Analisa Status Covid 19 Sehingga 31 March 2020 Di Malaysia



Jom kita buat analisa secara santai status COVID-19 di Malaysia setakat 31 March 2020 yang dikeluarkan oleh MKN telegram tadi.

Jika dilihat kadar kes positif COVID-19 keseluruhan dalam anggaran 120 - 150 kes sehari dan tiada trend penurunan yang drastik. Data ini adalah data yang membimbangkan setelah 2 minggu PKP Fasa Pertama dijalankan penurunan tidak begitu ketara walaupun ia dalam lengkungan yang stabil.

Jika fasa kedua PKP ini berjaya menurunkan bawah 100 kes maka kita boleh katakan ada penambaikan, tetapi target kita adalah ZERO kan sebab walau seorang pun punyai  5 kes positif COVID-19 maka untuk ia berkembang adalah tinggi.

Tetapi boleh diatasi kerana bawah 100 kes bermakna ia hanya kes terpencil yang berlaku di sesebuah negeri atau daerah. Maka cabaran KKM pada pendapat saya dalam masa 1 minggu ia mesti menurunkan 100 kes ke bawah. Itu adalah target yang realistik.

Namun jika kita melihat kadar sembuh semenjak 27 March semakin baik,mungkin percaturan Malaysia menggunakan gabungan ubat-ubatan yang di beritahu sukses. Kita berharap kadar sembuh akan terus meningkat dan mengurangkan kadar kumulatif positif COVID-19. Ini penambaikan yang amat baik, mungkin pesakit COVID-19 yang berisiko rendah dapat dipulihkan cepat.

Kadar kematian ini saya rasa kita tidak boleh komen kerana ia bergantung pada kekuatan tubuh pesakit dan melalui data kita dapat lihat peratusan yang meninggal dunia mempunyai penyakit kronik.



Sekarang kita lihat kes kumulatif positif COVID-19 mengikut negeri. 3 buah negeri menyumbang kes positif yang tinggi iaitu Selangor 704 kes , Johor 349 kes  dan Kuala Lumpur 430 kes.
Manakala untuk kes baru untuk 31 March, Kuala Lumpur menyumbang 34 kes, Selangor 32 kes manakala Sarawak 21 kes diikuti Johor 16 kes.

Johor ada menunjukkan perkembangan yang baik dengan penurunan hingga 16 kes jika berbanding kes kumulatifnya sebanyak 349 kes.

Masalah utama ialah di Kuala Lumpur dan Selangor yang kekal menyumbang kadar kes baru yang tinggi. Jika kita dapat potong separuh dari kes baru di 2 buah negeri ni kadar kes baru akan bawah 100 kes dengan syarat negeri lain kekal dengan purata ini atau menurun.

Sarawak pun harus diperhatikan kerana ia mula mengejar dengan kes baru sebanyak 16 kes pada 31 March.

KESIMPULAN
Jika kita dapat melihat data  kadar kematian berdasarkan negeri, kadar tangkapan melanggar PKP berdasarkan negeri serta jumlah road block berdasar negeri maka kita boleh membuat satu hipotesis negeri mana yang perlu di perkuatkan penguatkuasaan dengan lebih detailed.

Sebagai contoh kadar road block di negeri Melaka sebanyak 5 road block dan Selangor 8 roadblock tetap. Jika di pecahkan keluasan negeri maka penguatkuasaan di Selangor perlu ditambah kerana ia merupakan penyumbang utama kes baru. Mungkin kita akan dapat kekalkan atau minimumkan kes baru ini. Saya mengandaikan sahaja sebab saya tiada data ini.

Kerajaan memang ada ambil pendekatan PKP darurat saya merasakan tindakan yang betul dan tepat di negeri yang mempunyai zon merah. Saya yakin dengan pendekatan ini kadar kes baru ini akan berkurangan dengan drastik tapi kena tunggu 14 hari ler.

15 Zon merah (bahaya)
1. Petaling
2. Lembah Pantai
3. Hulu Langat
4. Seremban
5. Johor Bahru
6. Kluang
7. Kuching
8. Kota Bharu
9. Kepong
10. Kinta
11. Gombak
12. Klang
13. Titiwangsa
14. Tawau
15. Hilir Perak
Dan MKN pun dah keluarkan senarai zon merah. Tindakan pantas dan baik!!!

Namun saya tetap bimbang sebab setelah 14 hari fasa pertama kadar kes baru masih lagi tinggi. Ini trend yang kurang baik.  Secara logiknya untuk mendapatkan status bebas COVID-19 di Malaysia hingga 14 April agak mustahil.

Tindakan terbaik dan  selamat ialah PKP harus dilanjutkan sehingga 28 April. Fasa Ketiga adalah fasa pembersihan dan konfirmasi data Malaysia benar-benar bebas COVID-19. Pahit mendengarnya tapi saya rasa itu yang terbaik.

Tapi jika ubat-ubatan yang kita gunakan boleh dapat keputusan tepat  tanpa perlu tunggu 14 hari maka ianay bonus yang besar. Kes positif COVID-19 boleh dipulihkan dengan cepat.

Tetapi semuanya dengan izin Allah, mana tahu dalam 2 hari ini melalui PKP  Fasa Dua ini dengan kawalan yang lebih ketat kadar kes baru beberapa negeri yang mempunyai kes kecil seperti di Negeri Sembilan atau Sabah  akan menjadi kosong maka harapan COVID-19 boleh dilangsaikan dalam FASA KEDUA sahaja. Sebab kerajaan mempunyai masa untuk fokus ke negeri-negeri yang bermasalah ini.

Jika anda melihat data ini, punca kepada lengkungan yang statik ini berpunca dari masyarakat Malaysia yang degil. Alang-alang sudah 2 minggu kita terperuk di rumah, apa salahnya lagi 2 minggu. Anda mahu ker di tambah lagi 2 minggu!!!

Ini bukan tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi tanggung jawab setiap individu di Malaysia.

Jangan fikirkan tentang kebosanan anda tetapi fikirkan ekonomi kita yang terjejas teruk akibat PKP ini, tambahan PKP bermaksud lagi sesak nafas ekonomi kita. Kerana kedegilan sebahagian masyarakat ia akan menarik orang-orang yang tidak bersalah iaitu yang ikuti larangan ini terhimpit teruk.

Satu sahaja untuk elakkan kes baru ialah jarakkan sosial anda. Jangan menambah lagi kes baru. Anda kena fikir jika hari ke 6 fasa kedua PKP masih lagi ada kes positif COVID-19 bermakna orang yang positif itu akan ketahui keputusannya pada 20 April 2020.  Sendiri mahu pikir ler..

Kita berdoa dalam masa 2 atau 3 hari ini kadar kes baru MESTI kena turun dengan drastik. Baru kita boleh menarik nafas lega dan pasti 14 April adalah tarikh akhir PKP dan semua orang boleh bekerja. Dan kadar pemulihan semakin tinggi dan cepat.

Saya juga pernah menulis sebuah artikel tentang gelonbang ketiga COVID-19 yang akan menyumbang kepada kenaikan kes baru COVID-19 dan impak penambahan PKP. Entah ler, gerak hati ini kata macam ada penambahan PKP, Bukan bermakna saya suka, saya tak suka sebenarnya tapi berdasar data macam kena kot..entah ler..

GELOMBANG KETIGA COVID-19 DI MALAYSIA. ADAKAH INI BERMAKSUD PENAMBAHAN PKP LAGI?

Sumber data saya ambil dari telegram MKN dan CPRC. Manakala analisa adalah pandangan peribadi saya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hanifidrus.blogspot.com/2020/04/analaisa-status-covid-19-sehingga-31.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Status Covid 19 Terkini 31 March 2020

Covid 19 Status Covid 19 Terkini 31 March 2020

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 205 hits
Status COVID 19 di Malaysia sehingga jam 12 tengahari pada 31 Mac 2020 Keseluruhan kes positif 2 766 dengan 19 4 telah sembuh bersamaan 537 pesakit dan 1 55 atau 43 kematian
Covid 19 Status Covid 19 Di Malaysia Sehingga Jam 5 Petang Pada 06 April 2020

Covid 19 Status Covid 19 Di Malaysia Sehingga Jam 5 Petang Pada 06 April 2020

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 243 hits
Status COVID 19 di Malaysia sehingga jam 5 petang pada 06 April 2020 Keseluruhan kes positif 3 793 dengan 32 72 telah sembuh bersamaan 1241 pesakit dan 1 63 atau 62 kematian StayAtHome BreaktheChain COVID19Malaysia KitaMestiMenang
Covid 19 Status Terkini 5 April 2020

Covid 19 Status Terkini 5 April 2020

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 287 hits
Status COVID 19 di Malaysia sehingga jam 5 petang pada 05 April 2020 Keseluruhan kes positif 3 662 dengan 27 27 telah sembuh bersamaan 1005 pesakit dan 1 67 atau 61 kematian StayAtHome COVID19Malaysia KitaMestiMenang
5842 Spm Covid 19 Pembelian Berhemat Semasa Pkp Selamat Pagi Malaysia 05 04 2020

5842 Spm Covid 19 Pembelian Berhemat Semasa Pkp Selamat Pagi Malaysia 05 04 2020

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 401 hits
Toqqi bersiaran di rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM TV1 yang membincangkan topik Covid 19 Pembelian Berhemat Semasa PKP
Covid 19 Mfl Bakal Tentukan Status Unifi Piala Malaysia 2020

Covid 19 Mfl Bakal Tentukan Status Unifi Piala Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 359 hits
Kalendar bola sepak Malaysia dijangka mengelami hentakan besar akibat penularan wabak Covid 19 yang kini melanda negara untuk gelombang kedua Dengan perjalanan awal CIMB Liga Super serta liga bola sepak yang lain lain ditangguhkan kini satu...
Covid 19 Graft Rekod Jangkitan Sembuh Dan Kematian Bula March 2020

Covid 19 Graft Rekod Jangkitan Sembuh Dan Kematian Bula March 2020

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 274 hits
Setelah dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan jumlah kes harian terus meningkat dan kadang kala mendatar manakala jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari Tempoh dua minggu yang seterusnya adalah mustahak d...
Covid 19 Kematian Terkini 31 March 2020

Covid 19 Kematian Terkini 31 March 2020

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 175 hits
COVID19Malaysia Enam kematian baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan 43 kematian setakat ini Kebanyakan kematian individu mempunyai latar belakang penyakit kronik Justeru individu berpenyakit perlu meningkatkan langkah pencegahan dan pastika...
Legoland Malaysia Resort Will Be Temporarily Close From 18 31 March 2020

Legoland Malaysia Resort Will Be Temporarily Close From 18 31 March 2020

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 314 hits
LEGOLAND Malaysia Resort will be temporarily closing its Theme Park Water Park SEA LIFE aquarium and Hotel effective Wednesday 18 March until Tuesday 31 March
Situasi Terkini Covid19 Di Malaysia Setakat 18 March 2020

Situasi Terkini Covid19 Di Malaysia Setakat 18 March 2020

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 408 hits
Situasi terkini COVID19 di Malaysia setakat 18 March 2020 12 tengah hari 117 kes baru dilaporkan hari menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 790 kes Dari 117 kes jemaah tabligh terlibat adalah 80 dan jumlah kumulatif kes tabligh adalah 513 ...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist

Sa Tak Pernah Buat Muka