Anak Manja Boleh Jadi Rajin Jika Kena Trik Didikan Mak Ayah Boleh Cuba Trik Psikologi Ini


Anak manja boleh jadi rajin jika kena trik didikan mak ayah, boleh cuba trik psikologi ini. Anak-anak yang manja biasanya paling sukar untuk mak ayah minta pertolongan darinya sehingga kadang-kadang perlu meninggikan suara.
Anak Manja Boleh Jadi Rajin Jika Kena Trik Didikan Mak Ayah Hendak meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau nak anak jadi rajin kenalah dilatih dari awal. Jadi bagaimana caranya ya? Untuk permulaan boleh cuba cara ini.

Boleh Cuba Trik Psikologi Ini 1.Pertandingan kemas rumah
Kanak-kanak memang suka bermain. Mungkin anda boleh lakukan tugasan di rumah sebagai suatu permainan yang menyeronokkan. Misalnya, permainan mengutip barang permainan yang bersepah.
Siapa yang dapat mengumpul barang permainan paling banyak akan menjadi pemenang. Pastinya mereka akan seronok melakukan aktiviti ini bersama adik-beradiknya yang lain.
2.Ganjaran
Ganjaran dikatakan tidak digalakkan untuk kanak-kanak, namun tidak salah sekali kala memberi ganjaran kepada usahanya. Misalnya berjaya menyiapkan tugasan seperti mengemas bilik, lap meja makan dan membuang sampah. Atas kejayaannya anda boleh membawanya ke satu tempat yang menarik, memberinya kek atau makanan kegemarannya.
Dalam pada itu, jangan lupa lihat hasil kerjanya dengan perasaan gembira walaupun ada yang anda tidak puas hati. Apa yang jelas, kanak-kanak akan berasa gembira apabila usahanya dihargai.
Cara ini membuatkan ia berasa bangga dan yakin diri. Sebaliknya akan sedih dan kecewa apabila usahanya tidak dihargai dan mendapat cemuhan daripada anda. Apa yang pasti, dalam usia ini, kanak-kanak sepatutnya dididik supaya menghargai hasil kerjanya.
Artikel lain: Jangan Dukung Bayi Menangis, Nanti Manja. Betul Ke Macam Ni?
Anak Terlampau Manja Mengada-ngada, Ini Punca Mak Ayah Perlu Tahu
Tak Bagi Mandi Air Paip Madammu Seronok Tengok Gelagat Suami Manjakan Anak!

3.Tunjukkan pencapaian kejayaan
Bukan mudah untuk menyuruh anak terutamanya lelaki menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tadikanya. Ada sahaja alasan tidak mahu melakukan kerja sekolah. Oleh itu, anda perlu tunjukkan kepadanya situasi bagaimana kejayaan jika bersikap rajin. Jelaskan juga kesan negatif jika bersikap malas.
Katakan kepadanya, jika adik mahu berjaya menjadi angkasawan atau peguam mesti rajin baca buku dan menyiapkan kerja sekolah. Sebaliknya jika bersikap malas segala cita-cita yang diimpikan tidak akan berjaya.
4.Intonasi suara
Biasanya kanak-kanak yang rajin akan melakukan kerja yang diberi dengan kemas dan penuh keseronokan. Bagi kanak-kanak yang bersikap malas pula, hasil kerjanya tidak memuaskan dan tidak teratur kerana menganggap tugasan itu satu bebanan kepadanya.
OLEH ITU, PASTIKAN INTONASI SUARA ANDA BUKAN KEADAAN MARAH SEMASA MEMBERI ARAHAN. LUMRAH BAGI KANAK-KANAK SUKA APABILA DIRINYA DIBERI ARAHAN DENGAN INTONASI SUARA YANG MESRA. ‘ABANG LONG, BOLEH TOLONG MAMA KEMAS MEJA MAKAN INI SEKARANG.
5.Pujian
Kanak-kanak suka kepada pujian. Selepas selesai melakukan tugasan yang diberi, berikan pujian kepadanya. Lakukan begitu setiap kali berjaya melakukan tugasan dengan baik iaitu mengemas katil, bilik atau permainan yang berselerak. Jelaskan kepada mereka bahawa berjaya melakukan tugasan pada masa yang ditetapkan adalah seorang anak yang baik.

6. Membantu lakukan tugasan
Kadang kala, arahan anda tidak diendahkan oleh anak. Jangan mudah untuk meninggikan suara. Misalnya jika dia tidak mahu mengemas biliknya. Oleh itu, anda perlu melakukan tanpa membebel atau memarahinya. Pada masa yang sama mengajaknya untuk membantu anda.
Tindakan ini adalah cara psikologi supaya anak akan merasa rasa bersalah apabila melihat anda pula yang mengemas biliknya. Lama-kelamaan, cara ini akan membuatkannya berubah sikap mahu melakukan kerja yang diberi oleh anda.
7.Persekitaran bersih
Kaitkan kehidupan dengan persekitaran yang sihat. Jelaskan kepadanya setiap manusia perlu hidup dalam suasana yang ceria dan sihat. Oleh itu, persekitaran rumah perlu bersih. Kaitkan dengan persekitaran yang bersih akan membuatkan badan sihat dan mengelak daripada batuk dan demam.
Oleh itu, untuk menjadikan sihat, seorang itu perlu rajin membersihkan rumah supaya persekitaran bebas daripada bakteria. Badan yang sihat mampu meningkatkan sistem imun badan.
8. Idola pembakar semangat
Kanak-kanak memang terkenal dengan sikap yang suka meniru perwatakan orang lain. Untuk mendidik dirinya bersikap rajin, anda cuba mencari idola yang disukainya. Jelaskan sikap positif idolanya untuk dicontohinya misalnya rajin menolong ibu bapa mengemas rumah.
Beritahu kepadanya bahawa jika bersikap rajin dirinya akan disukai oleh semua orang. Untuk memudahkan anak faham, jelaskan dalam bentuk yang ringkas dan mungkin penceritaan supaya anak anda mudah memahami perwatakan idola kesukaannya.
 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Anak Manja Boleh Jadi Rajin Jika Kena Trik Didikan Mak Ayah, Boleh Cuba Trik Psikologi Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-manja-boleh-jadi-rajin-jika-kena-trik-didikan-mak-ayah-boleh-cuba-trik-psikologi-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Bila Rasa Geram Nak Marah Anak Cubalah Istighfar Banyak Kali Baca Al Fatihah

Mak Ayah Bila Rasa Geram Nak Marah Anak Cubalah Istighfar Banyak Kali Baca Al Fatihah

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 281 hits
Mak ayah bila rasa geram dan nak marah anak cubalah istighfar banyak kali baca Al Fatihah Perhatikan cara didikan ibu ayah semasa marah dan menghukum anak Pastinya tindakan paling spontan yang ibu ayah lakukan adalah terus menjerit dan memu...
Rotavirus Ancam Bayi Kanak Kanak Mak Ayah Jangan Pandang Ringan Bila Anak Cirit Birit

Rotavirus Ancam Bayi Kanak Kanak Mak Ayah Jangan Pandang Ringan Bila Anak Cirit Birit

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 187 hits
Rotavirus ancam Bayi dan kanak kanak mak ayah jangan pandang ringan bila anak cirit birit Rotavirus adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun Gejala gejala jangkitan ini ialah cirit birit...
Waktu Tu Juga Lah Nak Bagi Duit Lelaki Kongsi Perangai Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Jadi Punca Sesak

Waktu Tu Juga Lah Nak Bagi Duit Lelaki Kongsi Perangai Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Jadi Punca Sesak

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 257 hits
Seorang lelaki berkongsi pendapatnya mengenai sikap ibu dan ayah yang menghantar anak ke sekolah setiap pagi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk setiap pagi Dalam hantaran tersebut lelaki itu menyenaraikan 8216 aktiviti 8217...
Nak Marah Tak Boleh Anak Pecahkan Tv Anzalna Suami Hanya Mampu Ketawa

Nak Marah Tak Boleh Anak Pecahkan Tv Anzalna Suami Hanya Mampu Ketawa

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 268 hits
Pelakon Anzalna Nasir hanya mampu ketawa bila mana anaknya memecahkan televisyen di rumah mereka baru baru ini Menerusi Insta Storynya ibu kepada dua cahaya mata ini memuat naik beberapa video mengenai kisah anak keduanya yang memecahkan te...
Pelakon Toq Bergelar Ayah Timang Anak Lelaki 9 Tahun Tunggu Baru Dapat Anak

Pelakon Toq Bergelar Ayah Timang Anak Lelaki 9 Tahun Tunggu Baru Dapat Anak

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 161 hits
Pelakon Toq bergelar ayah timang 9 tahun tunggu baru dapat anak Sembilan tahun menanti penuh sabar untuk menimang pelakon Toq 40 berkongsi berita gembira apabila isterinya Zila Zulkifll selamat melahirkan Pelakon Toq Bergelar Ayah Timang An...
Habis Tu Apa Kisah Mak Dengan Ayah Terkedu Kejap Bila Kakak Dedah Kisah Sebenar

Habis Tu Apa Kisah Mak Dengan Ayah Terkedu Kejap Bila Kakak Dedah Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 124 hits
Aku kerja dekat pusat jagaan warga emas Mula mula masuk pusat ni aku dah nampak hanya orang berduit je boleh hantar mak bapak dorang dekat sini mewah siap ada swimming pool Aku kenal dengan mak dia cerita ada anak 8 orang Aku bayangkan anak...
Sosok Redindo Anak Syl Minta Duit Ke Pejabat Kementan Karier Moncer Sejak Ayah Jadi Gubernur

Sosok Redindo Anak Syl Minta Duit Ke Pejabat Kementan Karier Moncer Sejak Ayah Jadi Gubernur

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 151 hits
Kemal Redindo Syahrul Putra menjadi perhatian setelah namanya disebut dalam persidangan SYL
Pemuda Biadap Anak Guru Rupanya Caprice Beri Duit Pesan Jaga Mak

Pemuda Biadap Anak Guru Rupanya Caprice Beri Duit Pesan Jaga Mak

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 162 hits
Caprice beri duit kepada pemuda biadap yang memaki anaknya Airiel Qashaf di direct message baru baru ini selepas membawanya menunaikan solat di masjid Seram tengok isteri Cap marah Tindakan berkenaan dibuat setelah menemukan pemuda terbabit...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik