Anggap Dap Kawal Saya Satu Penghinaan Mahathir


Dr Mahathir Mohamad mengulangi penafian terhadap tanggapan yang mengatakan DAP mempunyai kuasa untuk mengawalnya ketika memimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.
Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan beliau “dikawal” oleh DAP adalah tidak benar dan DAP tiada kuasa untuk berbuat demikian.
“Untuk mengatakan DAP mengawal saya … Saya fikir anda menghina saya, jika anda fikir DAP dapat mengawal saya, “kata Mahathir dengan tegas
Katanya, meskipun pemimpin DAP dilantik sebagai menteri kewangan di bawah pentadbiran PH, perdana menteri masih lagi berkuasa mengawal menteri.
“Ini tak benar sama sekali. Ya lah DAP ada dalam kerajaan dan dia menjadi menteri kewangan, dia mengawal wang (kerajaan) sepenuhnya, (tapi) saya kawal.
“Banyak cadangan-cadangan dia (menteri kewangan) walaupun saya kata boleh bawa dalam Kabinet (tapi) Kabinet tolak. Umpama menghapuskan tol, Kabinet tak setuju, dia nak ambik alih Plus pun Kabinet tak setuju. Nak kata dia berkuasa, dia tak ada kuasa.
“DAP tak berkuasa, yang berkuasa saya. Orang tahu saya jadi perdana menteri lama, masa saya jadi perdana menteri 22 tahun siapa yang kuat mengawal saya? IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) tak kawal saya, World Bank tak kawal,” katanya lagi.
PH mencipta sejarah baru politik negara apabila menumbangkan BN yang dipimpin Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
BN tumbang buat pertama kali dalam sejarah politik negara selepas lebih 60 tahun menguasai kerajaan.
Kejayaan itu menyaksikan Mahathir yang ketika itu pengerusi Bersatu kembali menjadi perdana menteri pada usia 93 tahun dan membentuk kerajaan bersama PKR, DAP dan Warisan.
Bagaimanapun hayat kerajaan PH tidak lama apabila krisis politik berlaku pada Februari 2020 yang menyaksikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripada PH.
Ia kemudiannya disusuli dengan kumpulan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengikut jejak Muhyiddin.
Keputusan itu menyaksikan kerajaan PH yang dibentuk selama 22 bulan tumbang dan Muhyiddin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, PAS dan GPS serta parti dari Sabah.
Bantuan tetap diberi pada Kelantan dan Terengganu
Tambah Mahathir lagi, meskipun DAP menjaga kewangan negara, namun bantuan tetap diberikan kepada negeri Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS.
“Kelantan hampir muflis, nak bayar gaji tak boleh, Lim Guan Eng yang cadangkan supaya Kelantan diberi secara sekali ‘one off’ RM400 juta, Terengganu RM200 juta, ini bukan negeri PH.
“Tapi dia negeri Melayu, dia (Guan Eng) tahu masalah…Soal Kelantan nak beli (kereta)Mercedes dia punya masalah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ditanya mengenai legasi yang ditinggalkanya dalam tempoh 22 bulan memimpin kerajaan, Mahathir berkata peralihan kuasa tanpa sebarang kekecohan dan pertumpahan darah juga adalah sesuatu yang boleh dibanggakanya.
“Kita kena fikir biasanya bila berlaku pertukaran kerajaan akan berlaku keganasan. Kita tukar kerajaan yang berusia 60 tahun kepada kerajaan baru tanpa sebarang masalah.
“Kalau tengok tempat lain sampai berperang, sampai membunuh tapi di Malaysia tak ada.
“Ini adalah satu kejayaan, kedua kita bentuk Kabinet daripada parti berbeza dan Kabinet ini dapat bekerja dan berfungsi, 22 bulan (Kabinet) ini dapat membuat keputusan bagi mengurus dan menjadikan kerajaan yang bersih,” katanya lagi
The post Anggap DAP kawal saya satu penghinaan – Mahathir appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/13/anggap-dap-kawal-saya-satu-penghinaan-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Siang Dap Perli Mahathir Dan Anwar Di Prn Sabah

Kit Siang Dap Perli Mahathir Dan Anwar Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 470 hits
Tidak pasti sama ada Lim Kit Siang DAP berkempen di PRN Sabah atau cuba melondehkan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim Kit Siang mungkin beranggapan ramai yang tidak tahu perkara sebenarnya kerana mereka yang hadir ceramah beliau dan maj...
Pasangan Mata Wang Usd Jpy Dua Sasaran Tetapi Satu Inisiatif

Pasangan Mata Wang Usd Jpy Dua Sasaran Tetapi Satu Inisiatif

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 304 hits
Pasangan mata wang USD JPY kini diniagakan di kawasan Fibonacci 50 menunjukkan kesinambungan trend menurun Semalam semasa sesi dagangan AS sedikit kenaikan dicatatkan pada mata wang Dolar AS yang pada hakikatnya tidak berlaku dalam pesanan ...
Pru15 Pemuda Pas Mahu Satu Lawan Satu

Pru15 Pemuda Pas Mahu Satu Lawan Satu

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 238 hits
Pemuda PAS berkata selepas penyertaan PPBM dalam Muafakat Nasional gabungan parti itu akan melangkah ke fasa seterusnya termasuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi Ketua Pemudanya Khairil Nizam Khirudin berkata langkah kerjasama itu juga ...
Satu Dari 9 Tersangka Penggerebekan Pesta Gay Di Jaksel Terinfeksi Hiv

Satu Dari 9 Tersangka Penggerebekan Pesta Gay Di Jaksel Terinfeksi Hiv

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 1900 hits
Yusri menambahkan pengakuan mereka aktivitas pesta gay yang mereka lakukan hanya mencari kesenangan semata Usia mereka 20 hingga 40 tahun ke atas dengan status beragam bahka ada yang sudah menikah
Rezeki Suami Isteri Semuanya Tumpang Rezeki Anak Anak Gembira Itu Pun Satu Doa

Rezeki Suami Isteri Semuanya Tumpang Rezeki Anak Anak Gembira Itu Pun Satu Doa

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 604 hits
Keluarga bahagia anak anak yang sihat itulah nikmat rezeki Bukan hanya pada wang yang kita dapat pada setiap bulan kerana bekerja semata mata Perlu ingat rezeki yang suami atau isteri dapat tu sebenarnya kita menumpang rezeki anak Sebab itu...
Viral Perjuangan Seorang Bapak Mencari Nafkah Kayuh Sepeda Dengan Satu Kaki

Viral Perjuangan Seorang Bapak Mencari Nafkah Kayuh Sepeda Dengan Satu Kaki

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 279 hits
Video yang diunggah akun Instagram makassar iinfo viral di media sosial video tersebut memperlihatkan perjuangan seorang bapak dalam mencari nafkah Video tersebut benar benar membuat hati teriris lantaran kondisi fisik bapak tersebut begitu...
Naikkan Kadar Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Satu Strategi Pn Untuk Atasi Kemiskinan

Naikkan Kadar Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Satu Strategi Pn Untuk Atasi Kemiskinan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 353 hits
KUALA TERENGGANU PAS Terengganu menyifatkan Perikatan Nasional sebuah kerajaan yang konsisten dan prihatin membantu rakyat terutama golongan B40 Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim berkata usul Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddi...
Dua Warga Tasik Ditikam Kerabatnya Satu Meninggal

Dua Warga Tasik Ditikam Kerabatnya Satu Meninggal

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 264 hits
Peristiwa penusukan terjadi saat pelaku yang berinisial UW datang ke rumah korban sambil mengacungkan sebilah pisau dan berbicara tidak jelas Saat itu pelaku pun kemudian langsung menusuk kedua korban berinisial SM dan DE dengan pisau yang ...
Petrol Ron95 Dan Ron97 Turun Satu Sen Diesel Tidak Berubah

Petrol Ron95 Dan Ron97 Turun Satu Sen Diesel Tidak Berubah

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR 4 SEPT Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing masing turun satu sen manakala diesel tidak berubah bagi tempoh 5 hingga 11 September Menurut kenyataan Kementerian Kewangan berdasarkan kepada harga mingguan runcit bagi produk...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan