Ancaman Terhadap Periuk Kera


Lemang periuk kera semakin mendapat perhatian sebagai juadah hari raya sehingga semakin ramai peniaga mengambil peluang untuk turut menjual sajian tersebut.

Bagaimanapun, pakar taksonomi tumbuhan dan biologi pemuliharaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Emeritus Dr Abdul Latiff Mohamad berkata beliau melihat trend itu sebagai sesuatu yang membimbangkan biarpun tumbuhan periuk kera tidak tergolong dalam tumbuhan terancam.

Hal itu katanya disebabkan kegilaan peniaga lemang periuk kera menuai tumbuhan tersebut dalam jumlah banyak setiap kali tiba musim perayaan.

“Ambil sikit-sikit tak apa. (Tapi) Ambil banyak itu yang tak tahannya. Serupa juga dengan pembalakan.“… Yang diambil itu (spesis) yang macam cawan itu, ampullaria. Dia banyak, di tanah kerajaan, di hutan simpan pun ada, di tepi-tepi jalan pun ada. Banyak."Tapi walaupun banyak sekarang, tapi kalau diragutnya setiap Ramadan, tak cantik juga,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau merujuk kepada spesis periuk kera dengan nama saintifik nepenthes ampullaria yang sering dicari pengusaha lemang periuk kera untuk menyediakan juadah tersebut.

Abdul Latiff ialah antara individu yang membangkitkan kebimbangan terhadap trend lemang periuk kera di Facebooknya dan hantarannya banyak dikongsi oleh mereka yang berkongsi pandangan serupa.

Dalam hantarannya itu, Abdul Latiff meluahkan rasa terkejutnya dengan laporan akhbar tentang pengusaha lemang periuk kera yang semakin berleluasa.

Malah, berdasarkan gambar yang dilihatnya dalam laporan tersebut, Abdul Latiff berpendapat bukan hanya periuk kera spesis nepenthes ampullaria sahaja yang diragut, tetapi juga spesis lain seperti nepenthes mirabilis dan lain-lain.

“Sebelum kerja berlarutan saya mohon Jabatan Perhutanan mewartakan semua 13 spesis periuk kera di Semenanjung Malaysia dan meletakkannya dalam spesis yang dipelihara dan dipulihara,” tulisnya dalam kenyataan itu.
Bagaimanapun, hantaran itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pengusaha lemang periuk kera yang tampil memuat naik hantaran balas.

Antaranya Adam Uzair Firdaus Aman yang membidas pandangan Abdul Latiff di Facebooknya dengan menyatakan pengusaha hanya menuai spesis nepenthes ampullaria yang tidak terancam dan mudah didapati di seluruh hutan tropika.

Kata Adam, penuai tidak akan menuai periuk kera bersaiz terlalu besar dan terlalu kecil bagi kelangsungan hidup tumbuhan itu untuk tahun seterusnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan Adam, seorang lagi pengusaha, Noor Syafri Abdul Malik, memberitahu dia menggunakan periuk kera jenis nepenthes mirabilis untuk membuat juadah tersebut.

Katanya, sempena musim lebaran tahun ini, dia menerima tempahan 200,000 biji lemang periuk kera, malah turut mendapat permintaan daripada luar negara seperti Dubai dan Melbourne.

Selain daripada jumlah tuaian yang banyak, satu lagi perkara yang dibimbangi Abdul Latiff ialah cara tuaian oleh para penguasaha yang dilihatnya melalui gambar dalam laporan media.

Katanya, pengusaha mungkin meragut tumbuhan itu sehingga ke akarnya sehingga menyebabkan banyak tumbuhan mati dan bukannya menuai kelongsong periuk kera itu sahaja.

Oleh itu, dia menyarankan Jabatan Perhutanan di Semenanjung Malaysia mencontohi Jabatan Perhutanan di Sabah dan Sarawak yang mewartakan periuk kera sebagai spesis tumbuhan yang dilindungi bersama beberapa tumbuhan lain seperti bunga pakma dan sebagainya.


“Kalau berlaku setiap Ramadan begini, berlaku di Johor, Pahang, Terengganu, Perak- aduh.

“Bukan apa, benda macam ni akan jadi heboh.  Jadi (tular) orang di negeri lain pun nak. Tidaklah habis, (tetapi) maknanya (akan) terancamlah,” katanya lagi meluahkan kebimbangannya.  

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/06/ancaman-terhadap-periuk-kera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelongsong Kecil Macam Mana Tupai Berak Dalam Tu Peniaga Dakwa Periuk Kera Selamat

Kelongsong Kecil Macam Mana Tupai Berak Dalam Tu Peniaga Dakwa Periuk Kera Selamat

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 394 hits
Kelongsong kecil macam mana tupai berak dalam tu Peniaga dakwa periuk kera selamat
Periuk Kera Mangkuk Tandas Tupai Dan Kelawar

Periuk Kera Mangkuk Tandas Tupai Dan Kelawar

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 833 hits
DALAM pelbagai juadah pada musim perayaan Aidilfitri hidangan lemang periuk kera antara yang menjadi bahan perbualan sejak beberapa tahun lalu Lemang periuk kera dikatakan lebih enak berbanding lemang buluh yang sudah menjadi kebiasaan dihi...
Hentikan Jualan Lemang Periuk Kera Maya Karin

Hentikan Jualan Lemang Periuk Kera Maya Karin

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 703 hits
Duta ikon River of Life Maya Karin menggesa peniaga makanan menghentikan penjualan lemang periuk kera kerana spesies tumbuhan yang berbentuk seperti karung digunakan untuk hidangan itu semakin pupus kerana permintaan tinggi semasa musim per...
Dap Akan Ambil Tindakan Terhadap Why Leong

Dap Akan Ambil Tindakan Terhadap Why Leong

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 363 hits
KUANTAN DAP akan mengambil tindakan terhadap Pengerusi DAP Jerantut Loo Why Leong yang didakwa mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara