Anggerik Dilupakan Orkid Pula Dapat Nama
Anggerik dan orkid adalah bunga yang sama. Cuma beza pada ejaan nama sahaja. Tapi nama Anggerik semakin dilupakan, orkid pula dapat nama dan popular digunakan sehingga sekarang.
Anggerik/OrkidAnggerik/orkid dalam bahasa Inggeris adalah Orchid dari Orchidaceae merupakan famili pokok berbunga (angiosperma). Bunga Anggerik adalah bunga kebangsaan negara Singapura. Nama Inggeris Ochid telah digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.
Mungkin disebabkan itulah nama bunga Anggerik kurang digunakan. Dari wikipedia Orchid menyatakan pokok berbunga pertama adalah angiosperma, bunga orkid malaysia.
Bunga orkid hidup dan bunga orkid hiasan menjadi kegilaan peminat orkid. Salah seorangnya mak saya, suka benar tanam bunga orkid hiasan. Mak saya jenis suka bunga orkid hidup. Bunga orkid hiasan yang artificial tu dia tak berapa nak minat.
Sebenarnya banyak je koleksi bunga orkid hiasan koleksi mak. Balik haritu hanya 2 jenis je yang ada bunganya iaitu bunga orkid ungu dan bunga orkid putih. Nama dan jenisnya, haruslah saya tak tahu. Tak pernah ambil tahu pun! Sebab tak minat nak tanam bunga orkid.
Tapi sepanjang mak warded, sayalah pembelek bunga orkid mak. Itu yang sempat ambil gambar. Bunga orkid mak kurang meriah. Ada pun satu pokok satu bunga je
Bunga orkid ungu
Bunga orkid putih
Walaupun ada yang kata tanam bunga orkid ni mudah je lebih kurang sama dengan tanaman bunga yang lain, tapi tetap tak pandai nak menjaga bunga orkid ni. Penjagaan bunga orkid tu tak berapa nak mahir. Jadi, lupakan je lah hasrat nak menanam orkid.
Yang berminat nak mencuba tanam orkid, mungkin boleh cuba beberapa tips dan petua tanam orkid supaya hidup subur dan meriah bunganya melalui penggunaan media tanaman orkid.
Media penanaman orkid
Penanaman orkid memerlukan kita untuk menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya. Jangan semberono je.
Petua tanaman orkid suburPecahan batu bataPecahan batu bata adalah media yang popular dan mudah diperoleh. Digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Campurkan bersama dengan pecahan arang.
Cara penyediaan:
Batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat semalaman terlebih dahulu sebelum digunakan.Selepas direndam, angkat dan keringkan.Pecahkan batu bata kepada saiz besar, sederhana dan kecil mengikut kesesuaian pasu yang akan digunakan.Letak pecahan batu bata besar di bahagian bawah sekali dalam pasu, diikuti dengan bersaiz sederhana dan kecil.Letak pokok orkid di atas permukaan pasu.Elakkan menimbus pangkal orkid anda.Untuk pokok orkid yang tinggi gunakan kayu pancang sebagai sokongan.
Pecahan arangPecahan arang, media untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Boleh digabungkan dengan media batu bata
Cara penyediaan:
Rendam arang semalaman untuk membuang garam kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut mengandungi garam laut.Basahkan arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang sepenuhnya.Ikut teknik dan langkah seperti menggunakan pecahan batu bata.
Serbuk kayuSerbuk kayu biasa digunakan sebagai media yang diletakkan dalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.
Cara penyediaan:
Boleh digabungkan dengan media pecahan batu bata, arang dan tanah pasuan.Terlebih dahulu, rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman.Setelah itu, angkat dan keringkan.Kemudian, masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.Letakkan orkid di atas media tanaman.Jika menanam orkid yang hidup di atas tanah, campurkan bersama dengan media pasuan untuk membekalkan bahan organik yang ada di dalam tanah apabila ia mereput.
Sphagnum mossSphagnum moss adalah media popular yang dijadikan sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu menyimpan kelembapan dalam jangka masa lama.
Sesetengahnya peminat orkid suka menggunakan seratus peratus sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis untuk mengekalkan kelembapan kerana orkid jenis itu tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.
Cara penyediaan :
Rendamkan sphagnum moss di dalam larutan racun kulat semalaman.Kemudian angkat dan biarkan hingga ia didapati lembap.Isikan sphagnum moss ke dalam pasu atau tampal pada tunggul kayu.
Potongan batang paku pakis gajahMedia ini boleh menyimpan air dengan jangka masa lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau. Jadi, ia amat sesuai untuk tanaman gantung.
Cara penyediaan :
Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang di tanam.Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali dan pastikan tidak melukakan orkid.
Tunggul kayuTunggul kayu sesuai untuk tanaman orkid jenis gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah dan mudah didapati di dalam hutan, di ladang sawit atau di tepi sungai
Cara penyediaan :
Menggunakan teknik yang sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah.Boleh letakkan sedikit Sphagnum moss untuk mengekalkan kelembapan dalam tempoh yang agak lama dan melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.
Potongan dahan tembusuSesuai untuk tanaman orkid daripada famili bulbophyllum dan phalaenopsis. Orkid akan lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media ini kerana mempunyai kulit tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.
Tanah campuranOrkid yang hidup di tanah memerlukan media tanah sudah pastinya. Memerlukan campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1. Nisbah ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.
Tiada mediaOrkid boleh ditanam tanpa sebarang media. Hanya sesuai untuk orkid jenis vanda dan memerlukan kadar penyiraman lebih.
sumber : https://www.facebook.com/notes/kehidupan-orkid-mengorkid/petua-subur-tanaman-orkid/613912991966167/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/04/anggerik-dilupakan-orkid-pula-dapat-nama.html