Anak Saya Pemalu Anak Saya Slow Anak Saya Ni Hyper Tak Perlu Label Anak Anak Depan Orang


“Anak saya ni slow sikit cikgu”, “alah bagus apanya, dekat rumah macam apa dah perangai” selalu tak kita melabel-labelkan anak depan orang ramai atau orang luar?

Hal ini sebenarnya teramatlah salah. Mengapa? Tulisan saudara kita, Encik Hazhari Ismail di facebooknya ini banyak benarnya. Ya..kita sendiri yang melabelkan anak-anak kita sehingga terbawa-bawa. Semua ini sifat negatif yang akhirnya memberi kesan kepada anak itu sendiri.
MELABEL ANAK
“Anak saya ni slow sikit.”
Manusia ini hidup di dalam keadaan ‘homogeneity’, iaitu kehidupan kita adalah sama untuk dikatakan sebagai normal. Jika ada terlain sedikit, maka kita akan hukum orang yang tak sama dengan melabel mereka dengan macam-macam.
Kita bukan bercakap tentang label kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, ADHD dan sebagainya. Bukan itu yang saya maksudkan. Label yang terhasil dari pemerhatian biasa.
“Oh, Ahmad ini cuai sikit. Careless. Jangan bagi anak saya apa-apa responsibilities ye cikgu.”
Ibu Ahmad melabel anaknya dari kecil sebagai anak yang sentiasa cuai. Tidak percaya dengan anak sendiri. Sampaikan semua benda dibuatkannya. Masukkan buku di dalam beg untuk hari esoknya, pack barang, basuh pinggan dan sebagainya.
Di sekolah, Ahmad sentiasa diingatkan untuk tidak membuat kesalahan bodoh di dalam latihan. Diulang-ulang perkataan careless atau cuai di dalam benak minda Ahmad.
***
Apabila kita melabel, perkataan itu sifatnya sangat kuat. Kuat mempengaruhi. Setiap label perkataan yang kita berikan seperti malas, bijak, lembam, hiper – merupakan satu bentuk jangkaan yang mampu mempengerahui perangai atau tingkah laku jangka panjang.
Ingat lagi report kad? Guru akan menulis komen atau ulasan tentang prestasi anak murid sepanjang tahun tersebut.
“Ain seorang pelajar yang pendiam.”
“Keputusan Ali merosot kerana terlalu banyak bermain.”
“Prestasi teruk. Tidak bermaya.”
Niat asal selain memberikan ulasan kepada ibu bapa, sebenarnya ulasan itu juga bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal guru tahun depan berdepan dengan anak murid yang baru. Malangnya, apabila guru baru menerima label ulasan yang berbentuk negatif, ada kebarangkalian label tersebut terbawa-bawa dan memberikan expectation yang kurang kepada murid.
Si kecil akan rebel di dalam kelas kerana terus-terusan mereka dilabel dengan benda yang negatif.
Guru satu hal. Ibu bapa pun satu hal.
***
Menurut Alagammai, seorang pakar terapi pendidikan dan kesihatan mental, melabel boleh menjadi sesuatu yang baik. Walaubagaimanapun, melabel dengan perkataan yang buruk atau bahaya berbanding yang baik adalah sesuatu yang zalim. Lagi menzalimkan adalah jika kita bagitahu orang lain tentang label yang digunakan.
Jika label buruk digunakan secara persisten, ia akan mengganggu emosi dan sifat daya saing anak-anak dan menjurus ke arah masalah mental. Jadi, apa cara yang terbaik yang boleh dilakukan?

(1) Terangkan keadaan yang berlaku, bukan fokus sifat anak-anak.
Contohnya, jika si kecil memecahkan pinggan kita akan terpacul “Adik ini selalu sangat tak berjaga-jaga. Semalam pecahkan pinggan. Minggu lepas pecahkan minggu. Setiap masa nak pecahkan pinggan kenapa.”
Boleh tukar kepada, “Adik tak berjaga-jaga hari ini. Sebab tak pegang betul-betul, pinggan dah pecah.”
Elakkan menggunapakai perkataan ‘selalu’. Fokus apa yang sedang terjadi. Tak perlu mengungkit cerita lama. Perkataan ‘selalu’ menunjukkan tingkahlaku yang dah lepas-lepas.
(2) Label juga boleh jadi sesuatu yang tricky
Memanggil anak-anak dengan panggilan ‘brilliant’. Its only a single word. Kanak-kanak akan berasa tertekan untuk menjadi yang paling top setiap masa. Di sini, kita panggil sebagai ‘overestimate’ kelebihan seseorang.
Boleh tukar kepada, “Ibu sangat bangga tengok adik buat latihan untuk exam esok.” Pujian yang sama. Tetapi, mampu menghilangkan rasa tekanan anak-anak.
(3) Senang cerita, tak perlu nak label-label
Label yang diberikan berbeza dari orang yang memberi dan orang yang menerima. Ia sesuatu yang subjektif. “Kamu ini tak pandailah.” Persoalannya, nak pandai bagaimana lagi? Tiada indikator yang tepat untuk menjadi pandai.
Maka, ia adalah strategi yang sangat tidak efektif untuk membina jati diri atau tingkah laku. Apatah lagi untuk mewujudkan motivasi.
Kredit: Hazhari Ismail
 
The post “Anak Saya Pemalu, Anak Saya Slow, Anak Saya Ni Hyper” Tak Perlu Label Anak-Anak Depan Orang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-saya-pemalu-anak-saya-slow-anak-saya-ni-hyper-tak-perlu-label-anak-anak-depan-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Buat Perkara Ini Depan Anak Banyak Kesan Buruk Kalau Anak Nampak

Elak Buat Perkara Ini Depan Anak Banyak Kesan Buruk Kalau Anak Nampak

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 216 hits
Menjadi ibu bapa bukanlah tugas yang mudah untuk memastikan anak di didik dengan didikan yang sempurna Ibu bapa juga akan menjadi contoh yang terbesar dalam hidup anak anak Sebagai ibu bapa kita harus berhati hati dalam setiap tindakan dan ...
Tragedi Elmina Ibu Terhutang Nyawa Dengan Guru Bawa Anak

Tragedi Elmina Ibu Terhutang Nyawa Dengan Guru Bawa Anak

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 235 hits
Kuala Lumpur Tindakan pantas guru tadika memintas sebuah kenderaan di depannya menyelamatkan dia dan anak muridnya daripada menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina Shah Alam Selangor kelmarin Masikah Ta ibah Zakaria 25 berkata dia ...
Cadangan Nama Anak Lelaki Dan Panduan Nama Anak Yang Baik Dalam Islam

Cadangan Nama Anak Lelaki Dan Panduan Nama Anak Yang Baik Dalam Islam

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 391 hits
Artikel pada kali ini saya akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan nama anak lelaki dalam Islam yang sentiasa menjadi pilihan popular menarik dan mempunyai makna terbaik Memilih nama anak lelaki dengan makna yang baik mampu dijadikan se...
Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 225 hits
Bila mengajar anak bercakap kita selalunya fokus kepada apa yang anak perlu lakukan tapi kadang kadang kita lupa bahawa kita juga perlu fokus kepada apa yang kita buat kerana apa yang kita sebut bagaimana kita sampaikan mesej apa yang kita ...
Hiburan Aku Nak Anak Kau B Doh Gila Anak Sendiri Cuma Dapat 2a Ibu Busuk Hati Hantar Sihir Pada Pelajar Straight A

Hiburan Aku Nak Anak Kau B Doh Gila Anak Sendiri Cuma Dapat 2a Ibu Busuk Hati Hantar Sihir Pada Pelajar Straight A

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 358 hits
Baru baru ini seorang perawat Islam ada berkongsikan video di laman TikToknya mengenai masalah yang dihadapi oleh seorang gadis remaja Difahamkan ibu gadis tersebut sempat berkongsikan di laman media sosialnya keputusan cemerlang Sijil Pela...
Hiburan Cameo Paling Tak Disangka Sebijik Pak Dia Bakat Kecantikan Anak Perempuan Malique Buat Ramai Terpegun

Hiburan Cameo Paling Tak Disangka Sebijik Pak Dia Bakat Kecantikan Anak Perempuan Malique Buat Ramai Terpegun

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 227 hits
Baru baru ini video memaparkan anak perempuan penyanyi rap popular Malique tular di platform TikTok dan menarik perhatian ramai Difahamkan anak perempuan Malique yang bernama Inca Medina menjadi cameo dalam video akustik ayahnya berjudul Se...
Zikir Ketika Membimbing Dan Menasihati Anak

Zikir Ketika Membimbing Dan Menasihati Anak

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 242 hits
Tak dinafikan ramai dalam kalangan ibu ayah menasihati anak namun anak masih tidak mendengar kata Sebenarnya masa menasihati anak kita terlupa berbicara hati dengan Allah dan minta doa dengan Allah Ayuh ibubapa mithali jom amalkan zikir ini...
Jangan Terburu Buru Lap Mulut Tangan Anak Ketika Mereka Makan Messy Eating Bantu Perkembangan Anak

Jangan Terburu Buru Lap Mulut Tangan Anak Ketika Mereka Makan Messy Eating Bantu Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 238 hits
Sesetengah ibu bapa pula apabila melihat makanan bersepah dan anak comot mereka lebih rela menyuapkan anak makan berbanding membiarkan anak makan sendiri Sabar Jika anda tahu kebaikan jika membiarkan anak makan bersepah pasti anda membiarka...
Me Time Dengan Isteri Reset Tenangkan Diri Kunci Bahagia Dr Say Uruskan Anak Anak

Me Time Dengan Isteri Reset Tenangkan Diri Kunci Bahagia Dr Say Uruskan Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 416 hits
Biarpun sibuk dengan urusan anak anak namun masa bersama isteri jangan sekali dilupakan Inilah yang cuba disampaikan oleh doktor selebriti Dr Say Shazril Sebolehnya kata Dr Say dia akan mencuba masa sebaik mungkin untuk berdua duaan bersama...
Continuous Learning In Business

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Jalan Jalan Bukit Bendera

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelakon Imran Aqil Timang Cahaya Mata Sulung Dahlia Rizal Tahan Sakit Kontraksi Hampir 15 Jam

Mak Ayah Tegas Atau Terlalu Keras Hati Hati Bila Anak Dah Tak Nak Cerita Apa Apa

Taman Rekreasi Pulai Idaman

Penat Tapi Tetap Kena Buat

10 Checklist Lengkap Cara Jadi Virtual Assistant Dari Zero

Baked Pasta Yang Sedap