Anak Tidak Sah Taraf Tidak Boleh Di Bin Atau Binti Nama Bapa Mahkamah Persekutuan


PUTRAJAYA, 13 Feb — Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya.
Panel tujuh hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf membenarkan sebahagian rayuan dikemukakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ketua pengarah JPN dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Rayuan pada 2017, memutuskan anak orang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapa dan sebaliknya perlu ‘di bin atau binti Abdullah’.
Hakim Rohana yang menyampaikan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan itu hari ini berkata Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak terpakai bagi pendaftaran kelahiran anak orang Melayu Islam kerana orang Melayu tidak menggunakan nama keluarga.
Beliau berkata Seksyen 13A tidak diguna pakai dalam sistem nama orang Melayu dan tidak membolehkan anak-anak di bin atau binti dengan nama peribadi orang yang diketahui adalah bapa kepada anak itu.
Hakim Rohana, bagaimanapun mengeluarkan perintah penting bagi ketua pengarah JPN mengeluarkan ‘bin Abdullah’ daripada sijil kelahiran kanak-kanak itu dalam kes ini.
“Nama responden pertama (kanak-kanak) tanpa ‘bin Abdullah’ perlu kekal,” katanya.
Hakim Rohana berkata ketua pengarah JPN tidak boleh menggunakan fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap kanak-kanak itu  kerana tiada fatwa tentang bagaimana memberi nama pada kanak-kanak tidak sah taraf yang diwartakan di Johor.
Keputusan majoriti itu adalah daripada Hakim Rohana, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Tan Sri Idrus Harun manakala penghakiman minoriti daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak Wah dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nallini Pathmanathan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.
Kanak-kanak itu dilahirkan kurang enam bulan selepas pernikahan ibu bapanya, yang disifatkan sebagai anak tidak sah taraf di bawah Undang-Undang Syariah.
Ibu bapa kanak-kanak (yang identiti mereka dirahsiakan oleh mahkamah) itu memohon kepada JPN mengikut Seksyen 13 BDRA untuk kanak-kanak itu di bin dengan nama bapanya di dalam sijil kelahirannya tetapi JPN enggan menggantikannya dengan  nama bapa atas alasan kanak-kanak itu tidak sah taraf walaupun permohonan dibuat.
Ibu bapa itu kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi tetapi ditolak pada 4 Ogos 2016.
Pada 25 Mei 2017, Mahkamah Rayuan membenarkan semakan kehakiman mereka untuk mengarahkan ketua pengarah JPN menggantikan nama keluarga kanak-kanak berkenaan iaitu ‘Abdullah’ dengan nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran.
— BERNAMA
The post Anak Tidak Sah Taraf Tidak Boleh Di Bin Atau Binti Nama Bapa – Mahkamah Persekutuan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/13/anak-tidak-sah-taraf-tidak-boleh-di-bin-atau-binti-nama-bapa-mahkamah-persekutuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Membenarkan Anak Yang Tak Sah Taraf Di Bin Binti Dengan 99 Nama Allah

Johor Membenarkan Anak Yang Tak Sah Taraf Di Bin Binti Dengan 99 Nama Allah

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 604 hits
Sebelum ni Mahkamah Persekutuan telah mendapat sokongan majoriti berkenaan denga isu anak yang lahir luar nikah tidak boleh namanya di bin atau binti nama bapanya Namun menurut sumber yang Ohmedia baca Mufti Johor telah membenarkan status a...
Wanita Ini Kongsi Cara Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Menukar Atau Memendekkan Nama Anak Yang Belum Berusia 12 Tahun

Wanita Ini Kongsi Cara Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Menukar Atau Memendekkan Nama Anak Yang Belum Berusia 12 Tahun

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 396 hits
Bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata proses untuk memilih nama anak tidak dapat dinafikan adalah salah satu proses yang sangat menggembirakan Bagaimanapun selepas nama anak sudah dipilih dan akhirnya didaftarkan ibu bapa perlu bers...
Tak Payah Marah Marah Lagi Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk Denda Anak

Tak Payah Marah Marah Lagi Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk Denda Anak

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 442 hits
Memang tidak mudah untuk mendidik anak tambah tambah pula dengan sikap anak kecil yang tidak mendengar kata dan suka melawan menyebabkan ibubapa mudah hilang kesabaran dan naik hantu Tak elok juga jika sering marah dan memukul anak kerana p...
Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Penghidap Kanser Sangat Kuat Perjalananya Ibarat Larian Maraton

Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Penghidap Kanser Sangat Kuat Perjalananya Ibarat Larian Maraton

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 367 hits
Kanser adalah satu diagnosis penyakit kesan daripada ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan Ia bukanlah satu diagnosis yang mudah diterima oleh pesakit jika dibandingkan dengan penyakit lain seperti masalah jantung dan...
Terlalu Banyak Halang Anak Boleh Matikan Suis Kehebatan Mereka Sentiasalah Awasi Dan Bantu Mereka

Terlalu Banyak Halang Anak Boleh Matikan Suis Kehebatan Mereka Sentiasalah Awasi Dan Bantu Mereka

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 288 hits
Anak kecil tidak pernah merasakan batasan untuk melakukan sesuatu Walaupun dia tidak tahu dia senantiasa merasakan dia boleh melakukan segala galanya Bagaimana cara untuk tidak mematikan suis kehebatan anak anak Ikuti perkongsian Ibu Rose I...
Anak Boleh Dengar Didik Supaya Dengar Kata Bukan Menjerit Tunjuk Kita Hebat

Anak Boleh Dengar Didik Supaya Dengar Kata Bukan Menjerit Tunjuk Kita Hebat

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 438 hits
Anak adalah anugerah dari Allah SWT buat kita Betapa sayangnya kita dengan mereka sehinggakan apa saja sanggup kita korbankan untuk kesenangan anak anak Ada masanya kita diuji dengan perangai mereka selalu buat ibu ayah naik hantu Bila teng...
Kasih Ayah Hingga Ke Akhir Hayat Bapa Meninggal Sewaktu Menunggu Anak Temuduga

Kasih Ayah Hingga Ke Akhir Hayat Bapa Meninggal Sewaktu Menunggu Anak Temuduga

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 450 hits
ALOR SETAR Walaupun demam sejak tiga hari lalu arwah sanggup menemani anak bongsunya menghadiri temuduga kerja hari ini Tak sangka pula ajalnya sampai ketika sedang menunggu anak perempuannya selesai temuduga kata Mohd Ali Ahmad 55 sepupu k...
Kalau Sedia Jadi Bapa Anak Anak Saya Masuklah Meminang

Kalau Sedia Jadi Bapa Anak Anak Saya Masuklah Meminang

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 276 hits
Hampir tujuh tahun hidup solo dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal sudah pasti Rita Rudaini tidak pernah terlepas dengan soalan mengenai jodoh Namun menurut Rita dia reda dan hanya mengikut aturan yang telah ditetapkan Allah Rita...
Ayat Penunduk Untuk Anak Anak Yang Nakal Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Ayat Penunduk Untuk Anak Anak Yang Nakal Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 917 hits
Gambar HiasanSecara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak anak yang menghormati ibu bapa mentaati hukum agama sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial Pengalaman penulis di Darussyifa sering bertemu dengan ibu bap...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1