Anak Terhantuk Sampai Benjol Jadi Tak Aktif Itu Petanda Bahaya Otak Mungkin Alami Pendarahan


Anak makin melasak kerap terhantuk dan terjatih sampai benjol. Jangan main-main dengan terhantuk kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan pada otak.
Menjadi kebiasaan apabila anak makin membesar dan meneroka. Segenap ruang nak dipanjat dan risiko terjatuh dan terhantuk boleh berlaku.

 
Terhantuk tidak boleh dipandang ringan. Mungkin ada yang beranggapan tak mengapa anak terhantuk, nanti dia akan belajar sendiri untuk berhati-hati. Hakikatnya terhantuk boleh menimbulkan pelbagai kepada kesihatannya, lebih buruk lagi pendarahan otak boleh berlaku.
Dr Ahmad Zubaidi Haji Ahmad mengulas dalam menjawab persoalan mengenai bahaya benjolan pada kepala anak kerana kerap terhantuk.
BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih.

Walaikumusalam.
Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak.
Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan menekan luka atau bengkakan menggunakan kain yang bersih, pendarahan akan berhenti dan bengkakan(benjolan) akan mengecut.
JIKA LUKA BESAR Jika luka terlalu besar dan pendarahan terlalu banyak, bawalah anak ke klinik selepas membalut luka tersebut. Jika tidak dibalut , pendarahan yang banyak berlaku sebelum anak sempat ke hospital.

BAGAIMANA BENJOLAN TERBENTUK Benjolan pada kepala hanyalah disebabkan oleh pendarahan yang berkumpul di bawah kulit. Jadi ada darah beku yang tidak berbahaya di antara kulit kepala dan tengkorak. Ia tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya selepas 1-2 minggu.
Anak selalu mengadu rasa sakit di tempat benjolan tersebut. Boleh letakkan ais yang dibalut dengan tuala bagi mempercepatkan benjolan tersebut mengecil.
SIMPTOM BENJOLAN YANG BERBAHAYA Jika benjolan ini terlalu besar, dan anak menunjukkan tanda-tanda tidak aktif, bawalah ke klinik atau hospital kerana itu mungkin menunjukkan tanda pendarahan dalam otak.
Kecederaan kepada tengkorak dan otak adalah lebih serius. Selalunya ia berlaku bila ada hentakan yang lebih kuat atau terjatuh dari tempat tinggi.
Kedua-dua kecederaan pada tengkorak dan kecederaan pada otak boleh menyebabkan pendarahan dalam otak. Ini kerana otak adalah organ yang lembut dan mudah berdarah.
TANDA-TANDA PENDARAHAN PADA OTAK AKIBAT HENTAKAN Antara tandanya ialah:
1. Pengsan.
2. Tidak bermaya.
3. Hilang ingatan atau keliru.
4. Sawan.
5. Muntah.
6. Tidak boleh bercakap dengan betul.
7. Pendarahan darihidung dan telinga.
8. Penglihatan menjadi kabur.

SEGERA BAWA ANAK KE HOSPITAL Bawa terus anak ke hospital untuk pemeriksaan. Kecederaan tengkorak adan otak memerlukan pemeriksaan CT scan.
Namun mungkin doktor yang memeriksa tidak menahan anak di wad dan dibenarkan balik kerana tanda-tanda yang disebut tadi sangat kecil dan anak sudah kembali aktif.
PEMANTAUAN/ PEMERHATIAN SEKURANG-KURANGNYA 24 JAM
Doktor akan menasihatkan agar ibubapa melakukan pemerhatian sekurang-kurangnya 24 jam. Jika ia berulang harus dibawa ke hospital segera.
Jika anak tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan otak’ keberangkalian anak mengalami pendarahan dalaman otak adalah tipis. Insya Allah mereka akan pulih sepenuhnya.
Sumber: Dr Ahmad Zubaidi Haji Ahmad , Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
Artikel berkaitan: Kalau Anak Sakit & Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital. Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut!
 
The post Anak Terhantuk Sampai Benjol & Jadi Tak Aktif Itu Petanda Bahaya. Otak Mungkin Alami Pendarahan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-terhantuk-sampai-benjol-jadi-tak-aktif-itu-petanda-bahaya-otak-boleh-alami-pendarahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menangis Badan Kejang Mata Ke Atas Lebam Lepas Ambil Dari Pengasuh Bayi 3 Bulan Alami Pendarahan Otak

Menangis Badan Kejang Mata Ke Atas Lebam Lepas Ambil Dari Pengasuh Bayi 3 Bulan Alami Pendarahan Otak

