Anak Pemerhati Ibu Ayah Jika Yang Baik Mereka Lihat Itulah Disimpan Dalam Memori


Bukan mudah menjadi ibu bapa. Apatah lagi untuk menjadi ibu bapa yang baik dan cemerlang. Ia bukan sesuatu yang boleh dicapai tanpa sebarang usaha.
Untuk menjadi ibu bapa hebat, menuntut kita mencari ilmu dan melakukan banyak pengorbanan. Semuanya bermula sejak dari awal kandungan, kelahiran dan sehinggalah anak mencapai umur yang matang.
Tugas mendidik anak adalah satu proses yang berterusan, bukan bermusim. Sebagai ibu bapa, cabaran sangat besar dalam membesarkan dan mendidik anak secara sempurna kerana ilmu parenting ini sangat luas untuk dikuasai.

Namun ia bukanlah mustahil. Untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak, kita perlu bersedia dengan ilmu yang mencukupi dan menjadi model yang terbaik agar anak-anak kita sentiasa berjiwa besar dan berakhla mulia.
1. Memberi Didikan Akidah
Perkara pertama dan utama dalam pendidikan anak-anak muslim adalah pendidikan iman.
Iman ialah teras pembangunan insan setiap manusia. Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Mencipta untuk menyinari jiwa makhluk-Nya yang bernama manusia.
Iman ialah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunnya seorang insan bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.
Usah bertangguh untuk mendedahkan anak-anak dengan akidah dan iman. Mereka sudah boleh menerima didikan iman sejak kecil mengikut tahap kemampuan mindanya.
2. Didikan Adab & Akhlak
Akhlak yang baik sebenarnya bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.
Anak yang bersopan menjadi penyejuk mata kepada ibu bapa dan orang lain. Tingkah lakunya mendamaikan hati sesiapa yang melihatnya.
Bercakap dengannya akan menarik perhatian dan menggembirakan hati.

3. Didikan Membina Pemikiran
Ibu bapa sebenar akan menjadikan ilmu sebagai elemen penting dalam pembentukan keluarga.
Akal fikiran anak-anak yang putih bersih memerlukan pengisian yang murni. Akal itu mendambakan kesungguhan ibu bapa untuk mewarnakannya dengan warna fitrah.
Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat.
Tidak dinafikan, ilmu akademik adalah penting dalam dunia hari ini. Namun sebaiknya kita mengisi jiwa anak kita dengan mengenal al-Quran terlebih dahulu.
Selain itu, anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif. Pemikiran dan sikap proaktif yang perlu dibentuk oleh ibu bapa adalah:
Anak-anak perlu mengerti matlamat hidupnya. Setiap apa yang disuruh kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya.
Mengajar anak-anak agar jangan cepat merungut dan menyalahkan orang lain, dibentuk melalui latihan kepada anak-anak untuk membuat keputusan.
Anak-anak perlu dididik untuk bertanggungjawab terhadap masa depan dirinya, tidak suka menuding jari menyalahkan orang lain dan berupaya untuk membuat keputusan sendiri. Inilah sifat proaktif yang perlu disemai dalam diri mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
4. Didikan Kecerdasan Emosi
Selain daripada membina kekuatan pemikiran anak-anak, ibu bapa juga perlu serius untuk membentuk emosi cemerlang dalam diri anak-anak.
Antara perkara utama yang perlu dipupuk ialah pembinaan keyakinan diri anak-anak.
Keyakinan diri ialah perasaan yang teguh dalam jiwa seseorang yang meletakkan kepercayaan tinggi bahawa dia boleh berjaya, lantas menjadikannya bersemangat dan berani untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Di sini adalah panduan untuk membina keyakinan diri dalam diri anak-anak:
Anak-anak perlu dibiasakan dengan budaya dan adab bicara dengan tetamu dan orang yang diziarahi. Galakkan anak berinteraksi dengan berani dan bebas Ibu bapa perlu mendorong anak-anak agar mengambil bahagian aktif di sekolah, baik dalam kelas mahupun dalam aktiviti kokurikulum Galakkan mereka bertanya soalan kepada guru, memberikan pendapat serta terlibat aktif dalam aktiviti sekolah. Jika berpeluang doronglah mereka menyertai pertandingan atau persembahan supaya mereka menjadi berani dan tidak malu Perasaan malu boleh dikikis dengan latihan dan pendedahan berterusan oleh ibu bapa. Kejayaan dalam mendidik anak bukanlah bergantung kepada ilmu parenting semata-mata. Apa yang paling penting adalah kita sendiri menjadi contoh atau role model, dan mengamalkan sendiri apa yang kita terapkan kepada anak-anak.
Sebagai contoh kita mahukan anak kita menjadi seorang rajin, tetapi kita sendiri sering menangguhkan kerja dan selalu menghabiskan masa dengan smartphone ataupun rancangan TV.
— Jika anda sendiri gagal mendidik diri, bagaimana anda boleh mengharapkan anak menjadi lebih baik dari anda? Kelakuan kita adalah sumber utama pembelajaran anak kita.
Mereka akan meniru segalanya tentang kita, daripada cara bercakap sehinggalah apa yang kita bagaimana ke saat kita tidur. Segala baik dan buruk kita akan diserap oleh mereka.
Ibu bapa yang pintar sentiasa cuba menyesuaikan setiap ilmu parenting yang dipelajari dengan keperluan situasi anaknya, dan memperbaiki kaedah didikan mereka dari masa ke semasa.
Kredit: Muhammad Naim

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
InShot-20201012-165430215  
The post Anak Pemerhati Ibu Ayah. Jika Yang Baik Mereka Lihat, Itulah Disimpan Dalam Memori appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-pemerhati-ibu-ayah-jika-yang-baik-mereka-lihat-itulah-disimpan-dalam-memori/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Tolong Stop Sabotaj Otak Anak Gula Putih Menganggu Pembelajaran Mereka

Ibu Ayah Tolong Stop Sabotaj Otak Anak Gula Putih Menganggu Pembelajaran Mereka

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 444 hits
Dalam menjaga kesihatan diri sendiri dan anak anak ibu ayah perlu mengetahui akan bahaya gula putih sekiranya diambil secara berlebihan Menyingkap sejarah penghasilannya bahan utama ialah tebu kuning dan tebu hitam Lebih kurang 107 buah neg...
Kalau Ibu Ayah Ada Disleksia Peratus Untuk Anak Dapat Disleksia Pun Tinggi

Kalau Ibu Ayah Ada Disleksia Peratus Untuk Anak Dapat Disleksia Pun Tinggi

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 319 hits
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf membaca menulis mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak me...
Anak Asyik Jatuh Sakit Ini Rupanya Yang Ibu Ayah Terlepas Pandang

Anak Asyik Jatuh Sakit Ini Rupanya Yang Ibu Ayah Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 399 hits
Susah hati dibuatnya bila anak anak asyik tak sihat Sekejap demam kemudian batuk dan selesema pula Suplemen sudah diberi pemakanan anak juga kita jaga sebaiknya tetapi anak tetap mudah dijangkiti penyakit Di mana salahnya Sudah menjadi lumr...
Nak Berjaya Jadikan Anak Isteri Sebagai Kekuatan Termasuk Family Ibu Ayah Riz Amin

Nak Berjaya Jadikan Anak Isteri Sebagai Kekuatan Termasuk Family Ibu Ayah Riz Amin

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 892 hits
Kejayaan seorang suami pastinya dibelakangnya berdiri seorang isteri yang menyokongnya cukup kuat Pelakon yang sering membawakan watak antagonis dalam kebanyakkan drama Riz Amin mengakui kekuatan harinya setiap hari kini datangnya daripada ...
Berebut Nak Jadi Yang Pertama Di Cium Ibu Ayah Mesti Dulukan Anak Sulung

Berebut Nak Jadi Yang Pertama Di Cium Ibu Ayah Mesti Dulukan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 1152 hits
Ramai ibu bapa pening kepala bila sudah mempunyai anak lebih dari satu Ini kerana bila balik rumah nak cium yang mana satu dulu Bila cium kakak adik merengek kecualilah jika dia masih bayi Jika cium adik dulu kakak atau abang sulung mulalah...
Anak Ujian Untuk Ibu Ayah Saat Nak Marah Panggillah Anak Bertuah Ni Doa Untuknya

Anak Ujian Untuk Ibu Ayah Saat Nak Marah Panggillah Anak Bertuah Ni Doa Untuknya

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 403 hits
Cabaran membesarkan anak hari ini tak sama seperti dulu Begitu juga untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah Perlu pengorbanan ibu ayah sejak dari awal untuk membentuk akhlak anak Ini kerana dalam proses membesarkan anak tiada apa yang ...
Kisah Anak Kecil Rawat Ibu Yang Sakit Hingga Meninggal Ditinggal Ayah Tanpa Alasan Yang Jelas

Kisah Anak Kecil Rawat Ibu Yang Sakit Hingga Meninggal Ditinggal Ayah Tanpa Alasan Yang Jelas

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 414 hits
Viral kisah anak kecil rawat ibunya yang sakit hingga meninggal dunia Anak kecil tersebut bernama Dodo dari Bangka Belitung Sang ibu meninggal dunia karena menderita sakit maag liver dan darah tinggi Setelah berjuang selama lima bulan ibu D...
Ini Sebabnya Ibu Ayah Elok Berikan Susu Kepada Anak Anak

Ini Sebabnya Ibu Ayah Elok Berikan Susu Kepada Anak Anak

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 375 hits
Anak adalah anugerah Ilahi yang tiada nilai gantinya Tugas kita sebagai ibu ayah adalah memberikan perlindungan tempat tinggal pendidikan agama untuk mereka mengenal Allah
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas

The Impact Of Domain Name


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat