Anak Oku Dibuang Dalam Terusan Dipenuhi Buaya Suami Isteri Anggap Membebankan
Anak OKU dibuang dalam terusan dipenuhi buaya, suami isteri anggap membebankan. Seorang wanita di selatan India, ditahan kerana didakwa membuang anak lelakinya yang kurang upaya (OKU) berusia enam tahun ke dalam terusan dipenuhi buaya selepas bertengkar dengan suaminya.
Anak OKU Dibuang Dalam Terusan Dipenuhi Buaya
The Independent yang memetik media tempatan melaporkan mayat budak lelaki mengalami masalah pendengaran dan pertuturan itu ditemukan dalam keadaan berkecai di terusan di daerah Uttara Kannada di negeri Karnataka pada Ahad.
Pegawai polis, Inspektor Krishna Barakeri berkata kepada Hindustan Times, ibu budak itu, Savitri, 32, menyalahkan suami Ravi Kumar, 36, kerana memaksanya membuang anak mereka di terusan berkenaan.
Suaminya menganggap anak mereka sebagai beban dan mereka sering bergaduh mengenainya. Savitri mendakwa suaminya menyeksa mental dan menyuruh membuang anak mereka ke dalam terusan dipenuhi buaya itu.
“Selepas pertengkaran yang memuncak berhubung perkara sama, Savitri didakwa membuang anaknya ke dalam terusan yang mengalir ke Sungai Kali an dipenuhi buaya sekitar jam 9 malam,” katanya.
Kanak-kanak OKU berusia enam tahun dibuang di terusan dipenuhi buaya selepas dianggap membebankan. FOTO Agensi/Gambar hiasan
Suami Isteri Anggap Membebankan
Ketika disoal siasat Savitri berkata: “Suami saya bertanggungjawab. Dia selalu berkata biarkan anak lelaki itu mati, yang dia lakukan hanyalah makan. Biarkan dia mati
Artikel lain: Ada Anak OKU, Ibu Bapa Layak Mohon Road Tax Percuma. Ketahui Cara Mohon!
Niat Fokus Jaga Anak OKU, Cara Ibu Ni Masak 22 Jenis Stok Lauk Berbuka Siap-Siap Memang Power!
“Suami saya kerap berkata demikian, berapa banyak seksaan yang anak saya boleh tahan? Di mana saya akan pergi untuk berkongsi kesakitan saya,” katanya memetik rakaman percakapan kepada polis.
Jiran pasangan itu menghubungi talian kecemasan dan pihak polis menghantar penyelam untuk mencari kanak-kanak OKU itu.
Tetapi operasi mencari terpaksa ditangguhkan sehingga keesokannya kerana hari sudah gelap.
“Cebisan mayat budak lelaki itu ditemui di rahang buaya dan sudah diambil selepas buaya itu ditangkap,” kata polis.
Mangsa yang mati dalam keadaan mengerikan itu mengalami kecederaan parah dengan kesan gigitan di pelbagai anggota badan, malah lengan kanannya hilang.
Savitri, yang bekerja sebagai pembantu rumah, dan suaminya, Ravi seorang tukang ukiran batu sudah ditahan atas tuduhan membunuh, kata polis.
Sumber: Harian Metro
Kredit foto (top image): Pexels
Baca lagi: Tiap Hari Nak Ziarah Kubur Bapa, Demi Doa & Sayang Seorang Anak OKU Buat Ayah Yang Telah Tiada
Hebat Kasih Ayah! Biarpun OKU, Caranya Lindungi Anak Terkena Hujan Buat Ramai Sebak
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Anak OKU Dibuang Dalam Terusan Dipenuhi Buaya, Suami Isteri Anggap Membebankan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-oku-dibuang-dalam-terusan-dipenuhi-buaya-suami-isteri-anggap-membebankan/