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 981 hits
Luluhnya hati ibu dan ayah melihat anak kesayangan menangis seolah olah kesakitan kekejangan dan mata pula memandang ke atas seolah olah diserang sawan Lebam pada bawah mata kiri dan kanan serta dahinya rupa rupanya bukan petanda biasa bias...
Terlibat Perselisihan Anggota Tni Kodam Jaya Alami Pendarahan Di Otak

Terlibat Perselisihan Anggota Tni Kodam Jaya Alami Pendarahan Di Otak

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 194 hits
Terlibat Perselisihan Anggota TNI Kodam Jaya Alami Pendarahan di Otak Aji menegaskan AS tidak dikeroyok massa Melainkan hanya terlibat perselisihan yang tidak ada kaitannya dengan institusi manapun
Di Rumah Anak Banyak Cakap Bila Dekat Luar Atau Sekolah Senyap Mungkin Ciri Selective Mutism

Di Rumah Anak Banyak Cakap Bila Dekat Luar Atau Sekolah Senyap Mungkin Ciri Selective Mutism

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 397 hits
Di rumah cakap banyak tapi bila di luar atau sekolah senyap Jika anak ada ciri ini mungkin Selective Mutism Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa Selective Mutism biasanya berlaku ketika zaman kanak kanak Ia bisanya bermula sebelum kanak kana...
Rangsang Otak Anak Jadi Lebih Bijak Ada Lima Perkara Kena Ajar Dari Kecil

Rangsang Otak Anak Jadi Lebih Bijak Ada Lima Perkara Kena Ajar Dari Kecil

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 372 hits
Siapa yang tak mahu anak bijak petah dan pandai dalam pelajaran Anak bijak selain keupayaan dirinya sendiri otak mereka juga perlu diasah supaya mampu meningkatkan kemahiran dan keupayaan berfikir Menurut Dr Rizal Abu Bakar Pakar Otak ada b...
Siapa Ada Akaun Maybank Sila Ambik Perhatian Anda Mungkin Dalam Bahaya Dengan Munculnya Sindiket Spoofing

Siapa Ada Akaun Maybank Sila Ambik Perhatian Anda Mungkin Dalam Bahaya Dengan Munculnya Sindiket Spoofing

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 283 hits
Kuala Lumpur Individu yang memiliki akaun Maybank dinasihati berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan Spoofing Timbalan Pengarah JSJK Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata pihaknya mengesan wujud rangkaian sindik...
Anak Disahkan G6pd Mak Ayah Kena Jadi Cerewet Langgar Pantang Larangnya Sangat Bahaya

Anak Disahkan G6pd Mak Ayah Kena Jadi Cerewet Langgar Pantang Larangnya Sangat Bahaya

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 535 hits
Sebaik dilahirkan bila doktor sahkan anak ada G6PD ibu jangan cepat down Ia bukan penyakit atau kecacatan Lazimnya G6PD tidak berbahaya sekiranya kita mengenali tentang cara menguruskannya G6PD ialah Glokosa 6 Fosfat Dehidrogenase yang meru...
Apa Yang Selalu Ibu Ayah Cakap Itulah Akan Kekal Dalam Otak Anak Pastikan Sebut Yang Baik Baik

Apa Yang Selalu Ibu Ayah Cakap Itulah Akan Kekal Dalam Otak Anak Pastikan Sebut Yang Baik Baik

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 422 hits
Dato Mohamad Fadzilah Kamsah kata kita ibu ayah kena selalu sebut perkara yang baik baik kat anak Walau anak tengah buat perangai walau anak ada buat kita rasa nak marah sangat sangat Perkongsian dari seorang ibu Puan mengenai apa yang kita...
Kurang Air Dalam Badan Anak Bahaya Jika Ubun Ubunnya Melengkung Ke Dalam Cepat Bertindak

Kurang Air Dalam Badan Anak Bahaya Jika Ubun Ubunnya Melengkung Ke Dalam Cepat Bertindak

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 790 hits
Dehidrasi atau nama lain kehilangan sumber air dalam badan kurang dari paras normal yang akan menyebabkan gangguan pada keseimbangan garam galian dan akan menggangu sistem badan manusia lebih bahaya lagi lagi kepada kanak kanak Menurut perk...
3 4 Hari Anak Belum Buang Air Besar Mungkin Sembelit Lakukan Cara Ini Sangat Berkesan

3 4 Hari Anak Belum Buang Air Besar Mungkin Sembelit Lakukan Cara Ini Sangat Berkesan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 451 hits
Sebagai ibu bapa kita sering kali melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa merengek dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka Walau bagaimanapun sesetengah petanda masalah kesihatan seperti bayi sembelit sukar ...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Pengertian Tawakal Dan Ayat Hadits Yang Menjelaskannya

Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya