Anifest 9 2025 Kepelbagaian Adaptasi Memacu Kejayaan Industri Kreatif


Kuala Lumpur – Festival ANIFEST ‘9 2025 yang berlangsung meriah di KL Gateway Mall baru-baru ini menutup tirainya dengan penuh warna dan semangat. Sepanjang dua hari penganjuran, festival tersebut menjadi pentas meraikan kreativiti, semangat kolaborasi serta penghargaan terhadap komuniti seni tempatan.
Bertemakan “Variasi & Adaptasi”, edisi kali ini menyerlahkan daya tahan dan kebolehsuaian industri kreatif negara dalam menghadapi arus perubahan teknologi, kehendak pasaran dan dinamika budaya moden.
Lebih daripada sekadar acara tahunan, ANIFEST berfungsi sebagai platform penting yang menghimpunkan penggiat seni dan kreatif dari seluruh Malaysia untuk bertemu, berkongsi pengalaman serta memperkukuh jaringan profesional. Festival ini menarik ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan termasuk institusi pendidikan, studio animasi, penerbit komik, syarikat teknologi kreatif dan bakat baharu yang sedang menapak dalam industri.

Penyertaan antarabangsa turut memperkukuh keunikan festival tahun ini dengan kehadiran wakil dari WilkGames (Brunei), Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) serta Institut Kesenian Jakarta (Deskov IKJ). Penglibatan mereka membuka ruang kepada perkongsian rentas budaya dan idea baharu dalam pembangunan kandungan kreatif serantau, sekali gus memperlihatkan potensi kerjasama antara Malaysia dan negara jiran dalam memperkukuh ekosistem industri animasi dan media digital.
Merentas Generasi & Cabang Seni
Keunikan ANIFEST terserlah melalui keupayaannya menghubungkan generasi lama dan baharu dalam dunia seni. Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Azman Yusof, Pelukis Diraja Selangor, yang dianggap antara tokoh paling berpengaruh dalam dunia seni lukis dan komik tempatan. Dalam sesi perkongsian inspiratifnya, beliau mengenang perjalanan panjang dalam dunia seni yang penuh cabaran dan perubahan.

“Saya amat berbesar hati dapat bersama menjayakan ANIFEST edisi ke-9 ini. ANIFEST bukan sekadar festival, tetapi keluarga besar komuniti kreatif Malaysia. Inisiatif seperti ini wajar diperluaskan ke cabang-cabang seni lain seperti seni halus,” ujar beliau dengan penuh semangat.
Beliau turut mengimbau kembali era keemasan komik Malaysia sejak tahun 1950-an, ketika pelukis-pelukis tersohor seperti Saidin Yahya, Halim Teh, Raja Hamzah, Alias Kulup, Sulaiman Awang, Mishar (Meor Shariman Hassan), Rizalman, Rosdin, Rejabhad dan Nora memperkenalkan pelbagai gaya dan tema yang mencerminkan identiti tempatan.
Kenangan tersebut mengingatkan generasi kini bahawa seni komik bukan sekadar hiburan, tetapi cerminan nilai, humor dan budaya rakyat Malaysia.
“Dengan teknologi serba canggih hari ini, tiada sebab generasi muda tidak boleh melangkah lebih jauh. Teruskan perjuangan memartabatkan seni komik dan animasi Malaysia di persada antarabangsa,” pesan beliau penuh makna yang disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Selain ucapan inspiratif, festival turut menampilkan pelbagai bengkel dan sesi interaktif yang memberi peluang kepada pengunjung mencuba teknik animasi, ilustrasi digital serta reka bentuk karakter. Aktiviti ini membuka ruang kolaborasi dan pertukaran idea antara peserta dan pakar industri, sekali gus memperkukuh jaringan profesional yang penting untuk pertumbuhan bakat baharu.
Kandungan Kreatif Bertanggungjawab
Salah satu acara kemuncak festival ialah forum utama bertajuk “Konten Hebat, Konten Selamat” yang dipengerusikan oleh Encik Afiq Zulhilmi Baharudin. Forum ini menekankan kepentingan menyeimbangkan kreativiti, tanggungjawab sosial dan kepekaan budaya dalam penghasilan kandungan.

Barisan panel terdiri daripada Encik Amin Shabana (Komisi Penyiaran Indonesia), Encik Marzuki Abdullah (Pensyarah Fakulti Animasi dan Multimedia ASWARA) serta (Ts. Zulkifly Amirudin Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zingy TV).
Mereka sependapat bahawa karya seni yang baik bukan sahaja menarik secara estetika tetapi juga menghormati kepelbagaian budaya, agama dan sosial masyarakat. Kandungan kreatif yang bertanggungjawab berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan kefahaman, toleransi dan keharmonian dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Para panel turut berkongsi contoh situasi sebenar yang menunjukkan bagaimana karya yang dihasilkan tanpa kepekaan budaya boleh mencetuskan kontroversi. Hal ini menekankan kepentingan etika dan panduan profesional dalam proses penghasilan kandungan kreatif.
Ekosistem Kolaboratif & Sinergi
Dalam ucapan penutupnya, Timbalan Pengerusi ANIFEST, Tc. Mohamad Asrol Sani Othman, menegaskan bahawa kekuatan industri kreatif bergantung pada kolaborasi dan kemampuan beradaptasi.
Menurut beliau, tema Variasi & Adaptasi menggambarkan keupayaan industri untuk menyesuaikan diri dengan perubahan zaman tanpa mengabaikan akar tradisi yang menjadi asas identiti seni tempatan.
Beliau turut menegaskan bahawa pendidikan kreatif dan bimbingan berterusan daripada tenaga pakar amat penting bagi memastikan bakat baharu dapat berkembang ke peringkat global.
Ucapan beliau diakhiri dengan pesanan inspiratif yang mencerminkan semangat ANIFEST 2025: “Coming together is a blessing, keeping together is progress, working together is success.”
ANIFEST ‘9 2025 membuktikan bahawa festival seni bukan sekadar pameran karya tetapi sebuah ekosistem kolaboratif yang menggabungkan pendidikan, inovasi dan jaringan profesional. Ia memberikan ruang kepada peserta untuk membina jenama, memperkenalkan karya dan menjalin kerjasama strategik yang mampu membawa industri kreatif Malaysia ke tahap lebih tinggi.
Dengan gabungan pengalaman generasi lama, semangat inovasi generasi baharu dan sokongan institusi, ANIFEST menjadi lambang bagaimana kepelbagaian dan adaptasi boleh memacu kejayaan industri kreatif negara.

