Aneka Resepi Kek Kukus Yang Lazat Dan Mudah



"Tak berapa lama lagi nak raya, so saya republish entry resepi aneka kek kukus yang sedap-sedap belaka. Dan saya tambah lagi satu resepi baru iaitu Resepi kek red velvet yang lembap dan lembut!! Wow!!" 💚💚💚
Aneka Resepi Kek Kukus Yang Lazat Dan Mudah - Kek Kukus antara resepi yang mudah disediakan dan bagus juga untuk melatih anda yang baru nak belajar buat kek. Tak adalah insiden kek hangit bila terlebih kukus berbanding membuat kek yang dibakar dalam oven.. kan?

Kek kukus yang akan dikongsikan adalah koleksi daripada tukang masak yang handal-handal dalam dunia masakan kek Malaysia. Saya pilih kek-kek kukus yang mudah agar semua orang boleh mencubanya.


Kek coklat yang popular - ehsan Google
Bagi saya sendiri, membuat kek adalah pilihan terakhir yang ada dalam minat memasak saya. Saya memang tak gemar buat kek, jika nak makan pun pergi beli atau tempah saja. Memang tak ada bakat langsung. Tetapi, semua itu boleh dipelajari melalui banyak cara dan tempat. Dalam zaman sekarang ni, klik je, semua boleh didapati dari Google. Biasanya saya belajar buat kek atau resepi masakan yang lain melalui YouTube.

1) Aneka Resepi Kek Kukus Yang Lazat Dan Mudah
Resepi pertama adalah dari jintanmanis. Nama resepi pilihan pertama saya adalah Kek Coklat Moist Kukus yang gebu, lembap dan lazat. Ia menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang lebih coklat. Siapa pun suka coklat terutamanya budak-budak, kan...



Resepi Kek Coklat Moist ( Kukus)(sumber resepi: [email protected])


Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*

1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya:

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

2) Resepi Kek Oren Blended Kukus (sumber: Raina Irdina MYR)


Seterusnya, kita sama-sama belajar buat kek kukus oren blended, tunggang terbalik pulak susunan nama resepinya...hihi, yang penting cara buatnya pun mudah.


 

Bahan-bahan: (loyang 7”x7”)

1 biji buah oren sunkist
1 cawan butter cair- boleh guna minyak canola
1 cawan gula
3 biji telur- buang pusat telur nya
1 sudu besar serbuk penaik
2 cawan tepung gandum

Cara-cara:

1. Cuci buah, potong & buang biji serta urat-urat putih ditengah. Ambil kulit nya, buang yang warna putih.
2. Potong buah kecil-kecil. Masukkan buah & kulit nya sekali dalam blender bersama minyak, gula, telur & kisar hingga halus3. Siap kisar, masukkan dalam bekas, bersama tepung & serbuk penaik yang telah diayak, sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati
4. Kemudian masukkan dalam bekas yang telah digris & dilapik. Kukus selama 1 jam atau hingga masak
5. Potong ikut saiz yang disukai


3) Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese Sumber : Puan Yatie@Sinar Kehidupanku


Resepi kek lapis kukus cream cheese seterusnya adalah daripada blog citarasawan. Cheese...sedap, lebih-lebih lagi bila ia sedang panas dan meleleh. Yummy!! Hehe...Resepi berikut ni agak susah jugak, kena pelan-pelan belajar sampai boleh. Kalau fail juga, beli je yang dah siap...




Bahan A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara:
Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi hingga licin dan tidak berketul. Ketepikan.

Bahan Kek
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar / cair
1/2 cawan minyak jagung / masak
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar sebuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder

Loyang 8x8x3 (di alas dasar dan di gris)

Cara-cara:
1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan.
2. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan vanilla dan garam.
3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
4. Setelah itu masukkan bahan yang diayak dan gaul sebati.
5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.
6. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana hingga masak.
7. Kemudian tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
8. Akhir sekali tuang adunan coklat selebihnya, tutup dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
9. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di hidangkan.

** untuk membuat 2 lapisan cream cheese, gandakan sukatannya.
** untuk membuat corak, ketepikan 2-3 sudu besar adunan cream cheese dan campurkan dengan 1 sudu kecil coklat emulco, masukkan ke dalam piping bag dan pipe mengikut corak yang di sukai..


4) Resepi Kek Pandan Kukus
Seterusnya saya kongsikan resepi kek kukus pandan. Tengok warnanya aje dah tahu kek kukus pandan ni memang sedap. Gebu, cantik dan lembap. Awesome!! Nak buat pun senang aje ni...meh kita cuba sama-sama..;))




Sumber asal: Safar-Khaadeem
Sumber rujukan: Ucu Bakery

Bahan-Bahan:6 biji putih telur
2 cawan gula halus
6 biji kuning telur
1 cawan pati santan
1 cawan air daun pandan - perahan 6 helai daun pandan yang besar


Bahan diayak:4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda


Cara Penyedian:

1- Pukul putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang, masukkan kuning telur dan pukul lagi.
2- Masukkan santan dan sari pandan, kacau rata.
3- Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil dikacau perlahan2 sehingga sebati.
4- Masukkan dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih dahulu.
5- Pastikan air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus.
6- Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga betul2 masak
Nota penting:
Jangan lupa tutup adunan kek dengan aluminium foil sebelum dikukus.:))

5) Resepi Kek Sarang Semut Kukus
Resepi kek sarang semut kukus di bawah ini saya ambil daripada blog masakan dan saya ubah suai sedikit mengikut citarasa saya. Kalau tak suka manis, kurangkan sukatan gulanya ya...Dan butter boleh gantikan dengan mentega dan begitulah sebaliknya. hihi...

Ehsan: GoogleSaya selalu jugak buat kek sarang semut kukus ni, adakala menjadi dan lembut gebus tetapi ada musimnya kuih yang saya buat semua failed! Haha...never mind, cuba hingga berjaya, kan..


Bahan - Bahan:

1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Mentega
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan tepung gandum di ayak
2 sudu teh Soda Bikarbornat di ayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh Essen Vanilla

Cara Penyediaan:-

1) Goreng gula tanpa minyak dengan api dapur sederhana kecil, sehingga cair.
2) Masukkan air panas, gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yang belum cair.
3) Masukkan mentega, dan gaul sebati. Tutup api dan biarkan seketika.
4) Pukul telur hingga kembang
5) Kemudian masukkan susu pekat. Pukul hingga sebati.
6)Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
8) Kemudian masukkan gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung dan gaul sebati.
9) Perap adunan ini slama 3-4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c atau kukus selama 1 jam 45 minit.

Nota:
:: Kalau tak ada mixer, boleh guna blender.
:: Kalau tak ada Oven, Boleh Kukus selama 1 jam 45 minit.
:: Jangan lupa sapukan mentega & letak kertas minyak pada bekas yang di gunakan untuk bakar atau kukus.


6) Resepi Kek Pelangi Kukus Yang LembapOleh: Azie Kitchen

Di bawah ini rupa kek kukus pelangi yang saya kongsikan dari blog Azie Kitchen. Nampak sedap sangat, kan?




Rupa-rupanya nak buat kek kukus pelangi tidaklah susah. Ikut arahan daripada cara membuatnya, jadilah pelangi tu...hihi


Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar serbuk koko (tak guna pun)
1 sudu kecil esen vanila
2-3 sudu besar susu segar (saya guna 1 sb)
Sedikit pewarna yang disukai


Cara cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.

3. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Nota: Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Ikut Noor, dia tak gunapun tapi kek tetap lembut. Saya guna 1 sudu besar jer susu segar.

7) Resepi Kek Kukus Red Velvet Yang Moist
Biasanya red velvet ni orang bakar dalam oven. Kali ni kita cuba pulak yang versi kukus. Jom tengok resepinya.


Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cup buttercup @ potong 100g, lebihkan sedikit
2 1/2 cawan gula, guna tak sampai dua cawan sebab tak suka manis sangat
3 biji telur gred C
1 sudu teh esen vanilla
240 ml buttermilk ( kalau tak jumpa, buat sendiri )
2 sudu besar pewarna merah, boleh pakai cochineal star brand
1 sudu teh cuka
1 sudu teh baking soda, saya pakai baking powder + soda bikarbonat (ni yang ada)

**butter milk

240ml susu segar + 1 sudu besar cuka. Biarkan 5-10 minit.

Bahan Topping + lapisan

250gm cream cheese,
sedikit butter,
gula aising (ikut manis yang suka, anggaran 100g ),
1 sudu besar esen vanilla,
1 sudu besar susu segar

Cara-cara:

1. pukul kembang semua bahan, boleh juga tambah jus lemon kalau suka. Kemudian, letak tepi.

Cara menyediakan dan memasak kek red velvet kukus:
1. Tepung+ serbuk koko.
Buttermilk + pewarna.
Buttercup (pukul kembang ) + gula + telur sebiji demi sebiji. pukul kembang, macam kek biasa.

2. Masukkan campuran tepung + buttermilk secara berselang seli. Gaul sampai habis.

3. Campurkan cuka + soda + baking powder (tuang masa berbuih-buih dan sebatikan )

4. Sapu mentega @ marjerin + tepung gandum pada loyang (biar tak lekat ).

5. Kukus dalam masa 20-30 minit. Bergantung kepada pengukus.

Lapisan 1 demi 1.

Kalau kek yang dibakar, sejukkan kek dalam peti ais, baru boleh potong kepada beberapa bahagian (untuk dapatkan hasil yang cantik).

>> disebabkan saya tiada pemotong + kukus manual, saya kukus asing-asing.

Kukus kek ikut lapisan, sebanyak 3 kali. Selesai satu, letak dalam peti ais. Selesai kedua, baru letak creamcheese + lapiskan. Boleh juga kalau nak potong, tapi tak pernah cuba + tiada pemotong yang sesuai.

Kek yang telah siap dihias, diletakkan dalam peti sebelum dipotong.

>>> .... Nak Hias Rumah Macam Rumah Orang Kaya?? Klik Sini
>>> .... Halalkah Rezeki Anda?
>>> .... Formula Kurus Yang Orang Sibuk Nak Tahu! 
>>> .... Rahsia Sedekah Yang Membuka Pintu Rezeki. Klik Sini!!!

Terima kasih kerana membaca Aneka Resepi Kek Kukus Yang Lazat Dan Mudah di blog aynorablogs.com. Sekiranya ia bermanfaat dan anda suka untuk mencubanya, kongsikanlah dengan rakan-rakan yang lain

Selamat mencuba
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2015/11/aneka-resepi-kek-kukus-yang-lazat-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 1163 hits
Hi Korang Resepi ni sebenarnya dah lama tetapi Iday saja nak cuba sebab nampak macam senang sangat Hanya perlu guna 2 bahan sahaja iaitu Oreo dan susu Dutch Lady Iday tengok dekat social media ramai yang dah buat dan ramai cakap memang seda...
Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 515 hits
Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender Salam semua rasa macam lama tak berkongsi resepi kek dulu dulu rajin sangat nak buat kek sekarang kurang nak makan kek tapi kalau kempunan sangat memang merajinkan diri...
Resepi Pengat Pisang Nangka Dengan Biji Sagu Cara Buatnya Amat Mudah

Resepi Pengat Pisang Nangka Dengan Biji Sagu Cara Buatnya Amat Mudah

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 2721 hits
Resepi Pengat Pisang Nangka Dengan Biji Sagu Sebenarnya mudah je nak buat pengat atau bubur pisang Atau pengat apa sekalipun seperti pengat keladi keledek labu dan sebagainya Teramat mudah ya puan puan saya pun pakar Haha Tapi taklah selalu...
Semerbak Bau Kek Kelapa Sukat Guna Cawan Sedap Mudah Dibuat

Semerbak Bau Kek Kelapa Sukat Guna Cawan Sedap Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 789 hits
Kek legend atau kek orang lama yang mengembalikan memori dulu Aroma dan warna warni parutan kelapa menambahkan lagi kesedapan kek KEK KELAPABAHAN BAHAN 1 cawan marjerin1 2 cwn gula kastor3 biji telurEsen ros1 sudu susu pekat1 cawan 1 2 tepu...
Kek Butter Cheese Lembut Dan Mudah Buat

Kek Butter Cheese Lembut Dan Mudah Buat

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 762 hits
Antara banyak resepi yang saya jumpa Di Google saya tertarik dengan resepi ini Alhamdulillah hasilnya sangat sedap dan cara membuatnya sangat mudah Bahan Bahan 250gram butter 150gram cream cheese 200g gula castor 5biji telur gredA 1sudu kec...
Tips Mudah Untuk Para Suami Jika Isteri Seorang Yang Garang Dan Degil

Tips Mudah Untuk Para Suami Jika Isteri Seorang Yang Garang Dan Degil

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 456 hits
Kaum hawa secara fitrahnya berjiwa lemah lembut dan menjadi penyejuk hati para suami Namun ada ketika boleh menjadi seorang yang degil garang dan keras kepala Tips Mudah Untuk Para Suami Jika Isteri Seorang Yang Garang Dan DegilCredit Pic B...
Ini Alasan Mengapa Mudah Muncul Bau Mulut Pada Kita

Ini Alasan Mengapa Mudah Muncul Bau Mulut Pada Kita

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 253 hits
Halitosis atau bau mulut disebabkan oleh bakteri anaerob yang berada di permukaan lidah dan tenggorokan Bakteri ini kemudian akan membuat senyawa sulfur yang bau saat bersinggungan dengan protein makanan yang kamu konsumsi ungkap penelitian...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation