Ancaman Harimau Malaya Pupus Denda Tinggi Bakal Buru Pemburu Haram



Denda lebih tinggi ke atas pemburu haram dan enam pelan kondusif membuktikan keseriusan Kerajaan, dalam memastikan populasi Harimau Belang Malaya tidak pupus di negara ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata, pelan bersama-sama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi selain agensi dan pemain industri yang terlibat, diharapkan dapat menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.
“Kita fokus dan serius dalam memastikan kepupusan itu tidak berlaku. Ini tindakan dan tanggungjawab bersama dalam menangani pemburuan haram habitat ini.
“Kerana itu kita sedang meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (716) 2010 supaya kita lebih respons dalam perkembangan semasa dan usaha konservensi hidupan liar, di mana kita akan tingkatkan penalti dan denda kepada pesalah.
“Kita sedar ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang memperdagang hidupan liar di dalam talian. Jadi pindaan itu akan memperkukuhkan penguatkuasaan dalam membanteras aktiviti haram tersebut,” katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas bersama-sama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menyaksikan memorandum persefahaman (MOU) bagi menangani krisis kepupusan Harimau Malaya, serta meningkatkan reputasi dan imej industri sawit dalam aspek kemampanan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) hari ini.
MOU itu melibatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), diwakili Ketua Pengarahnya Abdul Kadir Abu Hashim, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr. Wan Zawawi Wan Ismail, dan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya Mohd Nor Hamzah.
Sebelum ini dilaporkan, Pengarah Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) Dr Kelvin Lazarus berkata, tindakan pembiakan pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan, bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.
Dr Kelvin berkata, masalah penurunan populasi Harimau Belang Malaya akan berlaku dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, sekali gus Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya sekiranya tiada tindakan dilakukan.
Shamsul Anuar berkata, usaha kerajaan memerlukan penglibatan semua pihak untuk berganding bahu, dalam menggerakkan kesedaran berkaitan pemburuan haram spesies terancam seperti Harimau Malaya.
Mengulas mengenai pelan jangka masa pendek dan panjang untuk memuliharan spesies Harimau Malaya, Shamsul Anuar berkata ia bertepatan dengan MOU hari ini yang antara lain melibatkan Program pembiakan Harimau Malaya; Program pembiayaan lima ekor anak Harimau Malaya; Program pemindahan Harimau Malaya ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan di Lanchang, Pahang.
Ia juga melibatkan Program meliarkan Harimau Malaya; Program pelepasan Harimau Malaya ke habitat asal dan Program pemantauan Harimau Malaya selepas proses pelepasan.
Shamsul Anuar menarik perhatian, MOU itu antara lain memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta untuk tempoh lima tahun bagi konservasi Harimau Malaya hasil inisiatif MPOC dan MPOGCF, sekali gus menunjukkan komitmen padu dan keprihatinan industri sawit dalam menyelamatkan Harimau Malaya yang diancam kepupusan.
Dalam kenyataan media bersama kedua-dua kementerian itu menyebut, MOU ini bertujuan memperkukuhkan konservasi ex-situ (mengekalkan spesies di luar habitat asal seperti zoo dan taman botani) Harimau Malaya melalui penyelidikan, bina upaya serta program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam.
– Bernama
The post Ancaman Harimau Malaya pupus: Denda tinggi bakal buru pemburu haram appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/13/ancaman-harimau-malaya-pupus-denda-tinggi-bakal-buru-pemburu-haram/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Denda Rm1 Juta Bakal Menjerat Pemburu Haram

Denda Rm1 Juta Bakal Menjerat Pemburu Haram

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 238 hits
MALAYSIAKINI Penjenayah pemerdagangan hidupan liar di negara ini khasnya pemburu haram bakal berdepan denda mencecah RM1 juta sebaik sahaja pindaan kepada akta sedia ada selesai dilaksanakan kerajaan kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datu...
Casio Lancar Jam Tangan G Shock Edisi Harimau Malaya

Casio Lancar Jam Tangan G Shock Edisi Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 573 hits
Persatuan Bolasepak Malaysia hari ini mengumumkan telah menjalinkan kerjasama bersama syarikat multinasional Jepun Casio bermula 1 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2022 Perjanjian penajaan itu telah ditandatangani di antara Pengedar Rasmi Casi...
Harimau Malaya Kena Cucuk Isnin Depan

Harimau Malaya Kena Cucuk Isnin Depan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 390 hits
Oleh SUFIAN HADI SOJAK KUALA LUMPUR Seramai 78 pemain Harimau Malaya termasuk pegawai dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin akan divaksinkan Isnin depan di Putrajaya Perkara itu disahkan oleh Menteri Belia dan Su...
Gempar Adun Bersatu Bakal Lompat Parti

Gempar Adun Bersatu Bakal Lompat Parti

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 245 hits
April 2 2021 Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tebrau Mazlan Bujang menafikan dakwaan beliau pro UMNO dan bakal lompat parti kerana dikatakan banyak kali tidak menghadiri program anjuran parti sendiri Terbaru beliau dikatakan ti...
Dua2 Sudah Bernikah Kembar 7g Teka Siapa Yang Bakal Timang Baby Twins Juga

Dua2 Sudah Bernikah Kembar 7g Teka Siapa Yang Bakal Timang Baby Twins Juga

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 449 hits
Selebriti media sosial Ieka Tajudin dan kembarnya iaitu Iera Tajudin pernah mencetuskan kontroversi apabila mereka menyalahkan guru gara gara meraih keputusan 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia Walau bagaimanapun kedua dua remaja ini tetap t...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao