Anak Tercekik Daging Masuk Paru Paru Kiri Sampai Collapsed Hampir Kritikal 50 50
Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak.
Gejala dan Tanda-Tanda
-Susah bernafas secara tiba-tiba
-Bunyi pernafasan tidak normal
-Menggenggam kerongkong/leher
-Susah bercakap
-Batuk
-Kebiru-biruan pada bibir
-Pernafasan yang laju
-Pengsan
Kejadian ngeri ini berlaku kepada puan Ika Zleqha apabila anaknya hampir kritikal akibat tercekik ketika makan bersama-sama 2 tahun yang lepas. Ikuti perkongsian penuh.
Hari nie nak share anak tercekik, 2 tahun lepas sehingga tahap kritikal.
Memori 2 tahun lepas, ketika itu dia berusia 3 tahun. Pengalaman yang paling mengerikan dalam hidup bila anak tercekik makanan dan masuk ke paru-paru ….sedangkan ketulan daging sangat laa kecik tapi benda nak jadi walaupun tengah makan bersama. Mungkin punca makan sambil bercakap sebab Aqasha tengah bercakap sambil makan daging, kunyah tak habis.
Ketika kejadian, Aqasha makan bersama saya..saya masak daging kambing goreng. Saya cuma bagi slice kecil sahaja kat dia. Mula-mula suapan pertama dia makan ok sahaja…dia pun sebelum ni pernah makan daging. Suapan kedua dia makan sambil bercakap…mungkin tak kunyah habis dan tertelan.
Daging tersebut terlekat dekat saluran makanan. Dia terus diam dan muka nak betukar jadi sedikit biru dan bercampur pucat mukanya. Saya cuba tepuk ..tapi tak ada apa yang keluar..dia tak dapat bercakap walaupun sepatah.
Saya bagi air dia tak boleh minum..saya cuba korek tapi masih tak keluar. Saya bergegas ke klinik berdekatan. Doktor periksa dalam mulut dia tapi tak ada apa-apa… Doktor check oksigen dia, makin turun dan mulut keluarkan air liur tanpa henti.
Masa tu dia sedar je…Then naik ambulance ke hospital. Doktor di hospital buat ujian X-ray, paru-paru dia sebelah kiri sudah collapsed.
Daging yang tercekik tu masuk paru paru dia belah kiri dan terus decided masuk bilik bedah. Risiko tinggi sebab paru-paru kiri dekat dengan jantung. Risiko 50:50
Doktor masukkan kamera dan guna alat untuk keluarkan daging yang dah hancur dalam paru-paru. Hampir 7 hari di hospital.Syukur semua selamat
Terima kasih doktor pakar dan team HTAA sebab selamatkan nyawa Aqasha. Doctor cakap kes luar biasa berlaku kat HTAA. Pengalaman membesarkan anak-anak untuk diri ini supaya menjadi ibu yang lebih baik.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Ika Zleqha
The post Anak Tercekik, Daging Masuk Paru-Paru Kiri Sampai Collapsed. Hampir Kritikal 50:50 appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-tercekik-daging-masuk-paru-paru-kiri-sampai-collapsed-hampir-kritikal-5050/