Anak Tempatan Lawan Anak Kelahiran Ampang






Sebagaimana dijangka, PRK Kuala Kubu Bharu (KKB) 11 Mei depan pasti akan menjanjikan pertembungan yang sengit dan menarik.


Dengan dua parti utama, PH dan PN telah mengumumkan calon masing-masing, KKB tidak dapat lari lagi daripada menjadi tumpuan peminat dan pemerhati politik daripada seluruh negara.


PH melalui DAP mempertaruhkan Pang Sock Tao, seorang wanita muda berusia 31 tahun sebagai calonnya.


Beliau adalah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan berasal dari Ampang, Selangor.


PN pula meletakkan Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut sebagai calon mereka.


Beliau adalah anak tempatan iaitu lahir di Felda Sungai Tengi, dalam kawasan Hulu Selangor dan bekerja sebagai Pengurus Besar sebuah syarikat swasta di kawasan tersebut.


Secara umumnya, kedua-dua calon adalah anak jati Selangor – cuma seorang anak tempatan dan seorang lagi dilahirkan di Ampang.


Sejauh mana faktor anak tempatan dan anak Ampang ini dapat mempengaruhi kemenangan hanya dapat dilihat apabila kempen mula berjalan nanti sehinggalah hari pembuangan undi pada 11 Mei depan.


Tetapi, sudah pasti PN akan menggunakan faktor anak tempatan tersebut sebagai kelebihan untuk mereka mendapatkan sokongan daripada pengundi, manakala PH haruslah bersedia dengan kelebihan-kelebihan lain yang dimiliki oleh calon yang ditonjolkan.


Yang paling menarik dalam PRK KKB ini ialah bila mana kali ini ia menyaksikan pertembungan antara Cina dengan Melayu.


Sebelum ini, KKB adalah kawasan yang dimenangi oleh MCA sehinggalah DAP berjaya merampas kemenangan itu bermula PRU 2013 hinggalah PRN negeri Selangor fahun lalu.


Ertinya, daripada pertembungan antara Cina dengan Cina, namun kali ini KKB berubah kepada persaingan antara Cina dengan Melayu.


Lebih menghangatkan persaingan kali ini adalah kerana jumlah pengundi Melayu merupakan majoriti iaitu 51 peratus, Cina 30 peratus dan India 18 peratus.


Selain PH dijangka akan mendapat sokongan padu daripada pengundi Cina dan PN pula dipercayai akan disokong pengundi Melayu, akhirnya faktor pengundi India adalah penentu sebenar kepada kemenangan yang diimpikan.


Penentu kemenangan juga akan ditentukan oleh peratusan yang keluar mengundi dan berapa peratus PH dan PN berjaya mengungguli sokongan daripada pengundi Cina serta Melayu.


Dalam hal ini, oleh kerana peratusan pengundi Melayu lebih tinggi berbanding Cina, peranan UMNO sebagai parti ketuanan Melayu juga akan mempengaruhi kemenangan PH kerana mereka akan bersaing dengan Bersatu yang akan dibantu oleh Pas untuk merebut kelompok 51 peratus tersebut.


Tidak kurang pentingnya, memandangkan DAP boleh dikata unggul di hati sanubari pengundi Cina, peranan Gerakan juga penting untuk meraih undi kelompok tersebut yang boleh dibawa untuk menyokong calon PN.


Akhirnya, apa pun keputusan PRK KKB pada 11 Mei akan datang yang dilihat ditentukan oleh banyak faktor, keputusannya nanti juga adalah gambaran awal sama ada PH/BN masih mampu mempertahankan negeri Selangor dan seterusnya untuk melihat sejauh mana kerajaan madani pimpinan Anwar Ibrahim mampu kekal lagi pada PRU16 akan datang. – ShahbudinHusin 26April2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/26/anak-tempatan-lawan-anak-kelahiran-ampang.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/anak-tempatan-lawan-anak-kelahiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Nak Sering Ditanya Pasal Anak Respon Taeyang Bigbang Tutup Mulut Wartawan

Saya Tak Nak Sering Ditanya Pasal Anak Respon Taeyang Bigbang Tutup Mulut Wartawan

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 155 hits
Pejam celik pejam celik Taeyang BIGBANG sudah pun bergelar suami dan ayah orang kini Artikel Berkaitan Baru baru ini Taeyang telah terlibat sebagai salah seorang pengarah persembahan dan penerbit untuk program survival I LAND2 N a Ketika se...
Pasangan Warga Emas Jalan Kaki Balik Beraya Rumah Anak Menantu

Pasangan Warga Emas Jalan Kaki Balik Beraya Rumah Anak Menantu

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 197 hits
KOSMO PETALING JAYA Sepasang suami isteri warga emas sanggup berjalan kaki dikala cuaca sedang hujan gara gara mahu melepaskan rindu bertemu anak menantu dan cucu selepas setahun tidak berjumpa Kisah pilu itu dikongsikan pengguna Facebook K...
It S A Girl Gender Reveal Meriah Zahirah Macwilson Aiman Bakal Timang Anak Perempuan

It S A Girl Gender Reveal Meriah Zahirah Macwilson Aiman Bakal Timang Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 166 hits
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi Jantina anak kedua itu dikongsikan Aiman dan Zahirah ketika majlis gender reveal yang diadakan baru ...
Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 157 hits
Hi know know dah 2024 pantas sangat masa berlalu lama dah tak terhapdate blog ni huhuhu Kali ni MD nak share satu berita baik kepada warga Selangor dan yang bermastautin lebih 10tahun di Selangor serta melahirkan anak di Selangor Korang per...
Duit Raya Ni Tak Perlu Minta Minta Wanita Bengang Ada Ibu Bapa Spam Whatsapp Hantar Qr Minta Duit Raya Anak

Duit Raya Ni Tak Perlu Minta Minta Wanita Bengang Ada Ibu Bapa Spam Whatsapp Hantar Qr Minta Duit Raya Anak

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 179 hits
Di bulan Syawal ini sudah menjadi tradisi turun temurun untuk ahli keluarga atau orang dewasa memberi duit raya kepada kanak kanak dan remaja Selalunya duit raya akan diberikan dalam sampul namun kini lebih ramai menggunakan kod QR kerana i...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Orang Asli Leader Questions Poor Representation In Aboriginal Law Talks

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Ideas Beef Jerky Recipe On Pellet Smoker

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Makan Petang Di Club House Coffee

Dewa 19 Cukup Siti Nurbaya Chord