Anak Makan Tak Henti Seronok Tengok Kena Pantau Kalau Terlebih Takut Obes
Tidak dinafikan sesetengah ibu bapa mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan anak-anak mahu makan. Selain diberikan mainan, ada juga yang membenarkan anak untuk menonton video di telefon pintar atau tablet supaya mereka makan.
Sebenarnya dengan memberikan anak gajet atau mainan begitu, sememangnya ia dapat mengalih perhatian anak dan membolehkan ibu bapa untuk memberinya makan. Pun begitu, ia bukanlah cara yang betul. Ikuti penjelasan dari Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang cara makan yang patut dipraktikkan.
Rawat Anak Obes Agak Mencabar
Antara perkara super mencabar ialah bila kami berhadapan pesakit kanak-kanak berbadan obes.
Nak ambil darah susah. Nak masukkan jarum ke saluran darah untuk berikan ubat atau hidrasikan tubuhnya dengan air, pun sama. Tu yang kadang-kadang berkali-kali terpaksa cucuk sebab salur darahnya tak kelihatan seperti kanak-kanak lain.
Artikel Menarik: [Selain Gosok Gigi, Beri Anak Anda Makan Buah Ada Vitamin C Kalau Nak Gigi Cantik]
Belum cerita lagi, bila jumpa kanak-kanak yang terlampau obes dan berat badan dah hampir macam orang dewasa. Sekali mereka mengamuk, boleh terbang staff kesihatan yang bertubuh kecil. Huhu.
Anak Gemuk Sebab Cara Makan Yang Salah
Biasanya, antara punca budak jadi terlampau gemuk, ialah mak ayah tak ajarkan cara makan yang betul.
Sepatutnya, makan mesti dalam keadaan duduk bertenang. Bukan depan tv, bukan sambil menonton di smartphone atau tablet. Bukan juga masa tengah bermain.
Didik Anak Mengunyah 30-40 Kali
Tapi dalam keadaan benar-benar menikmati makanan serta mengunyah dengan baik. Didik anak untuk kunyah sehingga 30 atau 40 kali untuk pastikan makanan betul-betul hancur dan mudah dihadam.
Bila mereka berjaya ambil masa yang cukup untuk mengunyah, barulah makanan hancur lumat dan kalenjar dalam mulut dapat merembeskan enzim amylase secukupnya. Enzim ni penting tau untuk bantu proses penghadaman.
Hormon Ghrelin Jadikan Kita Terus Nak Makan!
Mengikut kajian, otak perlukan 20 minit untuk terima signal yang perut dah kenyang. Nahas kalau makan tergesa-gesa, perut dah penuh tapi masih belum rasa kenyang sebab otak masih berterusan keluarkan hormon Ghrelin. Ghrelin ni lah yang buatkan rasa lapar dan nak makan lagi.
Akhirnya selalu terlebih portion makan lantas mengakibatkan masalah obesiti.
Berbeza bila anak-anak makan penuh tertib dan perlahan-lahan, ia memberikan masa pada usus kecil menghantar signal pada otak supaya merasa kenyang dan penuh. Porsi makan tak berlebih.
Artikel Menarik: [Boleh Nak Bagi Anak Makan Snek Sihat Tapi Ikut Saranan Daripada Pakar Pemakanan]
Barulah makan jadi suatu proses bermanfaat, bukan mudarat.
Semoga bermanfaat!
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Luqman ini dapat memberi penjelasan kepada ibu bapa tentang cara memberi anak makan yang betul.
The post Anak Makan Tak Henti, Seronok Tengok! Kena Pantau, Kalau Terlebih Takut Obes appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-makan-tak-henti-seronok-tengok-kena-pantau-kalau-terlebih-takut-obes/