dan anjing jalanan.
Dalam pada itu, Ann menjelaskan bahawa motosikal yang digunakannya ketika ini dipinjam daripada adiknya berikutan motosikalnya mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki.

"Dapat pinjam motor adik pun dah OK. Kalau nak pakai motor sendiri kena ada duit untuk baiki. Lebih baik saya gunakan duit tu untuk beli makanan buat kucing dan anjing.

"Tiap-tiap hari saya akan datang beri makan kepada haiwan-haiwan ni walau demam sekalipun. Kalau tak, saya sendiri yang akan rasa lebih sakit dan serba-salah sebab tak bagi mereka makan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2019/05/anjing-kucing-jalanan-makan-mewah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau Demam Pun Saya Akan Datang Beri Kucing Anjing Jalanan Ini Makan

Walau Demam Pun Saya Akan Datang Beri Kucing Anjing Jalanan Ini Makan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 289 hits
Viral di media sosial gambar seorang lelaki memberi makanan kepada sekumpulan kucing dan anjing liar membuatkan netizen rasa terharu dengan kebaikan yang dilakukannya itu nbsp Menurut Azman Ali yagn berkongsi gambar tersebut di Facebook ber...
Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yang Sedap Cukup Masin Manis Lemak Dan Pedas

Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yang Sedap Cukup Masin Manis Lemak Dan Pedas

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 920 hits
Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yang Sedap Cukup Masin Manis Lemak Dan Pedas Salam semua alhamdulillah selamat berpuasa semua untuk tahun 1440 Hijrah ini Dah sahur apa tadi hii kita goreng telur mata kerbau makan dengan nasi b...
Wow Gadis Wanita Cina Lancar Gerakan Kumpul Dana Terharu Tengok Pemuda Kurang Duit Gigih Beri Makan Haiwan Jalanan

Wow Gadis Wanita Cina Lancar Gerakan Kumpul Dana Terharu Tengok Pemuda Kurang Duit Gigih Beri Makan Haiwan Jalanan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 416 hits
Wanita Cina lancar gerakan kumpul dana terharu tengok pemuda kurang duit gigih beri makan haiwan jalanan Michelle Teng bersama anjing peliharaannya Yuuki Foto Michelle Teng Ann memberi makanan kepada anjing dan kucing jalanan Foto ihsan Azm...
Waspada Sindrom Nasi Goreng Keracunan Bakteri Akibat Sembarangan Memanaskan Makanan

Waspada Sindrom Nasi Goreng Keracunan Bakteri Akibat Sembarangan Memanaskan Makanan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 365 hits
Pikir pikir lagi deh kalau mau manasin atau masak nasi sisa yang udah didiamkan lama Mudah mudahan daya tahan tubuhmu lagi oke aja
Niat Mahu Menyusukan Anak Tak Pernah Skip Makan Nasi Puas Hati Tengok Anak Sihat

Niat Mahu Menyusukan Anak Tak Pernah Skip Makan Nasi Puas Hati Tengok Anak Sihat

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 507 hits
Pengalaman menyusukan anak lain lain Ada yang dipermudahkan ada yang terpaksa melalui cabaran diperingkat awal Namun itulah momen yang akan diingati oleh kaum ibu bila anak anak dah besar Pengalaman ibu ini melalui perjuangan menyusu anak b...
Lepak Makan Nasi Lemak Di Kopitime Cafe Subang Parade

Lepak Makan Nasi Lemak Di Kopitime Cafe Subang Parade

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 550 hits
Hi Korang Perkara pertama yang kak lily suka buat time cuti adalah lepak Yelah dah nama pun cuti kan so haruslah kita melepak tapi bukanlah lepak di tepi tepi tembok main gitar bagai Itu bukan ahkak ko ni wokeh Cuti 1st Mei hari tuh tak de ...
Sepinggan Nasi Sup Bersama Telur Dadar Rm50 Mahal Tidak

Sepinggan Nasi Sup Bersama Telur Dadar Rm50 Mahal Tidak

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 571 hits
Boleh dikatakan ramai anak muda kini memilih untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan Namun bukan mudah untuk berniaga memandangkan banyak saingan diluar sana dan memerlukan kelainan untuk menambat hati pembeli Tetapi apa saja produk y...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Potong Cake Birthday

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Seperguruan

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Luahan Terbaik Seorang Pelukis