Anita Sarawak Berkrisis Dengan Noor Kumalasari



Anita Sarawak berkrisis dengan Noor Kumalasari
Hubungan bekas model, penyanyi dan pelakon popular era 1970-an dan 1980-an, Noor Kumalasari, 66, dengan kakaknya yang juga penyanyi bertaraf superstar, Anita Sarawak, 70, tak ubah seperti isi dan kuku.
Biarpun dilahirkan berlainan ibu, hubungan dua anak bintang legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor amat akrab sejak kecil. Mungkin disebabkan membesar bersama, ikatan kekeluargaan tetap utuh biarpun arwah ibu bapa sudah tiada lagi.
Seperti diketahui, Anita atau lebih mesra disapa Kak Nita adalah satu-satunya anak arwah S Roomai Noor bersama bintang legenda, Allahyarham Siput Sarawak, manakala Noor pula anak heroin filem Melayu klasik terkenal, Allahyarham Datin Umi Kalthum.
Umpama cubit paha kiri, paha kanan terasa. Apa sahaja isu dan kontroversi yang menghambat Kak Nita, Noor pasti menjadi ‘jurucakap’ mempertahankannya. Kak Nita, bukan seibu, tetapi tetap kakak kandung ‘berbintikan’ satu bapa.
Noor dan adik-beradik lain juga menjadi tempat penyanyi lagu Akhirnya Kini Pasti dan Seksis itu menumpang kasih, sejak kecil kerana Kak Nita adalah anak tunggal dan tiada adik-beradik lain.
Malah, bekas model yang pernah diangkat sebagai Model Of The Year 1978 itu menjadi pendengar setia setiap kali Kak Nita berdepan masalah peribadi atau kerjaya.
Diam tak diam, kini sudah 11 tahun Kak Nita menghilangkan diri dan misteri kehilangannya masih belum terungkai.
Sejak pertengahan 2011, Noor sering diburu wartawan hingga meletakkannya dalam situasi sukar. Umpama ditelan mati emak, diluah mati bapa jika diminta bercerita mengenai Kak Nita.
Pelbagai versi cerita tersebar, namun, penyanyi yang popular dengan lagu Mata dan Hati Seorang Kekasih tetap mempertahankan kakaknya.
Namun, ia tetap menjadi teka-teki apabila Kak Nita tidak pernah muncul biarpun pada hari pengebumian ibu tirinya, arwah Umi Kalthum yang sangat rapat dengannya pada 2013.
Selepas sekian lama memendam perasaan, akhirnya Noor secara eksklusif meluahkan apa yang terbuku di hatinya kepada BH Online.
Jauh di sudut hati, bintang filem Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan Esok Untuk Siapa ini mengakui, dia agak terkilan Kak Nita seakan menjauh diri dan tidak pernah menghubunginya sejak 2014.
“Jujurnya, saya amat merindui Kak Nita. Kami membesar bersama sejak saya berusia empat tahun.
“Kak Nita ibarat kakak dan sahabat baik berkongsi suka duka. Walaupun tidak dilahirkan satu ibu, semua itu tidak pernah menjarakkan perhubungan antara kami sebelum ini.
“Saya menjadi tempat Kak Nita mengadu nasib. Kami sering berbual di telefon hingga jauh malam.
“Walaupun Kak Nita duduk jauh, tetapi selalu sahaja menghubungi saya dan berkongsi cerita. Kini, sudah lapan tahun Kak Nita menjauhi saya.
“Sejak itu, saya juga tidak menerima panggilan ucapan hari jadi seperti sering dilakukannya, setiap tahun,” katanya dalam nada sebak.
Penerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, sebelum mengambil keputusan pulang ke Las Vegas, Kak Nita sering menghubunginya untuk meluahkan perasan terutama mengenai kerjaya.
“Namun, saya percaya satu peristiwa ini menyebabkan Kak Nita mungkin berkecil hati dengan saya hingga hari ini.
“Kak Nita pernah meminta saya menonton dan memberi komen terhadap lakonannya dalam sebuah drama. Beliau memegang watak detektif wanita.
“Apabila saya menyatakan kebenaran, Kak Nita tidak dapat menerimanya, malah enggan terima kritikan.
“Sejak itu, hubungan kami renggang. Saya terkejut Kak Nita mengambil keputusan tergesa-gesa pulang ke Las Vegas, itu pun saya tak tahu.
“Kak Nita dan suaminya, Mahathir Abdullah minta dua adik-beradik, Noor Salasawati dan Noor Jumaaton menghantar ke lapangan terbang. Beliau pulang ke Las Vegas tanpa terlebih dahulu bertemu saya dan ahli keluarga lain,” katanya.
Bagaimanapun, Noor berkata, Kak Nita masih berhubung dengan kakaknya, Noraini.
“Sebelum ini, saya pernah menghubungi Kak Nita beberapa kali, tetapi panggilan saya tidak pernah dijawab.
“Sebagai adik, saya tidak mahu Kak Nita terus berjauhan hati dengan saya. Jadi, saya berusaha mencarinya, tetapi, apakan daya, Kak Nita masih berkecil hati dengan saya.
“Saya rasa terkilan sangat. Jika dahulu, Kak Nita menjadi orang pertama akan menghubungi saya jika tahu menang apa-apa trofi anugerah.
“Saya tunggu juga panggilannya ketika diangkat sebagai penerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, ABPBH 31, tetapi hampa,” katanya.
Noor berkata, dia kini tidak lagi bertanya khabar Kak Nita menerusi Noraini.
“Saya tak tahu apa-apa perkembangan Kak Nita lagi. Saya juga sudah malas mahu bertanya,” katanya.
Namun, Noor berkata, jauh di sudut hati tetap berharap bertemu Kak Nita, suatu hari nanti.
“Jika bertemunya, saya ingin memeluk dan mahu melihat Kak Nita sihat di depan mata.
“Saya juga ingin minta maaf jika melakukan kesilapan hingga melukakan hatinya.
“Hingga kini, saya tidak putus berdoa semoga Kak Nita dibukakan pintu hati kembali ke pangkuan keluarga. Saya nak Kak Nita tahu, keluarga di Malaysia amat menyayangi dan merinduinya,” katanya. BH
Anita Sarawak berkrisis dengan Noor Kumalasari
Baca Artikel Menarik:
Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya… Pencemaran bau diesel: Premis terima perintah tahan operasi Mawi dibidas Pakar Buah Pinggang, kenyataan menipu dan menunggang agama Sherry Ibrahim berusaha untuk kahwin Pusat tahfiz impian Janna Nick bakal jadi kenyataan Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni Lelaki ditahan larikan isteri orang, rempuh kereta polis Polis ‘jemput’ 2 remaja di rumah selepas pamer aksi ‘wheelie’, ‘scorpion’ Penduduk arak kekasih berzina di bulan Ramadan Siapa pakai baju Melayu dengan sneakers gua rembat – Joe Flizzow Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/06/anita-sarawak-berkrisis-dengan-noor-kumalasari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Sets 2030 Target For Roads To All Villages

Sarawak Sets 2030 Target For Roads To All Villages

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 191 hits
Sarawak JKR engineers on a site visit in January for a road project to connect several longhouses in Kapit division KAPIT All divisional engineers of the public works department in Sarawak have been instructed to identify rural areas and vi...
Orang Asal Group From Sarawak Boards Flight In Traditional Costume

Orang Asal Group From Sarawak Boards Flight In Traditional Costume

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 212 hits
A composite image showing some of the delegation members boarding the plane and sitting in their seats Photo courtesy of Gabungan Orang Asal Sabah SarawakKOTA KINABALU No doubt many travellers at the airport here and in Miri did a double ta...
We Ve S Pay Says Sarawak Premier After Bnm Rejection Of Digital Licence

We Ve S Pay Says Sarawak Premier After Bnm Rejection Of Digital Licence

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 254 hits
Sarawak Yang di Pertua Negeri Abdul Taib Mahmud with Sarawak premier Abang Johari Openg at the Aidilfitri open house held at the Borneo Convention Centre in Kuching today KUCHING Sarawak premier Abang Johari Openg says he accepts Bank Negar...
Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2022 2023

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2022 2023

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 278 hits
PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK 2022 2023 Kepada anak kelahiran Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sepenuh Masa yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia atau Univers...
Sarawak Dap Psb To Begin United Front Talks Tomorrow

Sarawak Dap Psb To Begin United Front Talks Tomorrow

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 184 hits
Sarawak DAP deputy chairperson Alice Lau has announced that her party and Parti Sarawak Bersatu will commence negotiation for a united front for the 15th general election on Monday Lau told the Borneo Post yesterday that she will represent ...
Expect Spike In Covid 19 Cases After Raya Says Noor Hisham

Expect Spike In Covid 19 Cases After Raya Says Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 199 hits
Dr Noor Hisham Abdullah presenting Raya goodies at Hospital Putrajaya PUTRAJAYA The health ministry expects a spike of positive Covid 19 cases after the Hari Raya Aidilfitri celebration However the majority of cases are expected to be in ca...
Sharnaaz Ucap Hari Ibu Buat Noor Nabila Pemilihan Calon Mak Baru Kini Dibuka

Sharnaaz Ucap Hari Ibu Buat Noor Nabila Pemilihan Calon Mak Baru Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 176 hits
Warganet mengambil peluang memberi ucapan Hari Ibu kepada insan tercinta yang disambut pada hari ini Begitu juga dengan golongan selebriti mereka berkongsi dedikasi istimewa buat wanita bergelar ibu Pelakon popular Sharnaaz Ahmad tidak terk...
Sarawak Accepts Bnm S Decision To Not Approve Digital Bank Licence

Sarawak Accepts Bnm S Decision To Not Approve Digital Bank Licence

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 179 hits
Sarawak Premier Abang Johari Openg said he accepts Bank Negara Malaysia s decision not to approve the state s application for a digital bank licence He said the state would not reapply for the licence I think it should be okay not a problem...
Keluar Sarawak Atau Lupakan Bentuk Kerajaan Seterusnya Pn Diberitahu

Keluar Sarawak Atau Lupakan Bentuk Kerajaan Seterusnya Pn Diberitahu

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 259 hits
Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya PN diberitahu Perikatan Nasional perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya ia menaruh sebarang harapan untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya kata penganalisis politik Fel...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada