Analisa Kkb Sokongan Melayu India Meningkat Cina Kekal Utuh


 

Sokongan pengundi Melayu dan India terhadap kerjasama Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) masing-masing mencatatkan peningkatan tiga dan lapan peratus berbanding pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) tahun lepas.



Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan (IDE) Khairul Arifin Mohd Munir berkata pada PRN15, PH memperoleh 39 peratus sokongan pengundi Melayu manakala PN pula menguasai 55 peratus undi.



Bagaimanapun pada PRK KKB Sabtu lepas katanya, 42 peratus pengundi Melayu mengundi PH iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus.



“PRK KKB mempunyai 16 Daerah Mengundi (DM), namun empat DM yang majoritinya orang Melayu, PH-BN menguasai kembali dua DM iaitu Kampung Air Jernih dan Pertak dengan masing-masing mencatat 49 dan 78 peratus sokongan dari kaum itu. Pada PRN lalu, PH kalah di kedua-dua DM tersebut.



“PH juga kekal menguasai DM majoriti pengundi Cina dengan tidak kurang daripada 70 peratus sokongan dan juga bagi DM kawasan campuran pelbagai kaum sementara PN kekal menguasai dua DM Melayu iaitu Bandar Utama Batang Kali dan Ampang Pecah,” katanya dalam kenyataan semalam.



IDE dalam kajiannya juga mendapati sokongan pengundi India kepada PH pada PRK KKB telah meningkat kepada 67 peratus berbanding 59 peratus pada PRN15.



Khairul Arifin berkata undi masyarakat Cina pula kekal utuh bersama PH dengan mencatatkan peningkatan daripada 84 peratus pada PRN15 kepada 87 peratus pada PRK KKB. 



“Peningkatan sokongan yang ketara terhadap PH adalah di DM Pertak (46 peratus), Ladang Nigel Gardner (22 peratus), Kampung Air Jernih dan pengundi awal. Undi tentera dan polis yang membawa simbol penjawat awam telah beralih kepada PH kerana mungkin pemberian bonus khas dan peningkatan skim perkhidmatan awam yang memberikan impak positif kepada mereka,” katanya.



Peningkatan sokongan itu katanya, didorong keberhasilan gerak kerja BN dalam menarik semula sokongan pengundi Melayu di kampung-kampung tradisi disebabkan kembalinya kepercayaan pengundi tegar BN terutama mereka yang berumur 61 tahun ke atas. 



“Manakala bagi PN pula undi Melayu adalah kerana faktor calon Melayu yang diletakkan berbanding calon Cina pada PRN15 yang lalu. Naratif calon Cina-DAP yang dimainkan oleh PN juga turut memberi kesan kepada undi Melayu kepada PN,” katanya.



Dari segi pola pengundian umur, Khairul Arifin berkata PN menguasai undi bagi kategori yang berumur 40 tahun ke bawah manakala PH-BN bagi umur 41 tahun ke atas.



Bagi mengekalkan momentum sokongan pengundi Melayu, Cina dan India, beliau berkata PH-BN perlu membela nasib Melayu dan Islam kerana faktor orang Melayu menyokong PN adalah disebabkan parti itu kelihatan lantang membela nasib orang Melayu berbanding parti lain.



“Isu semasa seperti harga barang, peluang pekerjaan dan kos hidup juga perlu diselesaikan Kerajaan Perpaduan untuk menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” katanya.



Sementara itu Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin ketika dihubungi Bernama menyifatkan ‘politik kesederhanaan’ dibawa Kerajaan Perpaduan pada PRK KKB dilihat antara faktor kejayaan kerjasama PH-BN memenangi hati rakyat.



Ini kerana katanya, pendekatan kesederhanaan membawa perubahan positif dalam landskap politik tanah air hasil penekanan terhadap politik inklusif, kesepaduan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat serta tidak lagi menjurus kepada isu-isu sempit seperti 3R (raja, agama dan kaum). 



PRK Kuala Kubu Baharu pada Sabtu lalu menyaksikan calon PH, Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu Khairul Azhari Saut (PN), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia). – Bernama

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/analisa-kkb-sokongan-melayu-india.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ide Meski Melayu Undi Pn Sokongan Melayu Kepada Ph Juga Meningkat

Ide Meski Melayu Undi Pn Sokongan Melayu Kepada Ph Juga Meningkat

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 83 hits
HarapandailyMeskipun Perikatan Nasional memperoleh sokongan pengundi Melayu namun sokongan kaum itu kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional juga meningkat Kajian Institut Darul Ehsan mendapati PH BN menguasai undi bagi kategori 41 tahun...
Mahathir Meroyan Orang Melayu Tidak Mahu Undi Parti Proksinya Di Kkb

Mahathir Meroyan Orang Melayu Tidak Mahu Undi Parti Proksinya Di Kkb

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 127 hits
Oleh Adam Malik Mahathir meroyan orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB Keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baru sudah selesai Kemenangan besar telah diperolehi oleh gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Diandaikan ...
Inflasi Pengguna As Meningkat Memberikan Sokongan Kepada Biden Dalam Usahanya Untuk Pemilihan

Inflasi Pengguna As Meningkat Memberikan Sokongan Kepada Biden Dalam Usahanya Untuk Pemilihan

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 82 hits
Data kerajaan terkini yang diterbitkan pada hari Rabu menunjukkan bahawa inflasi penggunaan AS sedikit berkurang bulan lalu yang merupakan tanda positif bagi Presiden Joe Biden semasa beliau bersiap sedia untuk pilihan raya November Data in...
Prk Kkb Boleh Tak Umno Tarik Undi Melayu

Prk Kkb Boleh Tak Umno Tarik Undi Melayu

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 122 hits
PRK KKB Boleh tak Umno tarik undi Melayu ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be Yq2xPmN9Ths src in org https www youtube com embed Yq2xPmN9Ths wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embe...
Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 115 hits
Berita PRK KKB Terkini pengundi India menjadi penentu ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be vPM0M8yyEWc src in org https www youtube com embed vPM0M8yyEWc wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www you...
Suhu Meningkat Di Kkb

Suhu Meningkat Di Kkb

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 89 hits
Cukupkah Ahmad Fadhli Shaari sekadar mohon maaf atas keterlanjurannya terhadap Pang Sock Tao calon Pakatan Harapan dari DAP bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu 11 Mei ini Ada yang melontarkan cadangan supaya ketua penerangan PAS itu menunjukkan ...
Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 163 hits
SUDAH memasuki 7 hari atau seminggu berkempen calon BERSATU untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baru umpama sudah hilang arah dan momentum untuk berkempen Sepanjang seminggu tempoh masa berkempen ini hanya segelintir pemimpin PAS yang turun...
Betul Ke Undi Melayu Undi India Bakal Merebahkan Dap Di Kuala Kubu Bharu

Betul Ke Undi Melayu Undi India Bakal Merebahkan Dap Di Kuala Kubu Bharu

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 127 hits
Majoriti masyarakat India di Kuala Kubu Baharu dijangka akan mengundi calon Perikatan Nasional Khairul Azhari Saut Presiden Parti Rakyat India Malaysia P Punithan berkata peralihan itu dijangka berlaku pada 11 Mei depan kerana masyarakat In...
Cik B Self Reward Kereta G Wagon Brabus Sempena Hari Lahir Bersyukur Sentiasa Dapat Sokongan Datuk Seri Vida

Cik B Self Reward Kereta G Wagon Brabus Sempena Hari Lahir Bersyukur Sentiasa Dapat Sokongan Datuk Seri Vida

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 97 hits
Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B menyambut hari lahirnya yang ke 19 dengan membeli sebuah kereta mewah jenama G Wagon Brabus G63 baru baru ini Berterima kasih pada ibu Katanya dia bangga dengan pembelian kereta mewa...
Laws On Caning Make Ratifying Un Convention Hard Says Saifuddin

Unseen Power Of The Administrative State

Tetap Bertegas Pertahan Kuota Bumiputera Pm

Selangkah Wallet Semakan Bayaran Ewallet Bingkas Selangor

Frankly Speaking 1mdb Fugitive Jho Low Must Face Charges In Malaysia

Makluman Jawatan Kpm Julai 2024 Lepasan Diploma Dan Ijazah

Intern Makanan Percuma

Anthony Loke Nahas Di Genting Highlands Bas Persiaran Tamat Tempoh Permit Dan Lebihi Had Usia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga


Ada Apa Sebenarnya Dengan Ikhlas

Palestin Hancur M Sia Masih Konsert S Norhaliza

Keychain Diy

Seludup Dadah Dari Luar Negara Guna Kurier

Tak Hensem Takpa Janji Kaya

Malaysia Perlu Anjakan Sektor Pelancongan Kata Pm