The post ANIFEST ‘9 2025: Kepelbagaian & Adaptasi Memacu Kejayaan Industri Kreatif appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/09/anifest-9-2025-kepelbagaian-adaptasi-memacu-kejayaan-industri-kreatif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Lancar Pelan Tindakan Dan Ekspo Ekonomi Kreatif 2025

Selangor Lancar Pelan Tindakan Dan Ekspo Ekonomi Kreatif 2025

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 964 hits
SELANGOR LANCAR PELAN TINDAKAN EKSPO EKONOMI KREATIF 2025 SELANGOR LETAK KREATIVITI SEBAGAI TUNJANG EKONOMI BAHARU AlongMurni berpeluang menghadiri sebuah majlis bersejarah iaitu Pelancaran Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 bertempat di P...
Myhalal Day 2025 Medium Perkasa Industri Halal Dan Usahawan Tempatan

Myhalal Day 2025 Medium Perkasa Industri Halal Dan Usahawan Tempatan

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 463 hits
MyHalal Day 2025 Medium Perkasa Industri Halal Dan Usahawan Tempatan KOTA KINABALU Bermula esok sehingga 28 September ini orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Program MyHalal Day 2025 yang berlangsung selama tiga hari di Wisma MUIS l...
Doa 1 Oktober 2025

Doa 1 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 394 hits
September Usai Dengan Kenangan Oktober Hadir Dengan Harapan Setiap bulan datang dengan ceritanya Ada yang penuh tawa ada yang penuh luka ada juga yang hadir sebagai persinggahan sementara dalam perjalanan hidup kita September melangkah perg...
Pemenang Top Komentator September 2025

Pemenang Top Komentator September 2025

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 644 hits
Assalamualaikum Goodbye Sept and welcome October Macam biasa hari ni 1hb SA akan umumkan pemenang Top Komentator di blog SA Maaf lewat skit announce sebab SA sibuk ada banyak meeting dengan esok nak kena pi training kat Putrajaya dengan nex...
Kes Pelajar Dibuli Hingga Murung Cederakan Diri Dalam Tindakan Kpm Fadhlina Kosmo 27 09 2025

Kes Pelajar Dibuli Hingga Murung Cederakan Diri Dalam Tindakan Kpm Fadhlina Kosmo 27 09 2025

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 972 hits
SEBERANG PERAI Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan segera berhubung kes buli melibatkan mangsa seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Hulu Langat Selangor yang didakwa mengalami tekanan emosi serius termasuk menunj...
Bab 10 Oktober 2025

Bab 10 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 526 hits
Masuk muka surat baru dah kita Bab 10 Oktober 2025 November Disember lepas tu dah tahun baru 2026 Cepatnya masa berlalu sebab bulan September banyak cuti dan banyak urusan Itu yang rasa kejap je 30 hari berlalu pergi Kann Bulan Oktober kita...
666 1 000 Alot666 Top 96 By Shellie Alot666 Alott Site 7 October 2025

666 1 000 Alot666 Top 96 By Shellie Alot666 Alott Site 7 October 2025

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 595 hits
Read Time 4 Minute 38 Second 100 alot666 100 1 000 RNG RTP 666 pgslot 666 pgslot 666 200 500 50 100 666 1 000 alot666 alot666 alot666 pg 10 100 pgslot pgslot 666 alot666 pgslot No 1 Pgslot Alot666 alott site 3 25 Shellie pgslot True wallet ...
Sretthi99 26 Oct 2025 Sretthi99 Sretthi99 Top 18 By Dominik St99b Com

Sretthi99 26 Oct 2025 Sretthi99 Sretthi99 Top 18 By Dominik St99b Com

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 281 hits
Read Time 5 Minute 33 Second 99 1 2 3 4 sretthi99 99 99 99 10 20 24 99 sretthi99 st99b com 1 2024 Dominik 99 Top 54 Happy 0 0 Sad 0 0 Excited 0 0 Sleepy 0 0 Angry 0 0 Surprise 0 0 The post appeared first on
Nhcce 2025 Pameran Percuma 300 Pempamer Amp Ilmu Dunia Dalam Satu Acara

Nhcce 2025 Pameran Percuma 300 Pempamer Amp Ilmu Dunia Dalam Satu Acara

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 394 hits
Kuala Lumpur sekali lagi bakal menjadi tumpuan serantau apabila Persidangan amp Pameran Modal Insan Kebangsaan kembali pada 6 hingga 8 Oktober ini bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre Kuala Lumpur NHCCE 2025
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia