Anak Merengek Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi Ini Cara Tenangkan Bayi


Bila anak merengek dan meragam sebab nak tumbuh gigi, ia boleh menjadi fasa yang sangat mencabar buat ibu bapa. Ketidakselesaan yang dirasai bayi memang tidak dapat dielakkan jadi ibu bapa perlu sabar melayani rengekan dan ragam si anak.
Anak Merengek, Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi Gigi pertama bayi biasanya akan muncul semasa si manja berusia 6 bulan hingga setahun. Ketika proses itu terjadi, pastinya ibu bapa ingin mengetahui cara menenangkan bayi apabila melalui pengalaman tumbuh gigi.

Artikel berkaitan: Finger Food Untuk Anak Yang Dah Tumbuh Gigi. Hanya 3 Bahan, Cepat & Mudah Disediakan
Risau Anak Tak Nak Makan Bila Tumbuh Gigi? Ini Yang Ibu Ayah Kena Buat Kurangkan Rasa Sakit Si Kecil Masa ‘Teething’
Resipi Superfood Untuk Anak Nak Tumbuh Gigi, Boleh Kuatkan Immune System & Comfort Food Anak!
Tanda bayi tumbuh gigi
Sebelum mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, berikut beberapa gejala yang boleh diperhatikan, terutamanya jika si manja berusia sekitar 6 bulan dan ke atas:
Gusi sakit atau lembut
Air liur meleleh
Mudah meragam
Demam ringan sekitar 37°C
Gemar mengunyah
Cirit-birit
Ruam air liur sekitar mulut
Biasanya gigi pertama yang muncul adalah salah satu gigi kacip di bahagian bawah. Proses pertumbuhan gigi mungkin lebih perlahan bagi sesetengah bayi.
Ini Cara Tenangkan Bayi  Terdapat beberapa kaedah yang boleh ibu bapa cuba untuk melegakan rasa tidak selesa pada gusi yang dialami si manja, seperti:

1. Urut gusi
Memberikan tekanan pada gusi boleh membantu mengurangkan kesakitan. Selepas mencuci tangan, baringkan bayi di atas katil dan urut gusi mereka perlahan-lahan dengan jari.
Ia boleh membantu bayi berehat dan tertidur. Ulangi urutan pada gusi sekali lagi jika bayi terjaga pada waktu tengah malam.
2. Kain lap sejuk, antara cara menenangkan bayi tumbuh gigi
Dapatkan kain lap bersih dan rendam ke dalam air, kemudian perahkan sehingga kain menjadi lembap. Letakkan kain tersebut di dalam peti sejuk – sama ada bahagian bawah atau sejuk beku.
Selepas ia agak sejuk, lipatkan kain lap dan berikan kepada si manja untuk dikunyah. Tetapi jangan biarkan bayi tanpa pengawasan ketika mereka sedang mengunyah sesuatu walaupun hanya kain lap – risiko untuk tercekik masih tinggi.
3. Sejukkan pacifier atau mainan tumbuh gigi
Jika si manja menggunakan puting kosong, ia juga boleh membantu melegakan gusi mereka dengan menyejukkannya. Kesejukan boleh membantu meredakan kebas dan kesakitan.
Langkah yang sama juga boleh dilakukan dengan mainan tumbuh gigi (teething toys). Tetapi elakkan mainan jenis cecair atau mengandungi gel kerana ia berkemungkinan tinggi untuk bocor.
Untuk kedua-dua alat di atas, pastikan anda membersihkannya terlebih dahulu sebelum meletakkan ia di dalam peti sejuk.

4. Hasilkan popsicles susu
Sesetengah bayi mungkin tidak makan atau menyusu kerana ketidakselesaan yang dialami semasa tumbuh gigi.
Untuk mengatasi keadaan ini, cari bekas popsicle bebas BPA dan isikan dengan susu ibu atau susu formula. Jangan lupa untuk memakaikan si manja bib jika anda tidak mahu keadaan menjadi terlalu berselerak.
5. Lapkan lelehan air liur
Anda juga disarankan untuk memakaikan bayi bib semasa mereka dalam fasa pertumbuhan gigi. Ini bagi mengelakkan pakaian mereka menjadi basah kerana lelehan air liur.
Pastikan juga anda mengelap lelehan air liur pada wajah si kecil bagi menghindari daripada berlakunya kerengsaan dan ruam.
6. Sejukkan buah
Jika bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, apa kata anda cuba bekukan beberapa jenis makanan untuk melegakan gusi yang merengsa itu.
Pisang yang dilenyekkan antara idea yang boleh dicuba dan masukkannya ke dalam mesh feeder untuk dihisap si manja. Antara buah lain yang boleh dicuba adalah strawberi, epal dan pir.
Walaupun alat ini boleh mengelakkan daripada bayi tercekik, tetapi pastikan anda sentiasa memantau mereka, okay?
7. Ekstra pelukan, cara menenangkan bayi tumbuh gigi yang penting
Ada kalanya, cara terbaik untuk membantu meredakan ketidakselesaan ini dengan hanya memperbanyakkan pelukan buat si manja. Cuba dukung bayi atau menggunakan carrier dan bawa mereka berjalan sekitar rumah.
Jika anda menyusu badan, berikan si manja masa penyusuan tambahan untuk memberikan keselesaan.
Penting untuk memberikan bayi persekitaran yang tenang bagi membantu mereka berehat dan tidur.

8. Ubat sakit
Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, mungkin anda boleh mencuba langkah terakhir ini. Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat bagi meredakan kesakitan dan membantu bayi tidur.
Namun elakkan gel atau tablet yang mengandung lidocaine atau benzocaine. Ia boleh memudaratkan dan menyebabkan mulut bayi kebas sehingga menimbulkan masalah sukar menelan.
Penjagaan gigi baru bayi
Selain daripada mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, anda juga harus memulakan proses penjagaan gigi si kecil sebaik sahaja ia muncul.
Penting untuk mengelap gigi mereka sebelum tidur dengan menggunakan kain lap bersih yang lembap atau berus gigi bayi berbulu lembut.
Tidak perlu menggunakan sebarang ubat gigi berfluorida sehingga si manja berusia 3 tahun dan sudah pandai untuk berkumur.
Kredit: Hello Doktor
Baca artikel lain: Ini Tanda Bayi Demam Sebab Nak Tumbuh Gigi, Selain Dari Itu Bukan Punca Nak Tumbuh Gigi
Air Liur Bayi Meleleh Tanda nak Tumbuh Gigi? Alert Mama Papa, Ada Bahayanya!
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
The post Anak Merengek, Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi, Ini Cara Tenangkan Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-merengek-meragam-sebab-nak-tumbuh-gigi-ini-cara-tenangkan-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Anak Kecil Atau Bayi Pramatang Jaga Jaga Dengan Jangkitan Rsv Bahaya Susah Bernafas

Ada Anak Kecil Atau Bayi Pramatang Jaga Jaga Dengan Jangkitan Rsv Bahaya Susah Bernafas

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 188 hits
Ibu ayah manalah yang tak susah hati kalau si manja kesayangan jatuh sakit Tambahan pula sekarang ni macam macam jenis penyakit dan virus mudah merebak semakin kerap anak tak sihat Salah satu penyakit yang paling merisaukan adalah Respirato...
6 Tanda Tanda Sembelit Pada Bayi Anda Dan Cara Mengatasinya

6 Tanda Tanda Sembelit Pada Bayi Anda Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 230 hits
6 Tanda tanda Sembelit pada Bayi Anda dan Cara Mengatasinya 5 merupakan satu masalah kesihatan yang sangat lazim di negara kita Terutama di musim panas sembelit sering berlaku kepada semua peringkat umur samada dewasa ataupun kanak kanak Ba...
Anak Menangis Biarkan Saja Sampai Reda Betul Ke Cara Macam Ni Mak Ayah Jangan Tersalah

Anak Menangis Biarkan Saja Sampai Reda Betul Ke Cara Macam Ni Mak Ayah Jangan Tersalah

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 156 hits
Bila anak menangis ada kata kata sumbang supaya membiarkan sahaja anak sehingga anak reda dengan sendirinya Betul ke cara macam ini Hakikatnya menangis adalah tanda dan cara bayi dan anak berkomunikasi dengan ibunya Disebabkan hal itulah bi...
Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri Mak Ayah Boleh Check Guna Cara Ini

Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri Mak Ayah Boleh Check Guna Cara Ini

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 211 hits
Ramai ibu bapa tertanya tanya bagaimana hendak tahu anak lebih dominan menggunakan tangan kanan atau kiri Ini kerana tangan anak sentiasa bertukar tukar penggunaannya mengikut keselesaan Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri Menurut Puan Mahf...
Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki Daler Yusuf Timang Anak Keempat

Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki Daler Yusuf Timang Anak Keempat

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 155 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Daler Yusof yang menimang cahaya mata keempatnya pada Selasa lalu Melalui perkongsian Daler isterinya Sakinah Barukul selamat melahirkan anak keempat melalui pembedahan selepas mengalami pendarahan pada usia k...
Puncanya Kerana Ikhlas Nak Bantu Rakyat Bukan Sakaw Bantu Anak Bini

Puncanya Kerana Ikhlas Nak Bantu Rakyat Bukan Sakaw Bantu Anak Bini

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 274 hits
Che IbrahimMengapa zaman PN dulu harga ayam naik sokmo tapi zaman PMX takdak bunyi
Anak Perempuan Nak Jaga Memang Payah Tapi Kalau Mak Ayah Sabar Ganjaran Syurga Menanti

Anak Perempuan Nak Jaga Memang Payah Tapi Kalau Mak Ayah Sabar Ganjaran Syurga Menanti

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 171 hits
Menjaga memang payah Banyak cabaran yang perlu dilalui Sebenarnya banyak ganjaran pahala yang mak ayah akan dapat bila menyantuni Anak Perempuan Nak Jaga Memang Payah Anak lelaki dan perempuan kedua duanya pun ada cabaran berbeza Yang penti...
Kencing Kotor Bayi Juga Berisiko Mak Ayah Sila Peka Bila Anak Tak Selera Makan Minum Susu

Kencing Kotor Bayi Juga Berisiko Mak Ayah Sila Peka Bila Anak Tak Selera Makan Minum Susu

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 190 hits
Seperti orang dewasa juga berisiko mengalami penyakit Ibu dan ayah perlu lebih peka dengan sebarang perubahan pada anak seperti tiada selera makan dan kurang minum susu Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah seperti bau yang busuk ter...
Anak Anak Tak Suka Makan Mi Kuning Rasa Kapur Kuat Ini Cara Paling Berkesan Hilangkannya

Anak Anak Tak Suka Makan Mi Kuning Rasa Kapur Kuat Ini Cara Paling Berkesan Hilangkannya

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 245 hits
Masalah terbesar ketika menyediakan sepinggan mi goreng kepada anak anak adalah rasa kapurnya yang cukup kuat Silap cara ada anak anak kita langsung tak suka dengan mi kuning Rasa kapur yang ketara dalam bahan kandungan mi kuning ini memang...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya