Anak Menteri India Ditahan Langgar Mati Petani Tunjuk Perasaan
Penduduk kampung melihat kereta yang dikatan melanggar para petani terlibat dalam tunjuk perasaan pada 3 Oktober lalu. – Foto AP
LUCKNOW – Polis menahan anak lelaki kepada seorang menteri dalam kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Sabtu berhubung penglibatannya dalam tunjuk perasaan yang mengorbankan sembilan orang pada 3 Oktober lalu.
Tunjuk perasaan oleh puluhan ribu petani diadakan bagi menentang undang-undang baharu melibatkan aktiviti pertanian di utara negara berkenaan.
Empat petani disahkan meninggal dunia dalam kejadian pada Ahad lalu selepas dilanggar sebuah kereta kepunyaan Menteri Dalam Negeri, Ajay Mishra ketika tunjuk perasaan itu diadakan di Lakhimpur Kheri, Uttar Pradesh.
Saksi kejadian mendakwa anak lelaki Mishra, Ashish berada dalam kenderaan itu ketika kejadian.
Pemandu serta tiga lagi ahli parti politik Parti Bharatiya Janata yang turut berada dalam kenderaan tersebut terbunuh selepas penunjuk perasaan memukul mereka dengan kayu dalam kekecohan yang berlaku susulan perlanggaran tersebut.
Namun Ashish menafikan terlibat dalam kejadian itu.
Sementara itu ketua persatuan petani, Darshan Pal dan ketua parti pembangkang, Akhilesh Singh menggesa kerajaan melucutkan Ajay Mishra daripada barisan kabinet.
Polis turut menemui mayat seorang wartawan tempatan di tempat kejadian namun tidak mendedahkan sebab dia meninggal dunia.
Tunjuk perasaan tercetus selepas kerajaan meluluskan undang-undang berkaitan aktiviti pertanian pada September tahun lalu yang dikatakan akan menjejaskan pendapatan para petani.
Minggu lalu, ribuan petani adakan tunjuk perasaan di New Delhi setahun selepas undang-undang itu diluluskan.
Pihak kerajaan berkata undang-undang tersebut perlu bagi memajukan industri pertanian negara serta meningkatkan produktiviti.
Namun para petani berkata, ia hanya akan menguntungkan syarikat besar kerana terpaksa jual hasil mereka pada harga yang rendah. – Awani
Anak menteri India ditahan langgar mati petani tunjuk perasaan
Baca Artikel Menarik :
Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
Polis siasat individu dakwa 41 guru maut akibat vaksin
The post Anak menteri India ditahan langgar mati petani tunjuk perasaan appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/10/anak-menteri-india-ditahan-langgar-mati-petani-tunjuk-perasaan/