Analisis Dari Sinar


 
 

SEKIRANYA keputusan
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 menjadi ukuran, pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos ini akan menyaksikan sekurang-kurangnya terdapat 43 kerusi majoriti tipis atau kerusi marginal bawah 1,000 undi yang berpotensi dimenangi oleh mana-mana parti bertanding.








Bagaimanapun, fenomena Parlimen tergantung dan penjajaran semula politik susulan kerjasama Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) selepas PRU15, November lalu, kerusi marginal bagi PH-BN dan lawannya, Perikatan Nasional (PN) pada PRN kini tertumpu di 20 kerusi DUN sahaja.

Angka tersebut diperoleh berdasarkan pecahan undi yang diterima oleh calon Parlimen mengikut kawasan DUN pada PRU15. Di Malaysia, setiap kawasan Parlimen biasanya mempunyai beberapa kawasan DUN.






Statistik umur pengundi bagi PRN enam negeri. Penganalisis menjangka pertambahan jumlah pengundi baharu akan memberi impak kepada kerusi marginal.

Selepas undi PN dan PH-BN dibandingkan berpandukan data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 20 kerusi menunjukkan perbezaan tipis undi iaitu empat DUN di Pulau Pinang meliputi Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Permatang Pasir; lima DUN di Kedah (Kuah, Pedu, Kubang Rotan, Gurun dan Lunas) dan dua DUN di Terengganu (Hulu Besut dan Telemung).

Bagi tiga lagi negeri, di Selangor terdapat tujuh DUN dikenal pasti iaitu Morib, Selat Klang, Kuang, Sungai Burong, Sungai Panjang, Sabak dan Sungai Air Tawar, manakala di Kelantan dan Negeri Sembilan masing-masing mempunyai satu DUN marginal iaitu Kemuning dan Bagan Pinang.

Sinar Premium menggunakan indikator kurang 3,000 undi sebagai majoriti tipis di Selangor, manakala lima negeri lain kurang 2,000 undi.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, julat majoriti undi tipis bagi mengunjurkan kerusi marginal PRN enam negeri tidak boleh terikat dengan definisi bawah 1,000 undi, memandangkan terdapat penambahan pemilih baharu yang ketara pasca PRU15.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sebagai contoh, beliau mengatakan di Selangor, jumlah penambahan pemilih baharu meningkat sebanyak 69,209 orang, manakala penambahan bagi lima negeri lain adalah antara 7,000 hingga 13,000 pengundi baharu.

“Selain itu, pembentukan konfigurasi politik baharu pasca PRU15 menyebabkan penentuan status kerusi marginal bergantung kepada sejauh mana kadar peratusan keluar mengundi dicatatkan pada PRN kali ini di samping kadar kebolehpindahan undi (transferable vote) antara penyokong PH-BN.

“Atas kertas, pengiraan kerusi marginal yang telah digariskan adalah berdasarkan senario kejayaan PH-BN memastikan proses transferable vote antara kedua-dua penyokong parti berkenaan berlaku 100 peratus selain peratusan keluar mengundi sama seperti PRU15 iaitu 74 peratus.

“Namun, senario itu berpotensi berubah dengan kerusi-kerusi marginal ini mungkin menjadi kerusi deposit tetap parti-parti tertentu, jika faktor transferable vote tidak capai 100 peratus, sebaliknya berlaku swing vote pengundi PH-BN kepada PN,” katanya kepada Sinar Premium.

Sejumlah 21 kerusi marginal terkini dikenal pasti Sinar Premium menjelang PRN enam negeri, 12 Ogos ini.

14 kerusi bakal milik PH-BN

Berdasarkan unjuran Sinar Premium, daripada 20 kerusi marginal itu, gabungan PH-BN dijangka mempunyai kelebihan untuk memenangi 14 kerusi, manakala PN berpotensi menguasai enam kerusi lagi.

Kerusi-kerusi marginal yang kemungkinan besar dimenangi PH-BN adalah DUN Bagan Pinang, Kuang, Sungai Burong, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar, Hulu Besut, Telemung dan Sungai Dua yang ditandingi calon BN.Selain itu, kerusi DUN Sabak, Lunas, Gurun, Kubang Rotan, Kuah dan Permatang Pasir juga diunjurkan mampu direbut koalisi PH-BN menerusi calon PH.

Bagi enam kerusi marginal dijangka dikuasai PN ialah DUN Morib dan Selat Klang (Bersatu); serta Kemuning, Pedu, Permatang Berangan dan Penaga (Pas).

“Majoriti kerusi marginal dikenal pasti pada PRN ini sememangnya merupakan kerusi majoriti pengundi Melayu di mana kawasan berkenaan dianggap medan tempur paling getir bagi parti-parti politik bertanding.

“Ini disebabkan gelombang hijau peralihan sokongan pengundi Melayu kepada PN telah berlangsung pada PRU15 dan PRN kali ini menjadi medan ujian sama ada kewujudan pakatan politik baharu PH-BN mampu membendung penguasaan PN dalam segmen pengundi Melayu atau sebaliknya.

“Secara rambang, kesemua kerusi majoriti lebih 50 peratus pengundi Melayu boleh dianggap sebagai kerusi marginal dengan Selangor mencatatkan jumlah kerusi marginal tertinggi iaitu sebanyak 39 DUN,” jelas Pensyarah Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr Marzuki Mohamad.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/analisis-dari-sinar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingin Tahu Warna Sesuai Untuk Korang Jom Dapatkan Servis Analisis Warna Di 7 Tempat Ini

Ingin Tahu Warna Sesuai Untuk Korang Jom Dapatkan Servis Analisis Warna Di 7 Tempat Ini

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 205 hits
Personal color analysis ataupun analisa warna peribadi ini telah menjadi satu perkara baru dalam dunia fesyen kini ARTIKEL BERKAITAN Kalau korang nak tahu ia merupakan satu proses untuk mengenal pasti tona warna yang sesuai untuk seseorang ...
Analisis Teknikal Btc Usd Untuk 4 Ogos 2023

Analisis Teknikal Btc Usd Untuk 4 Ogos 2023

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 326 hits
Berita Industri Kripto Ilya Lichtenstein seorang penggodam berusia 35 tahun dan isterinya penyanyi rap Heather Morgan yang menggelarkan dirinya sebagai Buaya Wall Street mengaku bersalah untuk mengambil bahagian dalam konspirasi pengubahan ...
Sinar Selalu Ada

Sinar Selalu Ada

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 151 hits
SINAR SELALU ADA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi ADA KAWASAN TERANG ADA KAWASAN GELAP SIANG ATAU MALAM Keadaan sekeliling main peranan Perasan atau tidak walau siang ada sesetengah kawasan...
Bakal Berlangsung Karnival Pendidikan Sinar Bestari Ketengahkan Konsep Memacu Pendidikan Generasi Digital

Bakal Berlangsung Karnival Pendidikan Sinar Bestari Ketengahkan Konsep Memacu Pendidikan Generasi Digital

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 287 hits
Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang merupakan karnival pendidikan terbesar di Selangor bakal berlangsung bermula 8 hingga 10 September 2023 bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang di Dataran Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam Selangor Karnival...
Cara Permohonan Pengeluaran I Sinar Akaun 1 Kwsp

Cara Permohonan Pengeluaran I Sinar Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 308 hits
Bagaimana cara permohonan pengeluaran i Sinar akaun 1 KWSP ini Panduan Kini akan kongsikan bagaimana pengeluaran i Sinar kepada anda Sila baca sampai habis i Sinar Apa itu I SINAR Fungsi pengeluaran akaun 1 The post first appeared on
Panduan Trade Fcpo Malaysia Cara Buat Analisis

Panduan Trade Fcpo Malaysia Cara Buat Analisis

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 319 hits
Panduan Trade FCPO Turbo Malaysia Disertakan Strategy Trading FCPO Cara Selamat Terbukti Berkesan Juga di ajar tentang slacping spread trading teknikal analisis isu halal The post appeared first on
Analisis Teknikal Tentang Pergerakan Harga Harian Pasangan Mata Wang Komoditi Aud Usd Isnin 07 Ogos 2023

Analisis Teknikal Tentang Pergerakan Harga Harian Pasangan Mata Wang Komoditi Aud Usd Isnin 07 Ogos 2023

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 166 hits
Pada carta harian pasangan mata wang komoditi AUD USD terdapat sisihan antara pergerakan harga dan indikator Histogram CCI yang juga terperangkap pada tahap 0 menunjukkan bahawa pergerakan menaik AUD USD dihentikan oleh rintangan dan kehadi...
Statistik Analisis Keputusan Prn15 Selangor

Statistik Analisis Keputusan Prn15 Selangor

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 313 hits
Adrian LimPH menang 32 kerusiBN menang 2 kerusiPN menang 22 kerusiMENANG TIPIS BAWAH 1 000 UNDI PH 3 kerusi BN 1 kerusi PN 7 kerusiMENANG MARGINAL BAWAH 3 000 UNDI PH 4 kerusi PN 12 kerusiMENANG MAJORITI MUTLAK LEBIH 10 000 UNDI PH 22 kerus...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2