Anggap Malaysia Negara Sahabat Baik China Akan Beri Keutamaan Vaksin Covid 19 Muhyiddin


Bernama Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR – Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata perkara itu dinyatakan oleh Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian semasa melakukan kunjungan perpisahan ke atas beliau di bangunan Parlimen semalam.
Katanya Malaysia turut menzahirkan penghargaan kepada China atas komitmen tersebut.
 ‘’TYT  (Tuan Yang Terutama) Bai Tian turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang sentiasa memberi  sokongan dalam pelbagai aspek kepada negara itu, khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda Wuhan awal tahun ini
“Beliau menganggap Malaysia sebagai negara sahabat sangat akrab yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan ketika China berdepan musibah,’’ kata Muhyiddin dalam hantaran Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, Muhyiddin melahirkan perhargaan kerajaan Malaysia  terhadap sumbangan Bai Tian dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-China yang kini berada pada tahap sangat tinggi sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara terjalin pada 1974.
‘’Saya nyatakan bahawa China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar selama 11 tahun berturut-turut dengan nilai dagangan tahun lepas merekodkan  RM315.19 bilion. Pada 2019 juga nilai pelaburan China di Malaysia ialah sebanyak RM18.25 bilion, menjadikan negara itu sebagai sumber pelaburan langsung asing ke-10 terbesar di Malaysia
“Saya nyatakan bahawa Malaysia sentiasa mengalu-alukan lebih banyak syarikat dari China menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan untuk melabur, terutamanya di sektor industri berteknologi tinggi,’’ kata perdana menteri.
Menurut Muhyiddin,  kerajaan China turut mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan menganjurkan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang menyaksikan pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur serta pelancaran Visi Putrajaya 2040.
Muhyiddin berkata pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur dan pelancaran Visi Putrajaya 2040 itu bakal menjadi aspirasi baharu kepada komuniti APEC bagi pertumbuhan ekonomi serantau dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Pada pertemuan itu, Muhyiddin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Bai Tian yang akan menamatkan perkhidmatannya esok (27 Nov) dan pulang ke Beijing selepas tiga tahun berada di negara ini.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/anggap-malaysia-negara-sahabat-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Kumpulan Penerima Vaksin Covid 19 Di Malaysia Tahun 2021

Senarai Kumpulan Penerima Vaksin Covid 19 Di Malaysia Tahun 2021

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 400 hits
Susulan makluman daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia bahawa terdapat 11 calon vaksin Covid 19 yang berada pada peringkat ujian klinikal fasa 3 setakat 13 November lalu beberapa rundingan dengan pengeluar vaksin Covid 19 kini sudah berada ...
Jokowi Dorong Akses Vaksin Covid 19 Dibuka Bagi Semua Negara

Jokowi Dorong Akses Vaksin Covid 19 Dibuka Bagi Semua Negara

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 270 hits
Dia menjelaskan akses terhadap vaksin Covid 19 harus dapat tersedia bagi semua negara tanpa terkecuali
6102 Sampai Bila Mahu Tagih Ihsan Negara Lain Dapatkan Vaksin Ppim Malaysia Gazette 27 11 2020

6102 Sampai Bila Mahu Tagih Ihsan Negara Lain Dapatkan Vaksin Ppim Malaysia Gazette 27 11 2020

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 515 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan perlu mewujudkan satu agensi khusus untuk pembangunan vaksin memandangkan ancaman wabak kini semakin membimbangkan termasuk Covid 19 Persatuan Pengguna Islam Malaysia menegaskan negara ini telah berhadapan dengan gejal...
Malaysia Tunggu Ujian Klinikal Fasa Ketiga Pengeluar Vaksin Covid 19

Malaysia Tunggu Ujian Klinikal Fasa Ketiga Pengeluar Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 290 hits
PUTRAJAYA 6 Rabiulakhir 1442H Ahad Malaysia sedang menunggu data ujian klinikal fasa ketiga daripada semua syarikat pengeluar vaksin COVID 19 sebelum membuat keputusan mengenai perolehan serta penggunaan vaksin itu di negara ini Ketua Penga...
Kerajaan Malaysia Tandatangani Perjanjian Dapatkan Vaksin Covid 19 Bakal Terima Seawal Suku Pertama 2021

Kerajaan Malaysia Tandatangani Perjanjian Dapatkan Vaksin Covid 19 Bakal Terima Seawal Suku Pertama 2021

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 399 hits
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer pada 24 November lalu untuk mendapatkan bekalan vaksin Covid 19 BACA Golongan Anti Vaksin Tak Senang Dr Zulk...
Malaysia Dapat 12 8 Juta Dos Vaksin Covid 19 Tahun Depan

Malaysia Dapat 12 8 Juta Dos Vaksin Covid 19 Tahun Depan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 380 hits
loading Putrajaya Malaysia akan mendapatkan bekalan 12 8 juta dos vaksin Covid 19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6 4 juta rakyat negara ini demikian menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin...
6076 Ppim Minta Kementerian Jawab Isu Vaksin Covid 19 Sinar Harian 13 11 2020

6076 Ppim Minta Kementerian Jawab Isu Vaksin Covid 19 Sinar Harian 13 11 2020

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Pengguna Islam Malaysia mengesahkan mengenai sepucuk surat yang tular berhubung pihaknya meminta penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung keberkesanan dan keselamatan penggunaan vaksin koronavirus Ketua Aktivis PPIM ...
Bakal Disalur Percuma Buat Rakyat Kerajaan Tak Bercadang Wajibkan Pengambilan Vaksin Covid 19

Bakal Disalur Percuma Buat Rakyat Kerajaan Tak Bercadang Wajibkan Pengambilan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 289 hits
Bakal disalur percuma buat rakyat kerajaan tak bercadang wajibkan pengambilan vaksin Covid 19 PENEMUAN vaksin pastinya melegakan semua rakyat selepas sekian lama berperang dengan penularan Covid 19 Terbaharu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddi...
Saintis Islam Hasilkan Vaksin Covid 19

Saintis Islam Hasilkan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 277 hits
Inilah wajah dua orang doktor yang telah berjaya bangunkan vaksin Covid19 yang bakal dipasarkan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Baru baru ini media melaporkan vaksin buatan Pfizer dan BioNTech didapati menunjukkan 90 peratus keberkesanan...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

Kari Sardin Sedap

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences

Cikguku Paling Ohsem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Locked Up In San Diego How Bail Bonds Get You Home Fast

Selamat Hari Guru

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Lukisan Asli Jauh Dari Pengaruh Ai Hasil Assignment Pelajar Tahun 1980 An Buat Netizen Kagum

Lagi Kes Lori Warden Penjara Maut Digilis Lori Simen Dipercayai Kerana Brek Rosak

Kacang Panjang Tumis Hati Ayam Berempah