Anak Malas Bangun Bersahur Nah Ni 4 Tips Agar Anak Bersemangat Bangun Dan Bersahur Dengan Berselera
assalamualaikum & salam sejahtera..
Ramadhan kedua
sekarang ni saya sedang dgn aman duduk di sofa, kosongkan fikiran dan berikan tumpuan nak taip content ni
sebab apa tetiba suka nak buat tajuk "4 tips agar anak bersemangat bangun dan bersahur dengan berselera"? Disebabkan Izzat. Izzat sgt minat bangun bersahur
sebelum tidur, dia akan bisik ke telinga saya, "ibu jgn lupa kejut Ijat bangun sahur ye. Ijat suka la..."
4 tips agar anak bersemangat bangun dan bersahur dengan berselera cara saya 👇👇👇
PERTAMA : LAUK KEGEMARAN ANAK-ANAKkita mesti maklumkan anak-anak bahawa bersahur ni byk hikmahnya. bangun bersahur ni adalah sunnah Rasullullah
tapi, anak kecik-kecik ni bab tu bukannya dia amik port sgt. yg dia tahu, mengantuk! kenapa dia meti makan pagi-pagi, kan 😄
mlm sebelum tu, kita maklumkan diorang dah apa yg bakal dihidangkan time bersahur nanti
pastikan makanan kesukaan mereka. apa yg mereka nak makan, ibu kena la sediakan
nasib saya baik la sebab Izzat ni suka sambal. ada sambal dan nasi putih, dia dah gembira
KEDUA : LAUK PANAS & AIR PANASpagi-pagi sebelum Subuh tu, nak bersahur tu, makanan kena dipanaskan
air panas. nasi panas. then lauk-pauk kena berhidang cantik atas meja. jgn sambil lewa wahai ibu
nak tackle perasaan anak-anak time diorang tak larat nak buka mata penting, tau
saya akan buat air milo panas atau teh o panas
mr.asben dan anak-anak duduk je di meja makan, terus dituangkan air
aroma panas tu buatkan keadaan jadik fresh tau. then, diorang akan terus slurrrpp air panas tu. double fresh
KETIGA : BANGUN BERSAHUR AWALdlm jam 4:30 pagi, saya dah mula siapkan makanan nak bersahur, letak atas meja makan, kocak air panas
keluarga saya mula bersahur lebih kurang jam 5 pagi. tak terlalu lewat dan tak la awal sgt kan. melewat-lewatkan sahur tu kan dituntut
kini imsak di Melaka sekitar jam 5:44 pagi. maka, lebih kurang 45 minit utk bersahur tu adalah bersesuaian
ada kala kami sempat berborak bersama-sama. makan dgn perlahan-lahan. releks
so, anak-anak tak rasa stress! tak terkejar-kejar nak makan sahur. maka, tak la diorang rasa menyampah nak bangun bersahur
terutama Izzat. dia makan lambat! dia akan makan nasi tu sebutir sebutir. aduhai! cermat je..
KEEMPAT : SEBELUM TIDUR, JANGAN TERLALU KENYANG!style kami, sebaik saje azan berkumandang, kami minum air panas. ada kurma, itulah yg kami jamah dahulu
then, terus kami tunaikan solat maghrib berjemaah
selepas tu barulah kami sekeluarga makan nasi dan lauk-pauk berbuka bersuka ria 😄
time tu lah saya secara tak direct suruh anak-anak makan apa yg ada. minum air suam, no more air manis
isyak. terawikh. sekeluarga solat berjemaah
begitu begini, before kul 10:00, korang makanlah apapun wahai anak-anak. lepas tu saya akan tutup dapur. no more eating ye. rehatkan perut sebelum tidur
biar kelaparan tu hadir menjelang jam 5 pagi nanti
Ramadhan ni sgt istimewa, kan 😍
berbeza dgn bulan-bulan yg lain. lain dari yg lain. jadual seharian kita berbeza
and kali ni kita lalui Ramadhan dalam PKP
sangat istimewa!!
moga 4 tips agar anak bersemangat bangun dan bersahur dengan berselera dari saya ni beri manfaat ye 👍 😍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/04/4-tips-agar-anak-bersemangat-bangun-dan-bersahur-dengan-semangat.html