Angsa Emas Jewellery Lancar Keahliah Aej Takaful Dan Rozita Che Wan Sebagai Muse Koleksi Lebaran


ANGSA EMAS JEWELLERY LANCAR KEAHLIAH AEJ TAKAFUL DAN ROZITA CHE WAN SEBAGAI MUSE KOLEKSI LEBARAN | Assalammualaikum semua! Pada 23 Februari 2023 bertempat Sheraton Imperial Petaling Jaya telah berlangsung acara pelancaran Kad Keahlian Angsa Emas Jewellery Takaful yang memberi manfaat kepada Khairat Kematian. Selain daripada itu, setiap pembelian akan membolehkan anda mengumpul mata ganjaran dan jumlah itu boleh di tebus dengan emas pilihan anda di Angsa Emas Jewellery.
Selain itu, selebriti terkenal dengan kecantikan dan versatil melakukan pelbagai perkara iaitu Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta telah dilantik sebagai Muse Angsa Emas untuk koleksi lebaran 2023. 

ANGSA EMAS JEWELLERY LANCAR KEAHLIAH AEJ TAKAFUL DAN ROZITA CHE WAN SEBAGAI MUSE KOLEKSI LEBARAN

Emas bukan sahaja cantik dijadikan perhiasan tubuh tetapi juga boleh dijadikan ‘dana kecemasan’ ketika dilanda musibah. 
Selain wang tunai, orang ramai boleh menyimpan emas sebagai benteng kewangan terakhir dengan menjual atau memajaknya untuk mendapatkan wang tunai segera. 
Sejajar dengan itu sebagai peneraju perniagaan emas patuh syariah di negara ini, Angsa Emas Jewellery mahu melaksanakan misi memperluaskan industri emas dan melakukan kolaborasi strategik


Pengarah Angsa Emas Jewellery, Datuk Zulhilmi Mukhtar berkata, syarikat mahu melaksanakan transaksi jual beli emas secara bersemuka dan di atas talian serta memperluaskan cawangan perniagaan

“Kami sedang membangun dan memperkasakan perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) patuh syariah di dalam perniagaan emas

“Antara perancangan lain syarikat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, menggiatkan lagi aktiviti promosi dan kolaborasi korporat untuk memperkenalkan nama Angsa Emas Jewellery

“Syarikat juga menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dengan menjadi pelopor perniagaan patuh syariah di Malaysia,” katanya kepada media. 
Sehingga kini, Angsa Emas Jewellery mempunyai dua kedai iaitu di Bangi dan Shah Alam. Untuk tahun 2023, Angsa Emas Jewellery berhasrat untuk membuka lagi 8 cawangan di seluruh Malaysia

KEAHLIAN ANGSA EMAS JEWELLERY (AEJ) TAKAFUL
Keahlian AEJ Takaful adalah sebuah pelan keahlian baharu yang diperkenal oleh Angsa Emas Jewellery kepada ahli-ahlinya atas kerjasama dengan Modularsoft yang diunderait oleh Etiqa General Takaful Berhad

Pelan keahlian ini menawarkan faedah yang lebih baik dengan memberikan nilai mata yang lebih tinggi untuk setiap pembelian disamping memberikan perlindungan kemalangan peribadi yang bernilai sehingga RM30,000 untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan. 
Pelan keahlian ini dibuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam serta berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 65 tahun. 

Encik Rozily Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Tengah Etiqa, berkata, “Etiqa General Takaful Berhad amat berbesar hati menawarkan sebuah pelan perlindungan Individu Berkumpulan kepada ahli-ahlii Angsa Emas Jewellery. Pendekatan strategik ini akan memberikan nilai tambah yang besar dengan memberikan mereka pampasan sehingga RM30,000 kematian atau kecacatan penuh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan, serta pampasan kos pengebumian sehingga RM3,000.”
FAEDAH KEAHLIAN AEJ TAKAFUL
AEJ TAKAFUL GOLD• Yuran Pendaftaran: RM 100• Yuran Pembaharuan Tahunan: RM50
Perlindungan Takaful:• Perlindungan Kematian Peribadi atau Hilang Upaya Menyeluruh secara kekal bernilai RM20,000• Dana kos pengebumian bernilai RM2,000 ketika membuat tuntutan berserta dokumen mandatori
Diskaun Pembelian Barang Kemas:• Harga pembelian barang kemas (emas 916) dengan harga diskaun RM3/g lebih rendah daripada harga biasa
• Tambahan nilai diskaun sebanyak RM1/g untuk bulan kelahiran, sepanjang bulan
• Diskaun tambahan 15% untuk perak, berlian, dan barang kemas batu permata

Gandaan Nilai Mata Pembelian Barang Kemas:• 3x nilai mata untuk setiap RM1 pembelian barang kemas. • Diskaun RM5 boleh ditebus untuk setiap 1000 mata
• Mata terkumpul tiada tamat tempoh dan boleh dipindahkan ke kad keahlian lain dibawah nama pendaftar yang sama (disebabkan kehilangan kad atau pertukaran kad)
AEJ TAKAFUL PLATINUM

Yuran Pendaftaran: RM150Yuran Pembaharuan: Tahunan RM100
Perlindungan Takaful:• Perlindungan Kematian Peribadi atau Hilang Upaya Menyeluruh secara kekal bernilai RM30,000• Dana kos pengebumian bernilai RM3,000 ketika membuat tuntutan berserta dokumen mandatori• Diskaun Pembelian Barang Kemas
Diskaun Pembelian Barang Kemas:• Harga pembelian barang kemas (emas 916) dengan harga diskaun RM3/g lebih rendah daripada harga biasa
• Tambahan nilai diskaun sebanyak RM2/g untuk bulan kelahiran, sepanjang bulan
• Diskaun tambahan 20% untuk perak, berlian, dan barang kemas batu permata
Gandaan Nilai Mata Pembelian Barang Kemas:• 4x nilai mata untuk setiap RM1 pembelian barang kemas. • Diskaun RM5 boleh ditebus untuk setiap 1000 mata
• Mata terkumpul tiada tamat tempoh dan boleh dipindahkan ke kad keahlian lain dibawah nama pendaftar yang sama (disebabkan kehilangan kad atau pertukaran kad)
ROZITA CHE WAN SEBAGAI MUSE ANGSA EMAS JEWELLERY
Sempena majlis perjanjian persefahaman ini juga Angsa Emas Jewellery memperagakan perhiasan emas kepada jemputan dan media yang hadir


Ahli perniagaan, penerbit, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan atau Che Ta tampil menggayakan barang kemas Angsa Emas Jewellery. 
Syarikat memilih beliau kerana pengaruhnya sebagai seorang selebriti dan beliau seorang yang sentiasa menjaga keterampilan dan anggun. Che Ta juga melengkapkan gayanya dengan memakai barang kemas.  
Oleh itu, Angsa Emas Jewellery sangat berinspirasi untuk menjadikan Rozita Che Wan sebagai Muse bagi Koleksi Eksklusif dan Koleksi Raya Angsa Emas Jewellery bagi tahun 2023


Angsa Emas Jewellery sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Rozita Che Wan. Semoga dengan kerjasama ini menambahkan lagi kilauan kedua-dua belah pihak

MENGENAI ANGSA EMAS JEWELLERY GROUP SDN BHD
Angsa Emas Jewellery telah diasaskan pada 18 Ogos 2016 oleh Datuk Zulhilmi Mukhtar dan Datin Normadora Mohd Nor. 
Dari kiri, Datuk Zulhilmi Mukhtar dan Datin Normadora Mohd Nor. 
Syarikat ini semakin popular kerana menjual barang kemas dengan reka bentuk eksklusif berbeza dengan kedai barang kemas lain yang menjual reka bentuk tradisional

Reka bentuk barang kemas yang terdapat di Angsa Emas Jewellery diberi sentuhan eksklusiviti seperti koleksi Adore, Hagiaa dan Omnia. 
Angsa Emas Jewellery mengutamakan keselesaan pelanggan di mana kakitangan dilatih untuk mengendalikan pelanggan dengan sebaik mungkin, profesionalisme dan mesra. 
Meningkatkan nilai untuk pelanggan adalah keutamaan syarikat dan hasilnya, Angsa Emas Jewellery turut mendapat kepercayaan pelanggan dari luar negara seperti Singapura dan Brunei


Syarikat juga memupuk persekitaran kerja yang memuaskan, mesra dan sentiasa menggalakkan kakitangan untuk berkembang bersama syarikat

Memandangkan jenama Angsa Emas Jewellery terus berkembang, syarikat sentiasa mencari alternatif lain yang boleh diterima pakai untuk melayani pelanggan dengan lebih baik

Cabaran terbesar Angsa Emas Jewellery untuk menghadapi pasaran emas pada tahun ini ialah memperkenalkan reka bentuk emas moden, bergaya dan minimalis untuk menambah nilai eksklusif Angsa Emas Jewellery

CAWANGAN ANGSA EMAS JEWELLERY
Angsa Emas Jewellery BangiNo. 9, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Selasa - Ahad | 10:30 Pagi - 6:00 Petang | Tutup Setiap Hari Isnin
Angsa Emas Jewellery Shah AlamNo 4-G, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, SelangorWaktu Operasi: Selasa - Ahad | 10:30 Pagi - 6:00 Petang | Tutup Setiap Hari Isnin
ANGSA EMAS JEWELLERY | INSTAGRAM | FACEBOOK | TIKTOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/02/angsa-emas-jewellery-lancar-keahliah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ceres Gold Buka Flagship Store Dan Lancar Kempen Ceres Seri Lebaran

Ceres Gold Buka Flagship Store Dan Lancar Kempen Ceres Seri Lebaran

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 301 hits
Ceres Gold Buka Flagship Store dan Lancar Kempen Ceres Seri LebaranCeres Gold Buka Flagship Store dan Lancar Kempen Ceres Seri Lebaran Assalamualaikum dan Salam Sejahter guys Barang kemas tidak asing lagi bagi kaum wanita ada yang suka kump...
Cosry Rtw Raya 2023 Sehingga Saiz 5xl Dan Perlantikan Puteri Sarah Sebagai Muse

Cosry Rtw Raya 2023 Sehingga Saiz 5xl Dan Perlantikan Puteri Sarah Sebagai Muse

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 354 hits
COSRY RTW RAYA 2023 SEHINGGA SAIZ 5XL DAN PERLANTIKAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSE Assalammualaikum semua Pada 25 Februari 2023 telah berlangsung acara yang Ruby nantikan iaitu pertunjukan fesyen koleksi busana Aidilfitri Kali ini bukan sekada...
Muhyiddin Terima Peletakan Jawatan Wan Saiful Sebagai Ketua Penerangan Bersatu

Muhyiddin Terima Peletakan Jawatan Wan Saiful Sebagai Ketua Penerangan Bersatu

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 187 hits
Mohamad FadliKUALA LUMPUR Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menerima peletakan jawatan Wan Saiful Wan Jan sebagai ketua penerangan parti itu Beliau berkata pengganti bagi mengisi jawatan itu akan dilantik dalam masa terdekat Saya sudah jump...
Ikut Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama

Ikut Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 170 hits
malaysiakini comHadi Tak salah malah wajib cakap politik Islam di masjid surau Nabi SAW pun cakap politik dalam khutbah kata presiden PAS jelaskan dalam Islam politik dan agama tak boleh dipisahkan MOHD SHAH RIM Arahan Sultan dari nasihat M...
Neelofa Dulu Nak Namakan Bilal Sebagai Sulaiman Hadiah Pun Ada Tulis Baby S

Neelofa Dulu Nak Namakan Bilal Sebagai Sulaiman Hadiah Pun Ada Tulis Baby S

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 262 hits
Rumah tangga pasangan selebriti Neelofa dan suami pendakwah bebas PU Riz diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung Muhammad Bilal yang kini hampir memasuki usia satu tahun pada Januari ini Berkongsi cerita Neelofa atau nama sebenar Noor...
Peminat Plan Nak Saman Warner Bros Sebab Gugurkan Henry Cavill Sebagai Superman

Peminat Plan Nak Saman Warner Bros Sebab Gugurkan Henry Cavill Sebagai Superman

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 148 hits
Kipas susah mati The DC Extended Universe bergembira apabila mereka melihat kemunculan Henry Cavill menyarung semula pakaian Superman dalam penghujung filem Black Adam tahun lalu nbsp Malangnya kegembiraan itu hanya bertahan seketi
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation