Anggota Keadilan Tak Hirau Risiko Asalkan Puas Dapat Bantu Mangsa Banjir


 

 Kehadiran Team Misi Banjir KEADILAN disambut dengan mesra oleh para penduduk di lokasi banjir kawasan Jitra Kedah untuk menerima barangan bantuan biarpun merisikokan diri meredah laluan banjir.
PENDAPAT, 5 Dis – Situasi banjir yang melanda teruk di beberapa negeri semenanjung turut mendapat perhatian daripada saf anggota KEADILAN yang terdiri AMK, pertubuhan NGO KHIDMAT MALAYSIA secara sukarela tampil membantu mereka yang terjejas akibat banjir.
Tindakan pasukan Misi Banjir tersebut yang bergerak ke lokasi terjejas banjir di Jitra, Kedah untuk menyampaikan bantuan kepada mereka terjejas wajar diberikan pujian dan penghargaan.
Ini susulan berlakunya luruan hujan yang lebat turun tidak berhenti-henti di beberapa kawasan semenanjung contohnya seperti yang berlaku di negeri Kedah dan Kelantan.
Fenomena luruan hujan lebat dikatakan terjadi akibat terdapat tujuh luruan monsun sepanjang musim monsun Timur Laut yang mana luruan ini akan bergerak ke selatan dari semasa ke semasa.
Nur Aishah dan Mohd Fadzil mewakili AMK memulakan misi melaksanakan bantuan banjir di Kedah dan Kelantan.Sepatutnya saf Angkatan Muda Keadilan memfokuskan akan persiapan untuk mencapai on target atau misi sasaran peserta program Khazanah Reformasi yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi akan tetapi demi rasa keperihatinan serta sifat kemanusiaan yang mendalam terhadap mereka yang terjejas banjir akhirnya mereka terpaksa melupakannya buat sementara waktu.
Mangsa-mangsa banjir pula yang direkodkan di seluruh negeri sejak 2 Disember lalu dilaporkan mencecah ke jumlah angka seramai 152,377 orang mungkin telah berlakunya penurunan jumlah ketika artikel ini disiarkan.
Sumber yang dilaporkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui hantaran sosial media bahawa daripada 231 kejadian banjir, lokasi banjir kilat, sebanyak (20). Cerun bukit, pula (14), jalan runtuh dan jalan mendap sebanyak (9) lokasi.
Penyelaras KADUN Seberang Jaya bersama-sama Team MISI BANJIR KEADILAN memunggah turun barang bantuan untuk disampaikan kepada mangsa terlibat di Kedah baru-baru ini.Negeri Kelantan mencatatkan lokasi terjejas banjir paling banyak iaitu sebanyak 102 kemudian diikuti negeri Kedah sekitar 39 lokasi banjir.
Walaupun terdapat pihak lain seperti jentera keselamatan, terdiri pihak anggota ATM, PDRM, termasuk APM serta petugas awam dikerah membantu mangsa terjejas banjir namun semangat solidariti yang ditunjukkan oleh mereka saf KEADILAN atau Pasukan Misi Banjir KEADILAN tidak ketinggalan untuk ikut mengambil bahagian melaksanakan misi tersebut.
Bukan itu sahaja, mereka tidak menghiraukan risiko diri yang bakal ditempuh bahkan akan menimpa keselamatan nyawa mereka memandangkan keadaan di beberapa lokasi jalan raya telah berubah sekelip mata menjadi seperti sebatang sungai yang terbentang luas.
Mohd Fadzli dan Nur Aishah menyaksikan keadaan lokasi banjir di Jitra, Kedah dalam misi bantuan banjir baru-baru ini.Jikalau keadaan kurang bernasib baik mungkin kenderaan yang mereka naiki boleh dihanyutkan arus air deras.
Namun berbekalkan dengan semangat misi kemanusiaan itu telah mengatasi segala-galanya yang akhirnya berjaya mereka harungi dengan keadaan tenang dan selamat.
Mencuri tumpulan di celah-celah Pasukan Misi Banjir Keadilan terpancar wajah kepuasan di sebalik riak air muka Nur Aishah Zainol serta rakan-rakan yang lain kerana misi menyalurkan bantuan yang dianggap kecil terlaksana jua.
Begitulah gambaran mereka pasukan Misi Banjir KEADILAN yang tidak mengenal lelah dalam usaha meringankan kesengsaraan mereka yang ditimpa musibah banjir bahkan bertambah lebih bersemangat untuk meneruskan misi seterusnya ke negeri Kelantan pula.
Nur Aishah membawa lampin bayi yang diagihkan terus kepads mangsa banjir di Jitra, Kedah tanpa mengharapkan sumbangan daripada kerajaan Kedah.Rombongan Pasukan Misi Banjir KEADILAN ke Kedah dan Kelantan secara tidak langsung untuk menzahirkan semangat solidaritinya disamping mempamerkan jiwa dan sikap saling bantu-membantu antara satu sama lain dan bukan tujuan semata demi meraih ‘mileage’ politik.
Malah Nur Aishah serta rakan-rakannya yang terbabit dalam misi banjir lebih mengutamakan soal nilai sifat kemanusiaan berbanding sentimen perbezaan fahaman politik walaupun negeri Kedah dan Kelantan adalah negeri yang diperintah oleh parti pembangkang.
Kesungguhan usaha mereka menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asasi harian seperti bekalan makanan serta kelengkapan kemas diri bantal, toto dan sebagainya sebenarnya mencerminkan bahawa politik yang di bawa itu bukanlah semata-mata hendak menunjukkan kemaruk dengan kuasa akan tetapi politik itu dijadikan sebagai wadah atau peluang memberikan makna ke atas kehidupan orang lain yang mesti dibantu.
Skuad misi banjir KEADILAN Pulau Pinang membawa barangan keperluan asas bagi diagihkan kepada mangsa banjir yang baru pulang ke rumah masing-masing.Setidak-tidaknya bantuan yang dihulurkan itu walaupun dipandang kecil nilainya namun ianya sudah dapat membuatkan mereka terus tersenyum.
Paling bermakna sekali dapat menghilangkan rasa gundah dan gelisah mereka mangsa terjejas banjir kerana telah terputus bekalan makanan dan keperluan harian ekoran beberapa batang jalan raya sudah ditenggelami air melebihi paras dada.
Makanya, sebarang usaha-usaha untuk meringankan beban orang lain sememangnya dituntut di dalam ajaran syariat Islam supaya mereka dan ahli keluarga mereka yang di timpa musibah atau bencana hati dan perasaannya kembali menjadi tenang diibaratkan yang ringan itu sama dijinjing dan yang berat pula sama dipikul.
Penduduk kampung sekitar Jitra, Kedah menerima bantuan sumbangan daripada skuad misi bantuan banjir KEADILAN Pulau Pinang yang amat memerlukan bantuan untuk membina semula kehidupan.Ketika artikel ini ditulis rombongan misi banjir KEADILAN sedang di dalam perjalanan ke satu lokasi selamat di negeri Kelantan.
Mereka rombongan misi banjir KEADILAN hendaklah dinasihatkan agar berhati-hati serta elakkan mengambil risiko sendiri semasa meredah banjir arus yang deras.
Kesempatan ini juga penulis mengucapkan syabas serta sama-sama kita mendoakan akan keselamatan mereka dan semoga urusan perjalanan ke lokasi terjejas banjir dipermudahkan serta apa yang diutamakan ialah selamat pergi dan pulang daripada melaksanakan misi banjir KEADILAN Pulau Pinang.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/anggota-keadilan-tak-hirau-risiko.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapur Madani Sukarelawan Yadim Berkhidmat Untuk Bantu Mangsa Banjir

Dapur Madani Sukarelawan Yadim Berkhidmat Untuk Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 86 hits
DAPUR Madani Sukarelawan YADIM Losong telah menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Senator Dr Zulkifli Hasan pada 8 Disember Beliau telah meluangkan masa hampir satu jam menyantuni dan merakamkan pengh...
Khairul Aming Diberi Kebenaran Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir

Khairul Aming Diberi Kebenaran Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 128 hits
diberi kebenaran ambil barang di Mydin bantu mangsa banjir Situasi di Kelantan semakin kritikal Terpanggil membantu meringankan beban mangsa mangsa pempengaruh Khairul Aming turun padang memberi bantuan Khairul Aming Diberi Kebenaran Ambil ...
Hiburan Mua Bellaz Akui Terharu Suami Guna Atv Hadiah Hari Lahir Bantu Mangsa Banjir Mat Nuart Nak Ambil Warga Emas

Hiburan Mua Bellaz Akui Terharu Suami Guna Atv Hadiah Hari Lahir Bantu Mangsa Banjir Mat Nuart Nak Ambil Warga Emas

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 188 hits
Usahawan dan jurusolek terkenal MUA Bellaz antara yang turut terkesan dengan bencana banjir yang sedang melanda negara Menerusi hantaran di milik jurusolek itu Bellaz memuat naik video yang memaparkan suaminya Anuar Ahmad atau lebih dikenal...
Bantu Mangsa Banjir Allah Limpahkan Ganjaran

Bantu Mangsa Banjir Allah Limpahkan Ganjaran

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 170 hits
MENATAP laporan media sepanjang musim tengkujuh ini yang melibatkan penduduk di beberapa negeri berdepan bencana banjir dan menanggung kesusahan termasuk kerosakan dan kehilangan harta benda tentunya ia amat meruntun hati sesiapa saja yang ...
Mangsa Banjir Terengganu Tinggal 1 692 Orang

Mangsa Banjir Terengganu Tinggal 1 692 Orang

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 136 hits
KUALA TERENGGANU Banjir di Terengganu semakin pulih dengan hanya 1 692 mangsa daripada 428 keluarga masih berada di 11 pusat pemindahan sementara di seluruh negeri ini Tiga daerah yang masih terjejas ialah Kuala Nerus Kuala Terenganu dan Se...
Terkini Sanusi Rayu Anwar Tolong Kedah Mangsa Banjir Dipaksa Jadi Ahl

Terkini Sanusi Rayu Anwar Tolong Kedah Mangsa Banjir Dipaksa Jadi Ahl

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 131 hits
1 Jumlah mangsa banjir MTL adalah tertinggi selepas 2014 2 Fuziah Salleh sangkal dakwaan mangsa banjir perlu daftar ahli untuk dapatkan bantuan 3 Hassan Karim cadang cukai keuntungan Syarikat besar dinaikkan 3 peratus 4 MB Kedah minta Keraj...
Fuziah Sangkal Dakwaan Mangsa Banjir Perlu Daftar Sebagai Ahli Parti Untuk Terima Bantuan Pkr

Fuziah Sangkal Dakwaan Mangsa Banjir Perlu Daftar Sebagai Ahli Parti Untuk Terima Bantuan Pkr

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 163 hits
PETALING JAYA Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh sangkal dakwaan bahawa mangsa banjir perlu mendaftar sebagai ahli bagi mendapatkan bantuan daripada partinya Fuziah berkata dakwaan bahawa PKR mempolitikkan bantuan untuk mangsa banjir adalah...
Syarikat Glic Harus Prihatin Kepada Mangsa Banjir Khususnya Kos Bayar Sewa

Syarikat Glic Harus Prihatin Kepada Mangsa Banjir Khususnya Kos Bayar Sewa

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 132 hits
Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera hari ini yang antara lain menyentuh perihal banjir yang mengesankan peniaga dan orang awam Saya tegaskan Syarikat Syarikat Berkaitan Kerajaan perlu peka kepada b...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris