Anda Masih Boleh Mula Berniaga Walaupun Tak Ada Duit Dalam Akaun Bank Sekarang




Kebanyakkan orang batalkan hasrat untuk berniaga sebab dia percaya bahawa kalau nak berniaga, perlu ada modal. Modal yang dimaksudkan adalah duit. Mungkin anda juga rasa begitu selama ini. Ketiadaan modal membuatkan idea bisnes terpendam jauh ke dalam lubuk minda anda.
Jika itu yang anda percaya, anda betul. Nak berniaga memang perlu ada duit. Tapi apa yang anda silap adalah, beranggapan yang modal itu semestinya milik anda dan perlu ada dalam poket anda sekarang. 
Duit selagi ia masih diguna pakai sebagai alat pemegang nilai dalam transaksi umat manusia di muka bumi ini, selagi itu ia sentiasa ada di mana-mana. Cuma, duit itu masih tak masuk ke dalam poket atau akaun bank anda saja. Belum sampai masanya lagi, kekadang lalu tapi tak singgah.
Saya ulang sekali lagi. Jika ditanya, samada boleh atau tidak, berniaga tanpa duit, jawapannya memang tak boleh selagi duit tak singgah masuk ke akaun bank atau masuk poket anda dan bersedia untuk digunakan. Itupun hanya perlu isyarat saja. Tak ada duit secara fizikal pun tak apa. Ada banyak lagi mekanisme kewangan yang membolehkan anda diakui sebagai ada duit. Perlu cuba fahami perkara itu.
Mula bisnes tanpa duitSaya sendiri mula berniaga tanpa ada apa-apa duit atau harta. Kerja makan gaji sebelum itu hanya cukup makan saja untuk teruskan kehidupan. Apa yang saya dapat, itulah juga yang dibelanjakan. Jika pendapatan bertambah, keinginan membeli juga meningkat sama naik dengan jumlah penambahan gaji. Saya yakin ramai seperti saya. Betul tak?
Berikut di bawah ini keadaan diri saya ketika buat keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan berniaga.
Tiada duit simpanan dalam bank - Hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Keadaan ini membuatkan saya tak ada wang sendiri untuk dijadikan modal.Tidak ada rumah sendiri - Asyik sewa rumah orang saja dan tolong bayar installment pemilik rumah itu. Ini juga membuatkan saya tak boleh gunakan rumah sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman.Tak ada harta pusaka yang diwariskan - Tanah yang ada di kampung hanya sekangkang kera kepunya arwah bapak dan rumah didiami oleh mak. Kalau nak berebut harta pusaka kecil yang ada itu, masing-masing akan hanya dapat membina jamban sebanyak 2 pintu seorang. Tak berbaloi.Tak ada saudara yang kaya - Abang-abang dan adik yang ada juga sekadar cukup menyara kehidupan keluarga masing-masing saja. kalau mereka ada simpanan pun, tak kan bagi pada saya untuk berniaga. Mengharap duit dari mereka adalah mimpi di siang.Had kad kredit RM5 ribu saja - Tak cukup untuk sara kehidupan dan juga sebagai modal untuk membina perniagaan. Makin lama baki yang boleh digunakan makin sikit. Sangat menyedihkan.Tidak bekerja dengan kerajaan - Ini membuatkan saya tidak layak buat pinjaman peribadi pada bank rakyat. Isteri juga tak kerja. Siapa nak kasi pinjam?Tidak ada kenalan dari kalangan ‘Along’ - Ini membuatkan hilang keberanian memimjam wang pada mereka untuk memulakan perniagaan.Tak pernah ikuti kursus MARA - Langsung tak ada peluang untuk buat pinjaman perniagaan dari egensi kewangan itu.Dalam keadaan itu, tanpa berfikir panjang saya berhenti kerja dan mula berniaga dalam industri pest control. Bukan saja mula berniaga tanpa ada duit sendiri, malah pendapatan bulanan saya juga hilang 75% dari kebiasaan ketika makan gaji sebelum itu.
Memang agak menyiksakan mental. Tapi ia tidak halang untuk saya bina perniagaan itu bergerak sedikit demi sedikit sehingga ia membesar dan jadi sumber pendapatan untuk saya tunaikan tanggung jawab membela keluarga, isteri dan anak-anak.
Apa yang telah saya harungi sejak awal menjadi usahawan sampai sekarang meyakinkan diri bahawa nak berniaga anda tak perlu ada modal duit atau harta dalam simpanan. Modal paling utama untuk memulakan perniagaan adalah diri anda sendiri. 
Anda perlu ada rekod prestasi yang baik seperti berikut.
JujurKeazaman yang tinggiYakin diriKemahiran bergunaJaringan kawan dan kenalan bernilai tinggiJika anda ada semua di atas, itu saja yang diperlukan untuk memulakan perniagaan anda. Paling minimum anda perlu ada motivasi untuk jayakan bisnes, perlu ada kemahiran melaksanakan apa yang dirancang dan akhir sekali, wajib ada jaringan kenalan dan kawan yang baik.
Punyai jaringan kenalan atau kawan adalah yang paling penting kalau nak jadi usahawan. Banyak urusan dapat dilaksanakan dengan ada jaringan yang baik.
Mula dari sekarangJika anda rasa masih belum bersedia dari segi pembinaan diri sendiri ke arah nak jadi usahawan sebab masih muda atau selama ini leka pentingkan diri sendiri dan jadi kera sumbang, anda masih belum terlewat untuk mulakan sekarang.
Buat ketiga-tiga perkara penting ini secara konsisten. 

Cari idea niaga yang anda sangat teruja untuk jayakanTingkatkan tahap kepimpinan dan pengurusan anda ketika makan gaji sekarang sehingga majikan sangat sayang pada andaJadikan urusan membina jaringan sebagai perkara wajib dalam gaya hidup anda.Bina sehingga ke-3 perkara itu jadi tabiat. Selamat berjaya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/09/bolehkah-berniaga-tanpa-modal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Perniagaan Gisbh Di Seluruh Negara Lumpuh Pdrm Bekukan 138 Akaun Bank

Aktiviti Perniagaan Gisbh Di Seluruh Negara Lumpuh Pdrm Bekukan 138 Akaun Bank

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 184 hits
Aktiviti perniagaan GISBH di seluruh negara lumpuh selepas pihak Polis Diraja Malaysia melakukan serbuan besar besaran mennerusi Op Global bermula awal bulan ini melibatkan Fasa1 hingga 4 Memetik laporan dari Sinar Harian pihak PDRM telah m...
Banyak Betul Duit Dia Boleh Hidup Lama Overseas

Banyak Betul Duit Dia Boleh Hidup Lama Overseas

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 132 hits
Zainuddin OmarBanyak betul duit dia boleh hidup lama overseas Macam mana dia boleh elak dari dikesan oleh Interpol Tentu takkan lama dia duduk sesuatu negara kecuali dia pegang paspot Antigua and Barbuda Dominica Grenada St Lucia atau St Ki...
Ustaz Wadi Annuar Mengaku Pernah Berkahwin Dedah Punca Sebenar Kenapa Dia Masih Solo Sampai Sekarang

Ustaz Wadi Annuar Mengaku Pernah Berkahwin Dedah Punca Sebenar Kenapa Dia Masih Solo Sampai Sekarang

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 160 hits
nbsp Persoalan itu diajukan selepas ramai yang tertanya tanya sama ada Ustaz Wadi sudah berkahwin atau belum Ini jawapan beliau
Buang Masa Dan Buang Duit Saja

Buang Masa Dan Buang Duit Saja

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 164 hits
Shahbudin Husin Sudah dua KP Jkom kena buahg kerja bermakna sudah dua tahun juga dana kerajaan terbazir sia sia
Pemuda Kongsi Realiti Sebenar Sebab Bengkel Orang Melayu Susah Buat Duit Macam Bangsa Lain

Pemuda Kongsi Realiti Sebenar Sebab Bengkel Orang Melayu Susah Buat Duit Macam Bangsa Lain

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 150 hits
Seorang pemuda mendedahkan mengapa bengkel orang Melayu sangat susah mahu buat duit tak macam bengkel orang Cina Bukanlah disebabkan kawan kawan suka berhutang apabila datang ke bengkel kawan tapi sebenarnya ada sebab paling besar di belaka...
3 Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Online Kaunter Dan Atm

3 Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Online Kaunter Dan Atm

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 205 hits
Ada 3 cara keluarkan duit tabung haji Tabung Haji merupakan salah satu institusi simpanan yang popular di Malaysia terutamanya bagi umat Islam yang menyimpan untuk menunaikan ibadah haji Untuk memudahkan para pendeposit TH menyediakan pelba...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa