Anak Sulung Pula Pergi Selepas 32 Hari Dilanggar Lari


Jertih: Dugaan berat menimpa pasangan guru yang pernah kehilangan anak bongsu akibat kecuaian hospital tujuh tahun lalu, apabila anak sulung pula meninggal dunia dalam kejadian kes langgar lari, baru-baru ini.
Ibu kepada tiga anak, Fadilah Abd Wahab, 50, berkata, anak lelakinya, Ahmad Faiq Shauqi, 19, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 1 Disember lalu selepas 32 hari bertarung nyawa.
FADILAH (tengah) bersama ahli keluarga menunjukkan salinan laporan polis dan gambar arwah Ahmad Faiq yang meninggal selepas koma 32 hari akibat kemalangan langgar lari di Kampung Amir, Besut. FOTO NURUL FATIHAH SULAINI Beliau mendakwa motosikal Yamaha Lagenda ditunggang anaknya bertembung dengan kereta Perodua Myvi dinaiki seorang penjawat awam di persimpangan berhampiran Perpustakaan Desa Kampung Amir, di sini, pada 8.30 malam, 30 Oktober lalu.
“Ahmad Faiq Shauqi yang parah di bahagian kepala dan cedera beberapa anggota badan dibiarkan di tepi jalan sebelum dikejarkan ke hospital oleh penduduk kampung yang menemuinya lebih sejam kemudian.
“Anak saya koma selama 32 hari di Unit Rawatan Rapi HSNZ sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 8.15 malam, 1 Disember lalu,” dakwanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Amir, di sini, hari ini.
Fadilah berkata, kematian Ahmad Faiq Shauqi yang menjadi harapan keluarga dan sikap individu melanggar anaknya memberi kesan trauma teruk kepada dirinya, suami, Muhamad Sardi Saad, 44, dan anak perempuannya, Batrisyia Umairah, 15.
“Apa yang saya kesal, arwah dilanggar individu dikenali yang sanggup membiarkan sahaja dia menanggung kesakitan di tepi jalan, malah seperti bersikap acuh tidak acuh terhadap kejadian itu.
“Dia hanya berjumpa kami sekali di hospital sehari selepas kejadian untuk mengaku perbuatannya, tetapi tidak pernah mengambil inisiatif lain untuk meminta maaf walaupun mengetahui kematian anak saya pada awal bulan ini,” katanya.
Beliau berkata, Ahmad Faiq Shauqi adalah pelajar Institut al-Quran Terengganu, Kuala Terengganu mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Madinah namun terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.
“Anak bongsu saya, Ulya Insyirah sebelum ini meninggal dunia akibat kecuaian Hospital Besut pada 2013 dan kematiannya baru mendapat pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada dua tahun lalu.
“Kini kami diuji lagi dengan kehilangan anak sulung pula. Setiap hari sejak kematiannya, saya tersedar pada 4 pagi untuk mengejutkannya seolah-olah dia masih ada sebelum menangis teringatkannya,” katanya.
Fadilah berharap kes kematian Ahmad Faiq Shauqi yang masih dalam siasatan polis mendapat pembelaan sewajarnya.
Harian Metro pada 15 Mei 2018 melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan defendan yang terdiri daripada 10 doktor, dua pengarah Hospital Besut dan HSNZ serta Kerajaan Malaysia membayar tuntutan ganti rugi am sebanyak RM600,000, ganti rugi teladan RM200,000 dan ganti rugi khas RM96,792.13 kepada Fadilah dan Muhamad Sardi akibat kecuaian menyebabkan kematian Ulya Insyirah yang ketika itu berusia empat tahun.-HM
Al-Fatihah : ‘Saat Terakhir Mak Peluknya’ – Meninggal Dalam Pelukan Ibu, Ciuman & Tangisan Wanita Ini Undang Sebak [VIDEO]

The post Anak Sulung Pula ‘Pergi’ Selepas 32 Hari Dilanggar Lari appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/12/anak-sulung-pula-pergi-selepas-32-hari-dilanggar-lari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Badul Kini Bekas Isteri Pula Tuntut Bahagian Untuk Anak

Selepas Badul Kini Bekas Isteri Pula Tuntut Bahagian Untuk Anak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 571 hits
loading Isu membabitkan pembahagian harta Allahyrham Mejar Mohd Zahir Armaya yang juga anak kepada pelawak AR Badul hangat diperkatakan ramai sejak beberapa hari ini
Tampil Ceria Dan Bahagia Sutradara Erma Fatima Sambut Hari Jadi Anak Angkat Bersama Bekas Suami Dan Isteri

Tampil Ceria Dan Bahagia Sutradara Erma Fatima Sambut Hari Jadi Anak Angkat Bersama Bekas Suami Dan Isteri

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 303 hits
Pelakon dan pengarah Erma Fatima dilihat tampil ceria menyambut hari jadi anak angkatnya yang bernama Citra yang kini berusia 19 tahun Namun yang menarik perhatiannya adalah sambutan itu turut diraikan bersama dua orang anak bekas suaminya ...
Selepas 6 Tahun Pemergian Anak Gara Gara Kanser Linda Rafar Terjumpa Diari Yang Mengundang Sebak Netizen

Selepas 6 Tahun Pemergian Anak Gara Gara Kanser Linda Rafar Terjumpa Diari Yang Mengundang Sebak Netizen

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 293 hits
loading Pelakon dan usahawan Linda Rafar meluahkan rasa sebak selepas mendedahkan ada terjumpa diari peningalan Allahyarham anaknya Rezaimin Keifli atau lebih mesra dengan panggilan Memen
Doktor Rasa Bersalah Selepas Tengking Anak Main Tepung Terimbas Perasaan Hilang Tempat Bergantung

Doktor Rasa Bersalah Selepas Tengking Anak Main Tepung Terimbas Perasaan Hilang Tempat Bergantung

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 388 hits
Doktor rasa bersalah selepas tengking anak main tepung terimbas perasaan hilang tempat bergantung Perangai mereka adalah cerminan perangai kita IBU bapa mana yang tidak terkejut melihatkan serbuk tepung bertaburan di lantai di ruang tamu ru...
Covid 19 Pesakit Berusia 104 Tahun Pulih Selepas 14 Hari Dirawat

Covid 19 Pesakit Berusia 104 Tahun Pulih Selepas 14 Hari Dirawat

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 280 hits
SEORANG wanita Sepanyol berusia 104 tahun menjadi antara pesakit tertua yang berjaya pulih dari COVID 19 Elena dirawat selama 14 hari dan merupakan pesakit ke 4149 yang pulih dan dibenarkan keluar dari Hospital Gregorio Mara n di Madrid Men...
Allah Sebaik Baik Penjaga Anak Kita Biasakan Setiap Hari Dengan Doa Ni

Allah Sebaik Baik Penjaga Anak Kita Biasakan Setiap Hari Dengan Doa Ni

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 894 hits
Sehebat mana pun kita menjadi ibu ayah tetap bergantung kepada Allah untuk menjaga anak anak sepanjang masa Sebab itulah setiap hari perlu titipkan doa sebagai pendinding anak anak walau di mana mereka berada Melalui perkongsian Puan Wan Nu...
Pemuda Rela Lari Ke Hutan Setiap Hari Akibat Sering Dibuli Wajah Unik Oleh Orang Kampung

Pemuda Rela Lari Ke Hutan Setiap Hari Akibat Sering Dibuli Wajah Unik Oleh Orang Kampung

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 423 hits
KIGALI Akibat sering dibuli penduduk kampung kerana memiliki wajah unik seorang lelaki dari Rwanda Afrika Timur sanggup melarikan diri ke dalam hutan setiap hari The Sun yang memetik laporan Zolex Reporters melaporkan Zanziman Ellie 21 tida...
Anak Dah Jemu Makan Nasi Cuba Roti Sosej Ala Auntie Anne S Pula Ringkas

Anak Dah Jemu Makan Nasi Cuba Roti Sosej Ala Auntie Anne S Pula Ringkas

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 511 hits
Sama macam kita adakalanya anak anak juga sudah jemu makan nasi Apa kata kita cuba buatkan kelainan pada selera anak dengan hasilkan roti kegemaran mereka Roti Sosej Ala Auntie Anne s ringkas yang dikongsikan olah bapa ini boleh mama cuba u...
Hiburan Genap 20 Hari Lahir Ke Dunia Mat Dan Perkenalkan Nama Anak Kedua Eydan Yusoff

Hiburan Genap 20 Hari Lahir Ke Dunia Mat Dan Perkenalkan Nama Anak Kedua Eydan Yusoff

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 336 hits
Pengacara dan personaliti Instagram Mat Dan dilihat telah berkongsikan nama anak keduanya yang baru saja dilahirkan pada 7 November 2020 yang lalu Genap 20 hari kelahiran Mat Dan telah memaklumkan bahawa nama anak keduanya ialah Eydan Yusof...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya