Anggerik Orkid Lambang Status


Bunga orkid atau dikenali juga dengan nama anggerik amat diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Tarikan utama orkid ialah kecantikan dan keunikan bunganya. Ia mempunyai keistimewaan tersendiri yang tiada terdapat pada bunga jenis lain.

Setiap orang yang terpandang bunga orkid, pasti tergerak di hati untuk turut menanamnya di halaman dan di dalam rumah. Menjadi satu kebanggaan bagi mereka yang di rumahnya terdapat orkid yang menghiasi. Saat paling menggembirakan tentulah apabila orkid sedang berbunga.

Bunga orkid yang digubah disematkan kepada baju pemimpin politik, orang kenamaan atau orang yang diraikan ketika menyambut kedatangan mereka. Selain itu, dalam satu-satu majlis hanya orang tertentu memakai hiasan bungan orkid dibaju.

Bunga orkid juga menjadi penghias muka gelas bagi tetamu hotel terkemuka. Bunga orkid itu bukan memberi apa-apa rasa kepada miniman, tetapi satu lambang status dan penghormatan kepada tetamu.

Orkid menjadi lambang bunga universal. Ia tidak seperti bunga ros atau bunga mawar yang berkaitan dengan percintaan. Orkid sesuai dihadiahkan kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki atau perempuan.

Tanpa disedari, orkid kebanyakannya hanya dikaitkan dengan golongan kaya dan ternama. Timbul persoalan adakah orkid hanya milik orang kaya dan tidak mampu ditanam dan dimiliki orang yang kebanyakan.

Justeru, benarkah orkid menjadi lambang status dan kebanggaan kepada mereka yang menanam, memilik, menggunakan atau dihadiahkan orkid. Ia dilambangkan sebagai bunga yang mahal dan amat istimewa. Benarkah orkid juga dikaitkan dengan tuah kepada miliknya?

Tidak dinafikan ada jenis orkid berharga sampai beribu-ribu sepokok. Tentulah ia hanya mampu dimiliki oleh orang kaya. Kalaupun orang kebanyakan mampu membelinya, tentu tidak ramai yang sanggup membelanjakan wang yang banyak hanya untuk sepohon orkid. Wang itu lebih baik digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting.

Sebenarnya pokok orkid yang berharga mahal tidak banyak  orkid berharga mahal biasanya hanya daripada jenis tertentu yang terkenal kerana keunikan bunga serta warnanya. Jenis tersebut sukar ditemui kerana baru dibiakkan atau permbiakannya dikawal supaya jumlahnya tidak banyak dan harganya sentiasa tinggi.

Pokok orkid istimewa mempunyai nama khas yang dikhaskan sempena nama orang yang menemui (menghasilkan melalui penyelidikan) baka tersebut, pemimpin terkenal atau orang ternama. Nama tersebut didaftarkan dengan pertubuhan khusus mengenai orkid.

Sedangkan, kebanyakan jenis orkid berharga murah sekitar beberapa ringgit sehngga ratusan ringgit. Ia mudah diperoleh di kebanyakan tempat semaian bunga atau ditanam di rumah orang kebanyakan. 

Sebenarnya orkid adalah tumbuhan liar berasal dari hutan tropikal. Ia dikatakan berasal di kawasan Asia Tenggara. Sebab itu orkid mudah ditemui hampir di semua tempat di negara kita yang tergolong kawasan hutan tropika.

Dalam keadaan semuajadi, orkid tumbuh di atas pokok atau tanah di hutan tanpa ditanam. Ia muah membiak dan tahan kepada perubahan cuaca.

Semua jenis orkid dianggap cantik dan sesuai dijadikan perhiasan di halaman atau di dalam rumah. Orkid yang tumbuh liar di hutan juga cantik jika diambil dan ditanam di halaman rumah. Ia mudah dibiakkan dan penjagannya tidak rumit.

Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae. Kini terdapat lebih daripada 30,000 spesies orkid yang hidup berkembang di merata dunia. Bilangan spesies orkid semakin bertambah dari hari ke hari melalui penghasilan dan pembiakan spesies baru. Setiap satunya mempunyai perbezaan dari segi bentuk, rupa maupun warna.

Ramai berminat hendak menanam orkid tetapi merasakan sukar dilakukan kerana tidak mempunyai pengalaman. Menanam orkid dianggap sukar kerana ia dikatakan berbeza dengan tanaman lain. Tambahan ia dianggap pokok hiasan golongan kaya.

Sebenarnya menanam orkid mudah seperti juga pokok hiasan lain. Penanam hanya perlu mengetahui beberapa ciri pembiakan, pertumbuhan dan cara menanam.

Pokok orkid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut medium pertumbuhannya. Bagi orkid yang tumbuh di atas tanah dikenali terrestrial. Nama epiphytes pula bagi orkid tumbuh di atas pokok lain tetapi tidak mengambil zat makanan daripada pokok tumpangan itu. Manakala yang tumbuh di atas bahan organan dipanggil saprofitic.

Pertumbuhan orkid dibahagikan kepada dua jenis iaitu monopodia dan simpodial.   Pertumbuhan monopodia ini berlaku menegak ke atas. Ia mempunyai batang asas dan mengeluarkan daun dalam kedudukan berselang seli. Bunganya keluar di antara dahan dan daun. 

Kebanyakan orkid mempunyai cara pertumbuhan simpodial. Rizom atau tunas baru tumbuh dari pangkal tunas lama secara melintang. Di bahagian atas rizom tersebut biasanya wujud bebawang palsu. Bebawang palsu merupakan tempat simpanan bekalan makanan dan air yang digunakan apabila berlaku kekurangan zat makanan dan air.

Terdapat lima cara orkid dibiakkan, iaitu cara belahan dari pokok ibu atau induk, keratan batang, memotong anak ‘keike’, pembiakan tisu dan biji benih. Di antara kelima-lima cara pembiakan itu, teknik menggunakan keratan batang dan belahan induk paling popular dan mudah dilakukan serta cepat berbungga.

Pembiakan orkid untuk menghasilkan baka baru dilakukan secara pembiakan tisu. Teknik khas dilakukan untuk mendapatkan satu baka yang mempunyai ciri lebih menarik. Setiap baka baru dinamakan dan biasanya mengambil nama sempena sesuatu acara, tempat, pemimpin ternama dan sebagainya. 

Apa yang menarik tentang penanaman orkid, ia boleh ditanam sama ada di atas tanah, di dalam pasu atau di atas bahan organik. Orkid juga sesuai ditumpangkan di pokok yang terhadap di halaman rumah. Ia tidak akan memusnahkan pokok yang ditumpangi itu.

Penanaman dan penjagaan orkid bukan sukar. Apa yang perlu diketahui ialah medium ia tumbuh. Tiada penjagaan khusus atau sukar dilakukan untuk tanaman orkid. Hanya sedikit pengetahuan dan pergalaman diperlukan untuk berjaya menanam orkid dengan sempurna.

Dengan kata lain, semua orang boleh menanam orkid asalkan ada kemahuan. Walaupun  tidak berpeluang mendapatkan benih dari harga mahal, dapatkan jenis yang mudah didapati, tetapi tetap menarik.

Peminat orkid boleh mendapatkan baka dari berbagai-bagai jenis dengan cara bertukar-tukar sesama penanam untuk menambahkan koleksi jenis orkid. Terdapat persatuan peminat orkid di seluruh negara.

Jika ingin membeli pokok orkid, belilah ketika ia masih kecil. Harganya lebih murah berbanding dengan yang sudah matang. Harga pokok orkid meningkat tinggi terutama ketika ia sedang berbunga. 

Ketika itu penjual sudah dapat membuktikan kepada peminat orkid tentang rupa dan warna yang menarik. Ia juga mendapat saingan harga dengan mereka yang ingin terus memilikinya tanpa perlu bersusah menjaganya sejak kecil.

Penanaman orkid boleh dilakukan sebagai hobi atau mata pencarian yang lumayan jika diusahakan secara besar-besaran. Bunga dan pokok orkid mudah dipasarkan. Malaysia sekarang merupakan pengeksport bunga orkid terkenal dan memberi tukaran wang asing berjuta-juta ringgit kepada negara.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/bgw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Status Program Affiliate Lazada Setakat Oktober 2018

Status Program Affiliate Lazada Setakat Oktober 2018

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 586 hits
Sewaktu saya sedang membaca statistik blog ini saya perasan ada banyak juga kata kunci yang masuk ke blog ini yang mencari info tentang program affiliate Lazada Saya pun dah agak lama tak bercerita mengenai program ini Maklumlah pendapatan ...
Esdm Sebut Belum Ada Perusahaan Batubara Pkp2b Ubah Status Jadi Iupk

Esdm Sebut Belum Ada Perusahaan Batubara Pkp2b Ubah Status Jadi Iupk

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 203 hits
Diretur Jenderal Mineral dan Batubara Kementerian ESDM Bambang Gatot mengatakan perusahaan batubara pemegang PKP2B yang memperpanjang masa operasi harus memenuhi beberapa ketentuan yaitu merubah status menjadi IUPK harus memenuhi kewajiban ...
Status Ugutan Bom Rumah Pm Disiasat

Status Ugutan Bom Rumah Pm Disiasat

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 332 hits
Subang Jaya Polis akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook yang mengugut untuk meletupkan rumah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya memandang seriu...
Anggota Polis Status Suami Orang Diburu Kerana Melakukan Seks Terhadap Remaja Berusia 14

Anggota Polis Status Suami Orang Diburu Kerana Melakukan Seks Terhadap Remaja Berusia 14

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 811 hits
Johor Bahru Seorang anggota polis yang tidak hadir bertugas sejak April lalu kini diburu polis selepas seorang remaja perempuan membuat laporan mendakwa dirogol lelaki berkenaan di rumah sewanya Ahad lalu Difahamkan pada hari kejadian anggo...
How To Check Ic Application Status

How To Check Ic Application Status

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 343 hits
How to check your IC application status Checking the status of your identity card application is easy You can check if your IC is ready for pickup online or via SMS Checking the IC application status online The National Registration
Soal Status Dirut Pln Kpk Cermati Fakta Sidang Suap Pltu Riau

Soal Status Dirut Pln Kpk Cermati Fakta Sidang Suap Pltu Riau

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 230 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi memastikan akan mencermati fakta persidangan kasus dugaan suap PLTU Riau 1 dengan terdakwa pemilik Blackgold Natural Resources Limited Johanes Budisutrisno Kotjo
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lava168 1

Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas