Angkasawan Dengar Laungan Azan Di Ruangan Angkasa
Kisah angkasawan Apollo 1969 dengar ‘azan’ di angkasa lepas
NEW YORK – Hampir 50 tahun lalu, tiga orang angkasawan roket Apollo 10 yang dalam misi ke bulan, terkejut apabila mendengar siaran radio aneh yang seakan-akan laungan azan menerusi alat fon pada kepala mereka
Namun, mereka tidak pasti sama ada patut melaporkan mengenai suara itu yang dirujuk sebagai bunyi muzik indah kepada pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS)
Kejadian dianggap sebagai penuh misteri pada 1969 itu didedahkan agensi AS itu dalam siri baharu saluran televisyen tempatan Science Channel berjudul “NASA’s Unexplained Files” atau Fail-Fail Tidak Dijelaskan NASA
Menurut portal berita terkenal Huffington Post, insiden pelik tersebut berlaku dua bulan sebelum misi kapal angkasa lepas Apollo 11 selepas itu mencatat sejarah apabila roketnya berjaya mendarat di permukaan bulan
Ketika itu, Apollo 10 telah memasuki laluan orbit bulan, termasuk merentasi sisi jauh bulan, iaitu lokasi apabila semua pesawat angkasa lepas akan terputus langsung hubungan radio dengan stesen NASA di bumi sekitar sejam
Di laluan berkenaan, tiada sesiapa pun di bumi dapat mendengar suara perbualan angkasawan dalam roket, malah kedudukan sisi jauh bulan itu ialah hemisfera bulan yang memang tidak dapat dilihat langsung dari arah bumi
Sebelum ini, orang ramai hanya diberitahu bahawa misi tersebut berjalan lancar, namun beberapa rakaman rahsia yang tidak pernah disiarkan NASA, kini mendedahkan kejadian aneh yang dialami tiga angkasawan Apollo 10 itu
Menurut program “NASA’s Unexplained Files”, rakaman-rakaman audio itu mengandungi sejumlah bunyi muzik ganjil dan luar biasa dari radio Apollo 10 yang seumpama seruan azan oleh muazin dari pembesar suara di masjid
Ia turut mendedahkan perbualan ketiga-tiga angkasawan tersebut ketika mendengar ‘alunan’ indah tersebut, dan reaksi jujur mereka menunjukkan mengaku langsung tidak pernah mendengar bunyi pelik seperti itu sebelum ini
Berikut ini perbualan mereka: “Bunyinya seperti muzik angkasa lepas”; “Anda dengar bunyi itu? Bunyi siulan? Whoooooooo!”; “Ya, ia memang muzik aneh!”; “Ia begitu menakjubkan!”; “Patutkah kami beritahu mereka?”Huffington Post melaporkan, ‘irama’ yang mengasyikkan tersebut kedengaran hampir sejam. Sebelum ketiga-tiga angkasawan itu kembali berhubungan menerusi radio dengan bumi, mereka ada juga berbincang sesama sendiri
Eugene A. Cernan, Thomas P. Stafford dan John W. Young malah dilaporkan berasa serba-salah sama ada patut memberitahu sahaja pegawai Pusat Kawalan Misi NASA di bumi tentang kisah pengalaman unik mereka itu
Tiga angkasawan Apollo 10, (dari kiri) Eugene A. Cernan, Thomas P. Stafford, dan John W. Young pada 1969.
Namun, agensi berita AFP melaporkan, jurutera NASA mendakwa bunyi ‘ganjil’ itu kemungkinan sebab gangguan pada siaran radio, akibat radio di Modul Lunar dan Modul Perintah terletak berhampiran antara satu sama lain
Bahkan, juruterbang roket misi Apollo 11 selepas mereka itu, Michael Collins, berkata beliau sendiri ada dengar “bunyi woo-woo yang aneh” ketika berada di sisi jauh bulan, tetapi tetap menerima penjelasan logik tersebut
Collins dimaklumkan tentang hal itu terlebih dahulu, menurutnya dalam buku ‘Carrying the Fire: An Astronaut’s Journeys‘: “Mujur juruteknik radio bukan peminat UFO ada menjelaskan puncanya akibat gangguan siaran
“Ia lazimnya boleh berlaku disebabkan oleh gangguan antara banyak gelombang radio jenis VHF (frekuensi amat tinggi) di Modul Lunar dan Modul Perintah,” ujar Collins menerusi catatan nota kaki dalam buku tersebut
Bagaimanapun, angkasawan misi Apollo 15, Al Worden menyangkal penjelasan itu dan berkata dalam program Science Channel: “Saya fikir ikut logik, jika ada sesuatu dirakamkan di sana, ini bermakna ada sesuatu di sana.”“NASA tidak akan sesekali dedahkan perkara-perkara rahsia tertentu bersifat sensitif kepada orang ramai jika mereka anggap ia sebagai langkah terbaik bagi kepentingan orang awam,” ujarnya lagi membidas hujah Collins
Menurut Huffington Post, rekod transkrip perbualan angkasawan misi Apollo 10 itu dikelaskan sebagai maklumat amat sulit dan telah disimpan dengan ketat dalam arkib rekod NASA, hingga ia hanya didedahkan pada 2008 lalu
“Banyak insiden dilaporkan angkasawan masa di berada angkasa lepas pernah dengar perkara-perkara yang tidak dapat dicam mereka, yang membuat anda mesti tertanya-tanya,” jelas Worden kepada Huffington Post
Berdasarkan senario itu, tiga angkasawan Apollo 10 kemungkinan telah mendengar suara azan dari masjid yang dilaungkan ketika melintasi ruang angkasa mengelilingi bumi di sekitar Asia tenggara sehingga ke Afrika utara
Lazimnya roket Apollo misi 1 hingga 17 pada zaman itu (1967 – 1972) ikut laluan ditetapkan antaranya Indonesia, Brunei, Malaysia, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Arab Saudi, Jordan, Yaman, Turki, Mesir, Libya dan Maghribi
Kecuali Singapura yang ‘mengharamkan’ laungan azan menerusi pembesar suara masjid sejak 1974; semua negara dilalui 17 buah roket misi Apollo, mengamalkan seruan masuk waktu solat fardu dengan azan dari menara masjid
Kemungkinan besar azan didengar angkasawan Apollo 10 itu merujuk waktu Subuh berkumandang sambung-menyambung dari satu negara ke negara berikutnya setelah azan Isyak sebelum itu ‘tamat’ di Lautan Atlantik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/08/angkasawan-dengar-laungan-azan-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29