Anak Sudah Pandai Mencarut Cakap Bahasa Kesat Ini Tip Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu


Kadang-kadang kita ibu bapa risau, sedaya upaya menjaga perkataan yang disebut di rumah dengan perkataan yang baik. Tetapi, kita terkejut bila tiba-tiba terpacul dari mulut si kecil seperti bodoh atau kata-kata kesat yang lain. Kalau ada saudara mara yang terdengar, kita yang malu.
Kanak-kanak biasanya ‘belajar’ perkataan yang tidak elok dari sekeliling seperti mencarut, menyumpah atau kata-kata yang negatif. Bila sebut sekeliling, bukan sekadar dari orang dewasa, bahkan ia termasuklah daripada rakan sebaya, TV dan internet, atau jika yang sudah pandai membaca, boleh jadi daripada bahan bacaan.
Kredit foto: Freepik Anak Sudah Pandai Mencarut, Cakap Bahasa Kesat Kita pun mungkin tuduh sesiapa mungkin perkataan itu dari taska atau tadika, mungkin bila bawa main ke taman permainan dan mendengar dari kanak-kanak lain yang bermain di tempat yang sama.
Ini adalah sifat semula jadi manusia untuk belajar berkomunikasi dengan mendengar perbualan dari sekeliling, kemudian perbendaharaan kata mereka pun bertambah (vocab) dan tadaaaa, mereka pun boleh turut sama berbual.
ANAK SEAWAL DUA TAHUN BOLEH TAHU 1 PERKATAAN TAK ELOK!
Kajian dari Stanford Universiti di bawah pakar bahasa, Melissa Mohr ada menyatakan dalam setiap bahasa, ada lebih kurang 0.7% perkataan berbentuk ‘swearing’ yang mana perkataan ini lebih banyak dituturkan di dalam perbualan harian. Melissa juga menekankan kaitan yang significant kenapa kanak-kanak boleh tahu sekurang-kurangnya satu perkataan yang tidak elok pada umur 2 tahun!
Sebab pada umur bawah 3 tahun, Montessori merujuk otak kanak-kanak di bawah unconscious mind. Mereka akan serap apa sahaja dan mendengar apa sahaja yang berata di sekeliling. Di dalam Islam, umur begini kita kata kan belum mumayyiz iaitu tidak tahu membezakan yang mana baik dan buruk sehingga umur 6/7 tahun.
Kredit foto: Unsplash KENAPA IA BERLAKU?
Jadi, kenapa kanak-kanak cakap perkataan yang tidak baik?
Sebab mereka tak tahu. Benar, mereka tak tahu pun perkataan yang dia tiru adalah perkataan yang tidak baik. Mereka hanya memerhati dari sekeliling (atau menonton), perkataan yang digunakan dengan situasi-situasi tertentu. Oh, bila berlaku situasi begini, kena sebut perkataan ini.
Contoh,
Kalau kawan ejek, kena sebut bodoh. Kalau kena marah, kena sebut pukul kang.
Kalau hilang barang, kena maki orang.
Mereka tidak akan tahu menggunakan perkataan tersebut kalau orang sekeliling tidak menggunakan. Mereka pun kadang-kadang bereksperimen dengan perkataan yang digunakan itu betul atau tidak dalam pelbagai konteks dan situasi. Adakah perkataan itu perkataan yang kelakar, atau menarik perhatian, atau buat orang lain sedum dan marah?Mereka cuma tak tahu.
BEHAVIOR MODIFICATION
Kita dibiasakan dengan kaedah ‘behavior modification’ iaitu untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak, kita perlukan sesuatu seperti reinforcement (pengukuhan/peneguhan) dan punishment (hukuman). Dua-dua itu bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku yang baik, atau membuang tingkahlaku yang tidak baik.
Cuma kadang-kadang kita tersilap. Sebab ibu bapa pun panik. Kali pertama kan dengar. Kita ter ‘overreact’ dengan situasi yang terjadi.
Kalau ibu bapa terdengar anak sebut perkataan yang tidak elok, apa yang ibu bapa buat? Ya, lazimnya kita akan terus marah mereka. Atau terus melakukan proses reinforcement atau punishment.
Anak pun terpinga-pinga kena marah. Ini yang selalu terjadi.
Kredit foto: Unsplash Ini Tip Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu APA YANG KITA KENA BUAT?
#1 Tenang, dan bagi tahu kepada anak yang perkataan itu tidak elok dan tidak boleh digunakan. Bagi pilihan perkataan yang lain yang lebih baik dan sesuai. Bagi tahu yang perkataan yang tidak elok itu sama sakitnya macam kena tumbuk or cubit.
#2 Jangan gelak! Kita mungkin kelakar sebab si kecil cakap benda yang tak elok atau salah tempat. Ingat ya tadi, mereka nak explore penggunaan perkataan either perkataan itu untuk marah ke, sedih ke, lucu ke.. Kalau kita gelak, mereka akan salah faham dan akan ulang berulangkali.
#3 Tolong check apa yang ditonton. TV ke, Youtube ke. Bukan boleh percaya sangat rancangan kanak-kanak ini.
#4 Berbalik kepada kita, tengok diri sendiri berbual bagaimana. Mungkin kita secara tak sedar tersebut depan anak ke. Berborak dekat telefon dengan kawan sambil menyumpah. Kalau perasan silap kita, cepat-cepat bagi tahu dekat anak perkataan itu tidak sesuai dan minta maaf.
#5 Kalau ada improvement, anak tak sebut perkataan yang tidak elok even dalam situasi yang sama, jangan lupa puji! Pujian merupakan salah satu positive reinforcement untuk meningkatkan tingkat laku yang baik. Ini lebih efektif.
#6 Yang paling penting, konsisten. Kalau hari ini kita tegur guna perkataan lain, esok kita biarkan dia sebut perkataan tak elok, pun tak jadi juga. Istiqamah dalam mengubah tingkah laku anak-anak. Jangan on-off bila teringat.
Tapi ingat ya, setiap anak berbeza. Maka hasilnya juga berbeza, cepat atau lambat je.
Sumber: Hazhari Ismail
Kredit top image: Freepik
 
The post Anak Sudah Pandai Mencarut, Cakap Bahasa Kesat, Ini Tip Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-sudah-pandai-mencarut-cakap-bahasa-kesat-ini-tip-ibu-bapa-perlu-ambil-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sulung Resah Bila Tahu Nak Dapat Adik Baru Penting Ibu Bapa Bijak Kawal Situasi

Anak Sulung Resah Bila Tahu Nak Dapat Adik Baru Penting Ibu Bapa Bijak Kawal Situasi

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 182 hits
Keresahan anak sulung apabila mengetahui bahawa dia bakal mendapat adik jangan dipandang ringan Sebab jika tidak dijaga emosinya boleh beri kesan yang sukar pada hubungan abang dan adik Mungkin ada anak sulung yang berasa tidak seronok untu...
Ibu Bapa Derhaka Memang Wujud Buat Dosa Pada Anak Anak Tanpa Sedar

Ibu Bapa Derhaka Memang Wujud Buat Dosa Pada Anak Anak Tanpa Sedar

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 278 hits
derhaka memang wujud pada zaman ini Mungkin kedengaran agak kasar pada halwa telinga Selalunya yang biasa kita dengar ungkapan derhaka kerana ia cukup popular digunakan sebagai merujuk anak yang bersikap kurang ajar atau biadab terhadap ora...
Doktor Veterinar Galak Ibu Bapa Beri Anak Bela Kucing Terapi Beri Kesan Perkembangan Otak

Doktor Veterinar Galak Ibu Bapa Beri Anak Bela Kucing Terapi Beri Kesan Perkembangan Otak

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 276 hits
Bila anak minta hendak bela ramai agak keberatan Pelbagai alasan yang diberi kepada anak termasuk faktor kebersihan alahan dan sebagainya Namun hakikatnya memelihara haiwan mampu mendidik menjadi seorang positif dalam pelbagai aspek Kenapa ...
Anak Kecewa Ibu Perlekehkan Hadiah Axia Akibat Terpengaruh Dengan Mak Cik Bawang

Anak Kecewa Ibu Perlekehkan Hadiah Axia Akibat Terpengaruh Dengan Mak Cik Bawang

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 175 hits
Hati anak manakah yang tidak rasa terhiris apabila hadiah kereta Axia diberi demi kesenangan ibu bapa malah diperlekehkan dan bagai tidak dihargai Berjaya membeli kenderaan pertama hasil titik peluhnya sang anak yang berniat baik itu membua...
Ratusan Barang Bukti Dikumpulkan Polisi Kasus Pembunuhan Ibu Anak Subang Segera Diseret Ke Meja Hijau

Ratusan Barang Bukti Dikumpulkan Polisi Kasus Pembunuhan Ibu Anak Subang Segera Diseret Ke Meja Hijau

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 177 hits
Meski jumlahnya sudah ratusan penyidik masih mencari barang bukti lain terutama golok yang diduga digunakan para tersangka menghabisi korban
Pembunuhan Ibu Dan Anak Di Subang 2 Tahun Baru Terungkap Ada Kesalahan Prosedur Saat Olah Tkp

Pembunuhan Ibu Dan Anak Di Subang 2 Tahun Baru Terungkap Ada Kesalahan Prosedur Saat Olah Tkp

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 185 hits
Salah seorang tersangka kasus pembunuhan ibu dan anak di Subang ditempatkan di rumah perlindungan
Letak Nama Ibu Sebagai Penjaga Kedua Anak Anak Shu Shukri Dituduh Merentan Toxic Gila Lagi Toxic Dari Bekas Laki Dia

Letak Nama Ibu Sebagai Penjaga Kedua Anak Anak Shu Shukri Dituduh Merentan Toxic Gila Lagi Toxic Dari Bekas Laki Dia

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 390 hits
Nurul Shuhada Mat Shukri atau Shu dituduh merentan oleh seorang individu menerusi komen di Instagram yang turut mempersoal tindakan Shu meletakkan nama ibunya sebagai penjaga kedua anak anaknya
Ibu Menang Tuntutan Halau 2 Anak Keluar Rumah

Ibu Menang Tuntutan Halau 2 Anak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 321 hits
AgensiRom Seorang wanita di Itali memenangi kes mahkamah iaitu tuntutan untuk mengusir dua anak lelaki berumur 40 dan 42 dari rumahnya selepas mereka enggan keluar atau menghulurkan wang bagi meringankan bebannya Oddity Central melaporkan w...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Zizi Kirana Kejar Chord

Rupanya Bibit Kerugian Sejak 2003 Lagi Ini Patut Pos Malaysia Buat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Dapat Kain Samping Percuma Dua Helai