Angka Korban Gempa Bumi Di Albania Meningkat Kepada 21 Orang


Tirana : Angka korban akibat bencana gempa bumi di Albania pada Selasa pagi meningkat kepada 21 orang dan pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang masih hidup, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.
Gempa berukuran 6.3 pada skala Richter itu melanda Albania pukul 3.55 pagi waktu tempatan dan memusnahkan bangunan, pangsapuri serta hotel di bandar pelabuhan Durres dan pekan berhampiran iaitu Thumane.
Menurut Menteri Pertahanan Albania Olta Xhacka, setakat pukul 6.30 petang waktu tempatan, terdapat 21 mangsa yang terkorban dan mayat mereka dibawa keluar dari reruntuhan puing di kawasan terjejas.
“Ini adalah gempa bumi terkuat yang pernah dialami negara ini sejak 1979 dan ia disusuli 250 gegar penghujung,” kata Xhacka.
Menurut Kementerian Pertahanan, lebih 600 orang cedera dan telah dikejarkan ke hospital.
Bercakap kepada pemberita pada pukul 8 malam waktu tempatan, Perdana Menteri Albania Edi Rama berkata jumlah mangsa yang diselamatkan di bawah runtuhan di Durres dan Thumane mencecah 44 orang.
Menurut Rama, angka korban mungkin meningkat dalam tempoh beberapa jam akan datang kerana masih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan beliau berharap mereka akan dapat diselamatkan.
Terdahulu, kerajaan Albania mengisytiharkan Rabu sebagai hari perkabungan rasmi dan bendera negara di bangunan rasmi akan dikibar separuh tiang.
Kementerian Pendidikan, Sukan dan Belia memaklumkan bahawa kelas telah dibatalkan di semua sekolah di seluruh Albania pada Rabu.
Kem-kem dengan khemah telah didirikan di stadium Durres dan Thumane, yang bakal menjadi pusat perlindungan penduduk tempatan yang kediaman mereka musnah atau rosak.
Dalam satu temu bual dengan media tempatan News 24, pakar seismologi Albania Rrapo Ormeni  berkata gempa pada Selasa adalah antara 55 gempa bumi terkuat yang pernah melanda negara itu.
Pasukan penyelamat Albania di Durres dan Thumane pada Selasa telah disertai lebih 200 pakar kecemasan sivil dari Itali, Greece, Perancis, Turki, Croatia, Montenegro, Romania dan Amerika Syarikat.
Sumber : Bernama
The post Angka Korban Gempa Bumi Di Albania Meningkat Kepada 21 Orang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/27/angka-korban-gempa-bumi-di-albania-meningkat-kepada-21-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Bumi Kuat 6 3 Skala Richter Landa Albania

Gempa Bumi Kuat 6 3 Skala Richter Landa Albania

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 184 hits
Kuala Lumpur Gempa bumi kuat berukuran 6 3 pada skala Richter melanda Albania pada 10 54 pagi ini Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira kira 226 kilometer timur dari Bari Itali pada kedalaman...
Terkini Gempa Bumi Kuat 7 4 Magnitud Gegar Laut Berdekatan Pulau Maluku Amaran Tsunami Dikeluarkan

Terkini Gempa Bumi Kuat 7 4 Magnitud Gegar Laut Berdekatan Pulau Maluku Amaran Tsunami Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 523 hits
Sulawesi Utara 14 Nov Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7 4 skala richter telah menggegarkan kepulauan antara Sulawesi Utara dan Maluku Utara pada jam 11 17 p m tadi waktu tempatan bersamaan kira kira 12 17 a m waktu Malaysia Gempa yang ...
Penduduk Panik Maluku Digoncang Sekali Lagi Dengan Dua Gempa Bumi

Penduduk Panik Maluku Digoncang Sekali Lagi Dengan Dua Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 270 hits
Gempa bumi berukuran 4 pada skala Richter sekali lagi menggegar Maluku di dua wilayah berbeza iaitu di Kota Ambon dan Kapabuten Maluku Tengah yang baru sahaja berlaku pada pukul 6 03 petang waktu Indonesia Badan Meteorologi Klimatologi dan ...
Xiaomi Mengumumkan Teknologi Amaran Gempa Bumi Dan Xiao Ai 3 0 Untuk Miui 11

Xiaomi Mengumumkan Teknologi Amaran Gempa Bumi Dan Xiao Ai 3 0 Untuk Miui 11

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 264 hits
Acara Mi Developer Conference 2019 telah berlangsung di Beijing semalam dan ia adalah tempat yang paling sesuai untuk memperkenalkan teknologi terbaru yang ingin diketengahkan Dua teknologi baharu yang diketengahkan ialah sistem amaran gemp...
Korban Pemandu Mabuk Meningkat Netizen Lancar Petisyen Haramkan Arak

Korban Pemandu Mabuk Meningkat Netizen Lancar Petisyen Haramkan Arak

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 491 hits
Sejak kebelakangan ini semakin banyak kes kemalangan dilaporkan melibatkan pemandu mabuk dan jumlah mangsa korban juga semakin meningkat Seperti baru baru ini seorang pekerja CIMB yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran maut dilangga...
Gempa Bumi 5 3 Magnitud Gegar Pesisir Pantai Wilayah Chiba Pulau Honshu

Gempa Bumi 5 3 Magnitud Gegar Pesisir Pantai Wilayah Chiba Pulau Honshu

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 533 hits
MOSCOW Gempa bumi dengan kekuatan 5 3 pada skala Richter melanda pesisir pantai wilayah Chiba Pulau Honshu lapor Pusat Geologikal Amerika Syarikat awal pagi ini Agensi berita Sputnik yang memetik pusat berkenaan sebagai berkata data seismik...
Kementerian Pupr Siap Bedah 5 700 Rumah Warga Korban Gempa Palu

Kementerian Pupr Siap Bedah 5 700 Rumah Warga Korban Gempa Palu

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 402 hits
Menurut Khalawi program BSPS merupakan salah satu upaya pemerintah untuk meningkatkan kualitas rumah masyarakat yang tidak layak huni
Bmkg Catat 79 Gempa Susulan Guncang Maluku Utara

Bmkg Catat 79 Gempa Susulan Guncang Maluku Utara

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 288 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika mencatat sebanyak 79 kali gempa susulan hingga pukul 09 00 WITA setelah gempa magnitudo 7 1 mengguncang Jailolo Provinsi Maluku Utara Jumat dini hari tadi
Belasan Rumah Dan 3 Tempat Ibadah Di Maluku Utara Rusak Akibat Gempa

Belasan Rumah Dan 3 Tempat Ibadah Di Maluku Utara Rusak Akibat Gempa

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 241 hits
Gempa bumi magnitudo 7 1 yang melanda Maluku Utara mengakibatkan belasan rumah warga rusak dan tiga gereja di Pulau Batang Dua mengalami kerusakan
Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Mont Kiara Traffic A Nightmare


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep