Anda Nak Bantu Penagih Dadah Untuk Pulih




Siapa sudi bantu dengan menghulurkan sumbangan kewangan untuk merawat dan memulihkan penagih atau bekas penagih dadah?

Saya mengajukan soalan ini selepas berasa terpanggil untuk membantu golongan sukarelawan atau aktivis program pemulihan penagih dadah yang agak terpinggir dan sukar mendapat derma atau bantuan daripada orang ramai.


“Kalau kita tubuhkan rumah anak yatim, pusat tahfiz atau rumah kebajikan orang tua, lebih mudah untuk dapat derma, tapi pusat pemulihan penagih dadah ni tak ramai yang berminat nak tolong,” kata Yusrizal Ramli.

Yusrizal atau lebih mesra disapa Yus sudah lebih 20 tahun terbabit secara sukarela untuk membantu penagih dan bekas penagih dadah melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Muslimin (YM) dan Pertubuhan Penawar Warisan (PENAWAR) Selangor dan Kuala Lumpur.

Kata Yus, dia dan rakan-rakan yang mengendalikan tiga pusat pemulihan yang kini dihuni lebih 100 penagih dan bekas penagih dadah di pinggir ibu kota, sebenarnya malu untuk meminta-minta derma dan sumbangan orang ramai.


Sebab itulah dalam aktiviti pemulihan yang dilakukan, YM dan PENAWAR turut menyelitkan aktiviti pertanian dan penternakan bagi tujuan menjana pendapatan persatuan serta penghuni (penagih dan bekas penagih dadah).

Bagaimanapun, katanya, jumlah pendapatan yang diperoleh masih tidak mencukupi untuk menampung kos makanan dan tempat tinggal penghuni yang tidak dikenakan sebarang bayaran sepanjang mendapatkan rawatan.

“Nak tak nak kami kena juga minta sumbangan orang ramai atau mana-mana agensi kerajaan. Alhamdulillah, ada yang sudi membantu tapi kalau lebih ramai yang tampil, lebih lancarlah program kami.

“Jadi, besarlah harapan saya kalau Tuan Asri dan Harian Metro dapat membantu,” kata Yus ketika saya ‘mengeteh’ bersamanya dan seorang lagi orang kuat PENAWAR yang mesra dengan panggilan Pak Apek, malam Rabu lalu.

Kata Yus lagi, antara aktiviti utama yang dirancang sempena Ramadan tidak lama lagi ialah membawa tujuh penghuni Rumah PENAWAR menunaikan umrah, dengan kos dianggarkan kira-kira RM50,000.

Kepada yang sudi membantu, sumbangan boleh disalurkan atas nama Yayasan Muslimin ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (14041010022124), atau menghubungi Yus di talian 019-3336969 untuk maklumat lanjut.

Sebagai wartawan, hanya melalui penulisan seperti ini saya mampu lakukan untuk membantu Yus dan rakan-rakan di YM dan PENAWAR serta mana-mana pihak lain yang terbabit dalam aktiviti pemulihan penagih dadah, tanpa berorientasikan keuntungan.



Saya amat setuju dengan kata-kata Yus betapa ramai dalam kalangan kita cenderung membataskan sumbangan derma dan amal jariah masing-masing hanya kepada pihak masjid, anak yatim, sekolah tahfiz, fakir miskin dan orang sakit

Bukannya cemburu atau dengki dengan lima kategori di atas, cuma saya berpendapat orang kita perlu berfikiran lebih terbuka dan matang dengan tidak mengabaikan bantuan kepada apa jua aktiviti pencegahan penyalahgunaan dadah serta program pemulihan bekas penagih.


Ini kerana statistik direkodkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan jumlah penagih mencatatkan peningkatan agak membimbangkan dalam tempoh tiga tahun sejak 2014.

Pada 2014 jumlah penagih yang dikesan AADK ialah 21,777 sebelum meningkat mendadak kepada 26,668 pada tahun berikutnya dan terus meningkat kepada 30,844 tahun lalu.

Daripada 30,844 penagih yang dikesan pada 2016, 24,901 atau 80.7 peratus daripada mereka adalah etnik Melayu yang beragama Islam. Jadi, sudah jelas masalah dadah semakin mengancam kesejahteraan masyarakat kita.

Kita tidak boleh terus berfikir cara lama dengan berkata masalah dadah bukan masalah aku sebab tiada anak beranak aku yang menjadi penagih. Ya, sekarang mungkin kita selamat tapi bagaimana pada masa akan datang.

Katakanlah, suatu masa kelak jumlah penagih dadah dalam masyarakat kita terus meningkat dengan nisbah 5 daripada 10 individu di bawah 30 tahun terjebak dengan dadah, pastinya semakin tinggi potensi untuk anak cucu kita nanti turut terperangkap dengam dadah.

Jadi, jangan pentingkan diri sendiri. Kita perlu berpandangan jauh dan berfikiran lebih matang. Ramadan semakin hampir di mana setiap amal jariah kita insya-Allah mendapat pulangan berganda daripada Allah SWT.

Harapan saya, kalau anda menghulurkan derma kepada masjid, rumah anak yatim dan pusat tahfiz, jeling-jeling dan jenguk-jenguklah juga rumah kebajikan sukarela untuk memulihkan penagih dadah. Mereka juga perlukan sumbangan anda

sumber





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aadkselangor.blogspot.com/2019/02/anda-nak-bantu-penagih-dadah-untuk-pulih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Niat Saya Memang Nak Bantu Tok Bukan Untuk Viralkan Mereka Demi Kepentingan Sendiri Pelajar Ipt

Video Niat Saya Memang Nak Bantu Tok Bukan Untuk Viralkan Mereka Demi Kepentingan Sendiri Pelajar Ipt

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 352 hits
Niat Saya Memang Nak Bantu Tok Bukan Untuk Viralkan Mereka Demi Kepentingan Sendiri Pelajar IPT Seorang pelajar tidak menyangka niat baiknya untuk berkongsi kisah kesusahan hidup pasangan warga emas orang kelainan upaya yang ditemuinya meni...
13 Orang Penagih Dadah Daripada 7 Kampung

13 Orang Penagih Dadah Daripada 7 Kampung

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 363 hits
TIGA belas penagih dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan di tujuh kampung di Beaufort dan Papar dalam operasi bermula 9 30 malam tadi hingga 2 pagi hari ini Semua individu ditahan berusia 22 hingga 50 tahun termasuk seorang lelaki yang ...
Kelantan Negeri Kedua Tertinggi Penagih Dadah

Kelantan Negeri Kedua Tertinggi Penagih Dadah

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 424 hits
DENGAN jumlah 17 580 penagih direkodkan antara Januari dan Oktober di Kelantan tahun lepas ia menjadi negeri kedua selepas Pahang yang memiliki jumlah penagih dadah paling ramai dalam negara Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelan...
Serba Kekurangan Jadi Penagih Dadah Pulok 9114

Serba Kekurangan Jadi Penagih Dadah Pulok 9114

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 325 hits
Sebenarnya Wanita zaman skrg bkn semua memilih Cuma lelaki yg berkahwin kena cuba berikan yg terbaik ikot kemampuan Jgnlah dh kurang mampu Serba kekurangan jadi penagih dadah pulok Satu sen pon xguna Sekadar luahan tgk nasib wanita berkelua...
Nak Jimat Kos Penghantaran Anda Biar Matrunner2u Bantu Mudahkan Urusan Jimatkan Kos Penghantaran Anda

Nak Jimat Kos Penghantaran Anda Biar Matrunner2u Bantu Mudahkan Urusan Jimatkan Kos Penghantaran Anda

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 515 hits
Nak jimat kos penghantaran anda Biar matrunner2u bantu mudahkan urusan jimatkan kos penghantaran anda Penghantaran hari yang sama Penghantaran hari berikutnya Servis pengambilan kutipan pintu ke pintu Penghantaran terus ke depan pintu anda ...
Bercuti Ke Bandung Day 1 Plan Nak Jalan Jalan Dalam Bandar Bandung Je

Bercuti Ke Bandung Day 1 Plan Nak Jalan Jalan Dalam Bandar Bandung Je

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 392 hits
BERCUTI KE BANDUNG DAY 1 JALAN DALAM BANDAR BANDUNG JE Kami tiba dari Airport Bandung kira kira jam hampir 3 petang Oleh kerana flight delay di KLIA Kami tak dapat nak meneruskan perjalanan asal ke Fave Hotel yang terletak di Cihempelas Ban...
Eee Bataknya Dapat Aiskrim Je Pun Gelabah Neelofa Mahu Cari Gadis Chubby Yang Diejek Budak Baru Nak Up

Eee Bataknya Dapat Aiskrim Je Pun Gelabah Neelofa Mahu Cari Gadis Chubby Yang Diejek Budak Baru Nak Up

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 494 hits
Eee bataknya dapat aiskrim je pun gelabah Neelofa mahu cari gadis chubby yang diejek budak baru nak up Baru baru ini kecoh di Twitter apabila terdapat satu rakaman video seorang gadis berbadan gempal kelihatan begitu teruja mendapat aiskrim...
Cuba Cuba Lagi Adam Fateh Lee Dah Mula Nak Meniarap Ibu Tak Putus Bagi Semangat

Cuba Cuba Lagi Adam Fateh Lee Dah Mula Nak Meniarap Ibu Tak Putus Bagi Semangat

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 327 hits
Si comel kesayangan Adam Corrie isteri Adam Fateh Lee mula dilatih untuk meniarap Momen terindah apabila ibunya Fazema Mohd Fuad tidak putus bagi semangat Adam Fateh Lee atau dipanggil Fateh kini sudah pun mencecah 6 bulan Video si comel in...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu