Analisis Awal Belanjawan 2023



BELANJAWAN 2023 yang telah dibentangkan semula membabitkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Daripada segi angka, Belanjawan 2023 ini melibatkan peruntukan terbesar dalam sejarah negara.
Begitu juga perbelanjaan pembangunan juga iaitu RM99 bilion juga yang terbesar yang pernah disediakan.
Persoalan yang timbul, adakah Belanjawan 2023 dengan peruntukan terbesar ini benar-benar dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhan dan mampukah ia membantu untuk merancakkan ekonomi negara serta memberi nafas baharu kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)?
Jika kita soroti semula inti pati belanjawan ini maka kita dapati ia memberikan fokus kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah.
Hal ini disebabkan oleh kumpulan T20 pada ketika ini menguasai hampir 50 peratus jumlah pendapatan isi rumah. Selain daripada bantuan tunai yang diberikan kepada kumpulan B40, M40 juga memperoleh manfaat melalui lebihan pendapatan boleh guna dengan pengurangan kadar cukai pendapatan individu sebanyak 2 peratus melibatkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000 yang memberikan manfaat kepada kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300. Sebagai contoh, pendapatan bercukai RM35,001 ke RM50,000, kadar cukai turun daripada 8 kepada 6 peratus.
Pendapatan bercukai RM50,001 ke RM70,000 turun daripada 13 peratus kepada 11 peratus. Manakala pendapatan bercukai RM70,001 ke RM100,000 turun daripada 21 kepada 19 peratus.
Dalam masa yang sama kadar cukai bagi mereka yang melibatkan banjaran lebih RM100,000 hingga RM1 juta naik antara 0.5 sehingga 2 peratus. Sebagai contoh pendapatan bercukai RM100,001 ke RM250,000 naik daripada 24 ke 25 peratus, manakala pendapatan bercukai RM250,001 ke RM400,000 naik 24.5 ke 25 peratus. Mereka yang pendapatan bercukai RM600,001 hingga RM1 juta pula naik daripada 26 ke 28 peratus.
Namun, mengambil kira situasi semasa, terdapat keperluan untuk Kerajaan melihat semula mereka yang memperolehi pendapatan bercukai bawah RM150,000 untuk tidak dinaikkan cukai pendapatan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang melambung tingg.
Selain itu, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 kepada 15 peratus. Pengurangan ini dapat memberi penjimatan sehingga RM3,000 kepada setiap 150,000 pembayar cukai PMKS.
Langkah ini penting yang mana dalam konteks sumbangan KDNK dan peluang pekerjaan, sumbangan PMKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah melebihi 1 per tiga pada ketika ini dan ia berpotensi menyumbang sebanyak 45 peratus menjelang 2025. PMKS juga menggaji 66 peratus dari lebih 16 juta tenaga kerja negara.
Di dalam belanjawan ini juga dinyatakan tarif elektrik dikekalkan bagi semua pengguna domestik dan perniagaan PKS tetapi syarikat besar kecuali sektor makanan dan pertanian telah dinaikkan.
Persoalannya, adakah syarikat besar akan serap tambahan surcaj tarif elektrik atau berkongsi kos ini dengan pengguna atau mengalihkan 100 peratus kos surcaj tarif elektrik ini kepada pengguna?
Ada kebenaran apa yang diutarakan oleh CUEPACS berkenaan reaksi terhadap Bajet 2023 dengan kenaikan kos sara hidup yang naik secara mendadak dengan kenaikan harga barangan yang melambung pada ketika dan ia dilihat tidak bertepatan dengan gaji dan upah yang diterima.
Walaupun dengan adanya lebihan pendapatan boleh guna melalui pengurangan cukai pendapatan terutamanya bagi M40, namun hakikat sebenarnya, pergerakan gaji pekerja sektor awam dan swasta tidak seimbang dengan kenaikan kos sara hidup yang melambung pada tahap yang amat luar biasa pada ketika ini.
Terdapat keperluan bagi kerajaan untuk melihat semula isu ini agar gaji yang diperoleh oleh pekerja adalah setimpal dengan keadaan semasa dan bukan hanya melihat kepada penurunan kadar pengangguran sahaja.
 
Profesor Madya Dr Anuar Shah Bali MahomedSekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/02/analisis-awal-belanjawan-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2023 Dan Kwsp

Belanjawan 2023 Dan Kwsp

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 147 hits
Saya tahu jika saya mengomel tentang pengeluaran KWSP yang gagal atau ditolak oleh PM kesayangan kita Anwar Ibrahim akan mendapat kecaman yang kuat Sudah tentu ngomelan saya menghentam kerajaan yang tidak boleh bertolak ansur mengenai perka...
Belanjawan 2023 Kemudahan Pinjaman Bantu Usahawan Belia Kobis

Belanjawan 2023 Kemudahan Pinjaman Bantu Usahawan Belia Kobis

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 95 hits
Kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana di bawah agensi kerajaan berjumlah 40 bilion ringgit diterima baik Koperasi Belia Inovatif Sarawak SUBSCRIBE now Astro Awani https www
Belanjawan 2023 Orang Ramai Sambut Baik Inisiatif Payung Rahmah

Belanjawan 2023 Orang Ramai Sambut Baik Inisiatif Payung Rahmah

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 155 hits
Usaha itu disambut baik penduduk di Batu Gajah Perak yang menyifatkan ia antara usaha meringankan beban rakyat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro
Diskaun Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Belanjawan 2023

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 106 hits
Jumaat lepas iaitu pada 24 Februari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan tentang diskaun PTPTN dalam Belanjawan 2023 Kerajaan Malaysia Madani yang merupakan sebuah kerajaan...
Belanjawan 2023 Kali Ini Tiada Ulasan Daripada Saya

Belanjawan 2023 Kali Ini Tiada Ulasan Daripada Saya

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 119 hits
Ramai kawan kawan dan kenalan menghubungi saya bertanya apa ulasan saya berkenaan Belanjawan 2023 yang dibentangkan semalam Mereka juga bertanya kenapa tiada ulasan daripada saya ditemui di website atau media sosial Sejak saya kembali aktif...
Senarai Bantuan Rakyat Melalui Belanjawan 2023

Senarai Bantuan Rakyat Melalui Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 216 hits
Senarai Bantuan Rakyat Melalui Belanjawan 2023 Baharu sahaja telah diumumkan oleh Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen mengenai pembentangan bajet 2023 Bagi makluman kepada semua terdapat beberapa inisiatif yang baru t...
Ujian Memandu Percuma Kerajaan Tanggung Belanjawan 2023

Ujian Memandu Percuma Kerajaan Tanggung Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 166 hits
Bantuan Ujian Memandu Percuma Kerajaan Tanggung Belanjawan 2023 untuk b2 teksi bas teksi ehailing seperti grab foodpanda lalamove Jumlah pemandu dan rider di Malaysia cukup ramai Ada yang memandu dan menunggang secara halal ada juga secara ...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 3 Mac 2023

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 3 Mac 2023

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 142 hits
Gambaran Teknikal Pasaran Pasangan mata wang EUR USD telah ditolak daripada Purata Bergerak 100 ekoran penembusan harga tidak berterusan dan pada masa ini harga didagangkan di bawah kedua dua Purata Bergerak 50 dan 100 pada carta 4 Jam Taha...
Belanjawan 2023

Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 119 hits
Belanjawan 2023 1 Bankrap dengan hutang kurang daripada RM50 000 yang memenuhi syarat tertentu akan dibebaskan daripada muflis pada 1 Mac Ini dijangka memberi manfaat kepada 130 000 orang 2 Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 untuk m...
Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


918kiss 7 2567 918kiss 918kiss Top 61 By Autumn 918kissauto Io

Sbdj Siri 197 Rahsia 4 Peti Hitam

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan

Zicha Anesha Bukan Cinta Terlarang Chord