Anda Mampu Kuasai Apa Saja Kemahiran Baru Dengan Teknik Terbukti Berkesan Ini




Sejak dilahirkan lagi kita sebenarnya sudah dibekalkan keupayaan untuk kuasai apa saja kemahiran baru. Itulah uniknya makhluk ciptaan Tuhan yang bernama manusia.
Manusia adalah seumpama sebuah mesin belajar, berkuasa tinggi.
Kemampuan untuk belajar itu sangat penting kepada semua makhluk. Lebih-lebih lagi kepada manusia.
Dengan adanya kemahiran belajar sebegitu, kesinambungan hidup adalah terjamin. Terutamanya dalam urusan mencari rezki.
Dalam Al-Quran Surah ke-11, Hud-Ayat 6, Anda tentu pernah baca ayat dalam Quran di surah 11, Hud, ayat 6 yang maksudnya seperti berikut.
Dan tidak ada satupun makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam Kitab yang nyata

Saya pernah lihat satu video bagaimana seorang lelaki kudung kedua tangannya menjalani kehidupan. Subhanallah! sangat luar biasa.
Tapi itu bukanlah sesuatu yang pelik.
Manusia bila tiada pilihan, untuk hidup, dia akan belajar apa saja perkara baru. Kemudian akan dapat kuasainya dengan baik tak lama selepas itu.
Keupayaan untuk belajar, sesuaikan diri untuk hidup yang ada pada makhluk itu sangat bertepatan dengan janji Allah seperti ayat di atas.
Dalam satu kajian yang saya pernah baca, mereka pakaikan kepada beberapa orang subjek, sepasang kaca mata yang membuatkan dunia dilihat terbalik. 
Tujuannya adalah untuk melihat berapa hari masa yang diperlukan subjek untuk sesuaikan diri.
Ternyata seminggu dua saja, subjek dah mula biasakan diri dengan keadaan bergerak melihat dunia terbalik atas ke bawah.
Semua itu adalah bukti bahawa dalam keadaan macam mana sekalipun, keupayaan untuk bergerak mencari rezki memang dah tertanam kukuh dalam makhluk yang ada di muka bumi ini.
Samada pada binatang, mahupun manusia.
Dengan keupayaan akal yang Tuhan berikan pada manusia, sudah tentu ianya jauh lebih baik berbanding makhluk lain.
Semua point yang saya tulis kat atas adalah untuk berikan perspektif terhadap keupayaan anda untuk belajar dan kuasai apa saja perkara baru. 
Anda sebenarnya sangat mampu melakukannya.
Kuasai bacaan doa lepas solatMasa sekolah rendah sampai ke menengah dulu, tiap kali selepas solat 5 waktu, doa yang saya akan baca hanyalah doa yang semua orang tahu, ‘Rob bana aa tina .. ‘
Itulah satu-satunya doa yang mudah dan pantas.
Oleh kerana semua ustaz kata doa tu adalah yang terbaik, saya tak cuba untuk hafal doa lain yang lebih panjang.
Lagipun, kebiasaannya saya pergi solat berjemaah di masjid. Tok Imam yang bacakan doa. Saya hanya amin-kan saja.
Bila buat solat sunat yang perlu baca doa sendiri, saya minta kepada Tuhan dalam Bahasa Melayu saja. Lebih berkesan. Lebih menghayati apa yang saya minta kepadaNya.
Begitulah keadaan saya berterusan sehingga masuk tingkatan 3.
Dipaksa hafal doa solatDi tingkatan 3, ustaz yang mengajar masa tu kami panggil Ustaz Koboi. Dari mana datangnya gelaran nama tu saya sendiri tak tahu. 
Dah jadi popular walaupun dia amat marah jika dengar orang panggilnya dengan nama Ustaz Koboi.
Nota: Ustaz itu dah meninggal 3 atau 4 tahun lalu – moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amiiin!
Satu hari dia masuk kelas dan berikan tugasan untuk hafal doa. Tugasan itu akan ganti peperiksaan. 
Markah akan diberikan berdasarkan keupayaan menghafal dengan baik.
Dia berikan masa selama seminggu, kalau tak silap. Perlu hafal kemudian kena baca depannya seorang demi seorang.
Bab menghafal adalah satu kelemahan saya yang sangat ketara. Bukan tak ada keupayaan. Tapi lebih kepada malas nak bersusah payah. Malas nak ‘push’ kata orang kampung.
Itu memang sikap kebanyakan orang. Saya juga macam itu.
Semua orang akan hadapi masalah sama bila masuk bab cuba kuasai perkara atau kemahiran baru. 
Kesanggupan untuk push, atau paksa diri itulah yang akan menentukan tahap kejayaan seseorang, sebab itu tak ramai yang maju.
Kenapa susah paksa diriTahu tak kenapa sukar sekali untuk paksa diri buat perkara baru?
Dari pembacaan, saya dapat tahu memang itu sifat semula jadi manusia, semua makhluk dan semua kejadian alam. 
Sifat sentiasa memilih urusan yang paling kurang menggunakan tenaga adalah keupayaan semula jadi semua makhluk.
Jika ada 2 pilihan kerja yang terpaksa dilakukan, secara semula jadinya semua orang akan pilih yang paling kurang menggunakan tenaga dan usaha. 
Kemahiran itu adalah sesuatu yang memang anda fasih, mahir dan telah kuasai dengan baik sejak dilahirkan.
Jika dibiarkan sahaja begitu, tak ada perkara baru yang anda akan kuasai selain dari mana yang dah ada saja.
Itupun, semua kemahiran itu dikuasai masa sekolah, masa zaman kanak-kanak. Akibat kena paksa dan di-disiplinkan.
Kalau tidak dipaksa ketika zaman tu, lagi teruk lah jadinya bila besar.
Berjaya kuasai doa lepas solatBerbalik kepada kisah kena paksa hafal doa tadi.
Bila kena paksa doa dek ustaz Koboi, kalau gagal kena rotan pulak tu, maka saya tak ada pilihan selain dari berusaha menghafalnya. 
Macam-macam saya buat, saban hari saya pegang kertas dan hafal sebaris demi sebaris.
Adik jadi mangsa untuk duduk dan dengar hafalan saya setiap hari siang dan malam. Sehinggalah saya berupaya menghafalnya dengan fasih dan lancar.
Itulah kuasa ‘push’ yang sebenarnya, ada pada semua manusia.
Kelebihan itu ada pada anda dan ada juga pada saya. 
Kalau anda mahu menggunakan kuasa itu, ia sentiasa tersedia. Boleh digunakan untuk kuasai apa saja jenis kemahiran tiada batasannya selagi ianya logik, dan mampu dicapai oleh manusia.
Tempoh masa pulak bergantung kepada tahap mana anda nak push. 
Ada orang lebih cepat dan ada yang lebih lambat. Tapi untuk mencapainya, semua orang mampu sahaja dengan hanya satu syarat ..
Satu syarat itu adalah, ‘jangan sesekali berputus asa’.
Hanya satu perkara yang anda perlukan untuk berjaya kuasai apa saja kemahiran: Sabar! terus mencuba jangan berhenti
hidupringkas.com 
Cari jalan untuk tidak putus asaDari cerita saya kat atas tu, untuk kuasai sesuatu perkara, anda perlu cari jalan bagaimana untuk tidak putus asa. Cari jalan untuk tidak berhenti berusaha dan mencuba.
Itulah fokus saya dalam blog ini. Semuanya adalah ke arah untuk mencari jalan agar putus asa dapati dielakkan.
Nak pandai berniaga, nak sihat, fit, slim, badan sasa serta sado, nak amalkan puasa setiap hari isnin khamis, nak otak bergeliga, tajam pemikiran, nak pandai menjual ..
Siapa yang tak mahukan semua itu?
Saya yakin semua cubaan untuk jadi apa saja perkara baik, kuasai apa saja kemahiran baik dah pernah anda cuba selama ini.
Masalahnya banyak dari cubaan itu cuma sekerat jalan.
Malah ada yang baru nak angkat kaki mulakan langkah saja dah tak jadi teruskan. Dah berhenti. ‘Gibab’ terus kata Abdul Rani Kulup.
Antara petua yang berkesan supaya tak mudah gibab adalah dengan push perlahan-lahan.
Susahkan diri sedikit saja dahulu supaya tak jemu.
Jangan susah sangat sampai tersiksa.
Untuk itu, anda hanya perlu sasarkan peningkatan perubahan dalam 1% saja. Sikit macam itu pun sudah memadai.
Kemudian, anda perlu cari kawan-kawan yang nak buat perkara sama. 
Sokongan dari mereka akan bantu anda untuk tidak mudah putus asa dan bersemangat kongsikan kemajuan masing-masing.
Paksa diri untuk kuasai kemahiranBaru-baru ini, seorang kawan, Sulaiman, yang buat bisnes kedai kucing bernama Sibulus, kat Melaka kongsikan pengalamannya pada saya.
Dia ada ambil satu kursus Train the Trainer untuk melayakkan diri jadi seorang trainer yang terlatih dan berketrampilan.
Saya juga dah ambil kursus tu. Memang sangat mencabar dan sangat menyusahkan. Rasa macam lari marathon 10 ribu kilometer hadapi kursus itu selama seminggu. 
Belajar tanpa henti siang malam pagi petang. Penuh dengan kertas kerja yang perlu disiapkan dan teori yang perlu dikuasai.
Kesukaran makin terasa bila kursus itu dibuat secara online pulak. Pengalaman baru yang masih tidak dapat sesuaikan diri lagi.
Bila masuk hari kedua, Sulaiman beritahu saya, dia ada niat untuk gibab.
Berhenti saja tak payah nak teruskan. Apa ke hal susah sangat nak belajar jadi trainer berketrampilan nih!
Tapi dia cekalkan juga hati. 
Tahan dan teruskan ikutinya. Sehari demi sehari sehinggalah duduki peperiksaan dan buat pembentangan kertas kerja untuk dinilaikan.
Hasilnya, dia lulus dan dah jadi certified trainer peringkat kebangsaan!
Itulah powernya untuk terus bergerak paksa diri ke depan. Jangan sesekali gibab. Push dan push keupayaan diri anda.
'Gibab' untuk berjayaSelain dari jangan mudah putus asa untuk terus kuasai kemahiran yang anda mahukan. Kemahiran untuk gibab atau berhenti, juga sangat penting.
Saya terangkan kat bawah ni.
Jika anda fikirkan secara mendalam, kemahiran gibab itu sebenarnya adalah sangat penting untuk berjaya.
Ramai orang yang berjaya ke peringkat tinggi merupakan mereka yang banyak gibab tinggalkan usaha dari diteruskan.
Mereka gibab dari teruskan semua urusan lain kecuali satu saja yang diberikan tumpuan. Satu perkara tumpuan itu terus diusahakan sampai ke tahap tertinggi.
Maksudnya, untuk berjaya anda perlu berhenti terus berusaha semua perkara, melainkan kemahiran yang mahu dikuasai itu.
Ini dapat jimatkan banyak tenaga. Boleh digunakan untuk fokus kepada urusan pembinaan satu perkara sahaja.
Bila dah kuasai, barulah tengok urusan lain.
Ringkasnya, kalau nak kuasai apa saja kemahiran, perlu fokus sampai berjaya terlebih dahulu.
Jangan cuba buat banyak perkara sangat.
Tidak fokus dan tak kemana, adalah satu pengalaman yang saya alami sendiri.
Selama ini ada banyak perkara yang saya buat. Ada beberapa syarikat sendiri, pernah buka resort, pernah terlibat dengan kilang beras, terlibat berceramah berikan training / coaching, tulis blog lebih dari satu, sertai kelab pidato, masuk persatuan, suka beli dan baca buku, suka berjalan sana sini, masuk hutan, naik kapal dan macam-macam lagi, tak pernah duduk diam.
Banyak sangat benda nak buat.
Hasilnya, semua yang saya buat adalah setakat suam-suam kuku saja. Tak boleh naik ketahap yang paling tinggi seperti mana yang saya idamkan.
Itulah akibatnya bila tak ada keupayaan untuk berhenti dan fokus kepada satu perkara sahaja.
Saya masih berusaha untuk cantas satu demi satu semua perkara yang saya buat yang kurang bermakna.
Tapi itu bukan perkara mudah sebab semua nya saya suka nak buat.
Doakan untuk saya semoga satu ketika nanti, dalam masa terdekat, hanya tinggal satu saja perkara yang akan diberikan sepenuh tumpuan hingga naik ke tahap paling tinggi.
Kadang-kadang saya terfikir betapa bernasib baiknya mereka yang langsung tak berusaha berikan tumpuan pada satu benda pun.
Mereka punya kelebihan untuk mula pilih hanya satu saja perkara.
Satu saja!
Dan mula buat perkara yang satu itu perlahan-lahan.
Push peran-pelan ke depan. Tak ada yang nak dikejarkan. Push setakat tak senang sangat sehingga menjemukan dan tak susah sangat sehingga menyakitkan.
Bayangkan apa akan berlaku pada mereka yang sebegitu bila mula buat hanya satu perkara saja?
Mungkin anda ada kelebihan itu sekarang!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/11/anda-mampu-kuasai-apa-saja-kemahiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teknik Atau Kemahiran Asas Belajar Berenang

Teknik Atau Kemahiran Asas Belajar Berenang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 202 hits
Klik Disini Untuk Info lanjut This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Kucing Tidur Sambil Menangis Rupanya Baru Saja Kehilangan Anak 3 Ekor Berturut Turut

Kucing Tidur Sambil Menangis Rupanya Baru Saja Kehilangan Anak 3 Ekor Berturut Turut

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 285 hits
Kehilangan merupakan kesedihan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2 Kesedihan akib4t kehilangan iaitu kematian anak ini bukan sahaja memilukan manusia tetapi haiwan juga turut merasakan kesedihan itu Kucing merupakan haiwan yang mempun...
Tanyalah Khabar Kawan Baru Lepas Bersalin Bukan Busy Body Bantu Mana Mampu

Tanyalah Khabar Kawan Baru Lepas Bersalin Bukan Busy Body Bantu Mana Mampu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 291 hits
Adat orang kita bertanya khabar adalah biasa namun jika ada di antara rakan rakan kita yang baru melahirkan anak lebih lebih lagi yang terpaksa berpantang sendiri jangan buat tidak tahu Berusahalah untuk bertanya dan membantu mana yang term...
Siapa Saja Mampu Jadi Kaya Tapi Tak Semua Boleh Jadi Kaya Luar Biasa

Siapa Saja Mampu Jadi Kaya Tapi Tak Semua Boleh Jadi Kaya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 338 hits
Saya ada satu grup wasap Ahlinya terdiri dari kawan kawan berniaga yang hebat hebat belaka Masing masing ada banyak pengalaman dalam dunia perniagaan Luas jaringan kenalan dan paling penting sangat berselera untuk berjaya Sama macam grup wa...
Awas Teknik Baru Penjenayah Di Bazar Ramadhan Dan Pusat Beli Belah

Awas Teknik Baru Penjenayah Di Bazar Ramadhan Dan Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 164 hits
Bersiar siar sambil membeli belah merupakan satu daripada aktiviti utama masyarakat Malaysia pada hari ini Kawasan kawasan tumpuan seperti pusat membeli belah karnival festival dan pasar awam akan sentiasa sesak dengan pelbagai ragam manusi...
Ajak Anak Muda Jadi Tech Trendsetter Realme Indonesia Luncurkan 4 Perangkat Baru Sekaligus Apa Saja

Ajak Anak Muda Jadi Tech Trendsetter Realme Indonesia Luncurkan 4 Perangkat Baru Sekaligus Apa Saja

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 242 hits
realme Indonesia luncurkan tiga smartphone dan satu perangkat AIoT dengan misi menginspirasi anak muda agar menjadi tech trendsetter
Ong Seongwu Noze Dari Street Woman Fighter Akan Bintangi Dalam Mv Baru Lee Seunghwan

Ong Seongwu Noze Dari Street Woman Fighter Akan Bintangi Dalam Mv Baru Lee Seunghwan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 336 hits
Ong Seong wu dan Noze daripada Mnet Street Woman Fighter akan membintangi muzik video untuk lagu baharu Lee Seung hwan How Come Sumber dari agensi Lee Seung hwan Dream Factory berkongsi Ong Seong wu berjaya menamatkan penggambaran sambil me...
Perap Dulu Guna Pes 3 Bahan Ni Baru Sotong Bakar Rasa Kebih Sedap

Perap Dulu Guna Pes 3 Bahan Ni Baru Sotong Bakar Rasa Kebih Sedap

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 310 hits
Bagi penggemar menu Sotong Bakar resipi pes yang dikongsi dari saudari Rosmawati Mohammad ni antara yang terbaik untuk dicuba Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali Hanya menggunakan tiga baha...
Selepas Dua Anak Baru Tahu Ibu Ayah Tak Pernah Bernikah

Selepas Dua Anak Baru Tahu Ibu Ayah Tak Pernah Bernikah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 243 hits
NUR HUDA MUSAPETALING JAYA Seorang wanita terkedu apabila mengetahui ibu dan bapanya tidak pernah bernikah secara sah dan memalsukan sijil pernikahan Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli melalui satu hantaran di laman F...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense