Anda Ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda
Guna Tiga Ayat Ini Jika Anda Mahukan Prospek Baca Iklan Sampai HabisMenulis iklan bukanlah susah. Yang susah ialah nak suruh orang baca sampai habis dan kemudian tanpa fikir panjang beli produk dari kita.
Jadi pada hari ini, saya nak syer tiga tip dengan anda.
Bagaimana Nak Tarik Prospek Dan Buatkan Mereka Baca Iklan Sampai Habis?
Mari saya syerkan tiga perkara penting dalam menulis iklan:
1. Ayat Mempertikai Fakta
Tulis ayat yang mempertikaikan fakta semasa.
Kenapa? Sebab manusia memang pantang ditegur, lagi-lagi berkait dengan benda yang kita percaya.
Imagine, fakta yang dah percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka nak tahu sebabnya.
Jika anda masukkan tip ini dalam ayat iklan, anda mampu buatkan prospek rasa nak tahu giler dan akan baca iklan hingga habis.
Contoh produk rawatan kulit. Fakta semasa yang mereka terima mungkin ialah:
“Krim minyak zaitun Ozpure terbukti boleh mengilangkan sakit ekzema kurang dari 10 hari” —> Ini fakta semasa!
Tapi anda pula ada bukti atau pandangan yang bertentangan, iaitu:
“Betul ke krim minyak zaitun Ozpure boleh hilangkan ekzema?”
Tajuk seperti di atas selalunya buatkan prospek jadi serba tak kena dan gelisah - lebih-lebih lagi kalau mereka dah pernah guna produk Ozpure.
Jadi tugas kita senang saja:- Mempertikai fakta sedia ada.- Buatkan ia jadi sedikit kontroversi- Kemudian, bagi bukti.
Terangkan sama ada kita bersetuju ataupun tidak dengan fakta tersebut.
Jika tak bersetuju, lampirkan bukti-bukti sokongan. Cara menulis ini baru lah mesej kita mudah diterima akal.
2. Ayat ingatkan The Big Why + Tips
Apa itu big why?
Big why ialah sebab utama anda buat keputusan untuk melakukan sesuatu.
Saya percaya, setiap orang mesti ada impian atau cita-cita. Tetapi setelah beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut kian menjadi hilang dalam ingatan.
Jadi, kita boleh gunakan kesempatan ini untuk ingatkan semula “big why” dalam ayat iklan kita.
Contoh niche kewangan. Kita kena tentukan dulu;
- Siapa prospek kita?- Apa sebab utama mereka buat sesuatu keputusan?- Kenapa mereka perlu berjaya?
Selepas buat kajian, kita jumpa bahawa prospek yang ada dalam niche kewangan, biasanya big why ialah mereka adalah mampu bagi duit kepada ibu dan ayah di kampung.
Seterusnya, tugas kita hanya perlu tanya dibahagian tajuk iklan;
“Dah mampu belum, nak bagi duit belanja dekat ibu di kampung? Jika belum, ini caranya.”
Selepas anda ingatkan big why mereka, bagi lah tip yang mereka boleh guna serta merta.
Mudah saja cara no.2 ini kan?
- Ingatkan big why.- Kemudian, bagi tip atau solusi
Pada akhir perenggan, buatlah Call to Action seperti:
“Berminat nak tahu lebih? Hubungi saya.”
3. Ayat Maklumat Yang ‘ramai tak tahu’
Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan maklumat terbaru.
Berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini; namanya self-esteem.
Self esteem maksudnya sentiasa mahu meningkatkan status diri.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah, orang nak diri mereka ‘nampak lebih pandai’ daripada sebelum nya.
Jika mereka dapat tahu sesuatu maklumat sebelum orang lain tahu, mereka akan berasa bangga dan bangga berkongsi info tersebut.
Contohnya kalau untuk pemasaran hartanah:
“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”
Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan di atas.
Anda nak jadikan ia lebih spesifik?
Gantikan perkataan ‘orang’ dengan seperti, pelabur hartanah.
Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca iklan tersebut.
Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?
Teruja nak belajar dengan lebih lengkap? Dah penat menulis surat jualan atau iklan tapi takda jualan?
Jika anda nak belajar menulis iklan yang lebih tersusun dalam bentuk video step-by-step, saya syor anda rujuk panduan video Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang terbaru.
Dalam 22 video tersebut ada diterangkan secara terperinci:Cara kenalpasti pelanggan kelaparanCara tanya soalan untuk kenal pelanggan.Cara mudah untuk kenal produkCara untuk tarik perhatian pelangganCara buatkan prospek percayaCara buatkan prospek rasa rugi tak cuba produk andadan banyak lagi.
Lengkap dari tanpa pengetahuan shingga anda boleh tulis ayat iklan sendiri. Terujakan?
Anda serious nak menulis iklan hingga pelanggan terpedaya nak beli produk anda?
>>>Klik di sini untuk tonton video Copywriting Junior dan mula hasilkan copywriting yang boleh tingkatkan jualan anda hari ini!
Untuk keterangan lanjut sila layari Anda Ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/06/anda-ada-5-saat-untuk-memerangkap.html