Anak Lelaki Ramai Asyik Kena Jadi Singa Je Tapi Itulah Bodyguard Kita Bila Dah Besar Nanti


Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata. Tidak kisahlah sama ada anak lelaki ataupun perempuan, asalkan bayinya sihat sudah cukup membahagiakan. Pun begitu, ramai juga ibu dan ayah mengharapkan agar anak sulung mereka lelaki. Dah namanya rezeki, anak kedua dan seterusnya pun lelaki.
Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang, aktif, lasak dan sukar dijaga. Sebelum anda naik darah, berikut beberapa tip yang ingin Pa&Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka.
Artikel Menarik: [Kalau Anak Bosan, Biarkan. Bosan Akan Jadikan Anak Lebih Kreatif & Bijak]
Sebelum mempunyai anak, kita pastinya mengidamkan anak-anak yang mudah dijaga. Bergelar ibu bapa, kita dengan pantas akan menyedari anak lelaki biasanya bertenaga, agresif dan lebih banyak akalnya berbanding anak perempuan.

Artikel Menarik: [Isteri Banyak ‘Tolak Tepi’ Kemahuannya, Selalu Dulukan Suami & Anak-Anak]

PANTAU TAHAP AGRESIF ANAK
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menunjukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan.

Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak anda untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.
TIDAK PERLU MARAH, CUKUP SEKADAR MENERANGKAN PERKARA YANG HARUS MEREKA TAHU SUPAYA MEREKA FAHAM DAN BUKANNYA MENGELAK DARIPADA MELAKUKANNYA KERANA TAKUT DIMARAHI ANDA.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Bapa terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradik perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.
Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.

TEKANKAN CIRI-CIRI KEBAIKAN DAN SENSITIVITI
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki anda, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh membacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau menggalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
Artikel Lain: [Buat ‘Screen Mirroring’ Dari Telefon Ke TV. Sesuai Bagi Anak Yang Belajar Kelas Online]
MERAIKAN ANAK LELAKI DENGAN KASIH SAYANG DAN PENGHARGAAN JUGA BOLEH MENJADIKAN MEREKA LEBIH MUDAH MENDENGAR KATA.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Sentiasa galakkan anak-anak anda untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu bapa anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang sesuatu hal.

Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan menghakimi tetapi galakkan mereka untuk bercerita dengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan mereka.
BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
JIKA BERMAIN DENGAN AYAH, BANYAKKAN PERMAINAN SURVIVAL. IBU PULA BOLEH BANYAKKAN BERMAIN DENGAN AKTIVITI SKIL HARIAN.

Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Anak Lelaki Ramai, Asyik Kena Jadi Singa Je! Tapi, Itulah ‘Bodyguard’ Kita Bila Dah Besar Nanti appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-lelaki-ramai-asyik-kena-jadi-singa-je-tapi-itulah-bodyguard-kita-bila-dah-besar-nanti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertuah Anak Lelaki Rapat Dengan Ibu Bukan Saja Lebih Pandai Tapi Bagus Peribadinya

Bertuah Anak Lelaki Rapat Dengan Ibu Bukan Saja Lebih Pandai Tapi Bagus Peribadinya

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 299 hits
Anak lelaki kalau dengan ibu dia cukup lemah Lagi lagi bila dipeluk dan diusap kepalanya Sebab itu ramai yang berpendapat anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu Benar karakternya berlainan berbanding anak perempu...
Kesian Usia 3 Tahun Tapi 13 Perkataan Je Boleh Sebut Doktor Kongsi Aktiviti Rangsang Perkembangan Anak

Kesian Usia 3 Tahun Tapi 13 Perkataan Je Boleh Sebut Doktor Kongsi Aktiviti Rangsang Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 390 hits
Ramai ibu bapa yang tertanya tanya apakah cara untuk mengukur kelewatan bahasa bagi anak anak mereka terutama anak yang berusia 3 tahun Menurut perkongsian daripada pada usia 3 tahun sepatutnya kanak kanak boleh menyambung 3 4 patah perkata...
Kesian Ibu Kucing Pindah Anak Tapi Gelabah Lupa Letak Mana Terhibur Hati Netizen

Kesian Ibu Kucing Pindah Anak Tapi Gelabah Lupa Letak Mana Terhibur Hati Netizen

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 382 hits
Kisah seekor ibu kucing yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok bernama NorAzwa mengundang warganet tercuit hati Rasanya pencinta kucing pasti pernah melihat ibu kucing sering mengalih anak anaknya yang masih kecil Begitu jugalah yang...
Video Mak Bising Kerusi Dapur Asyik Hilang Bapa Surprisekan Anak Hantu Pubg Dengan Gaming Chair

Video Mak Bising Kerusi Dapur Asyik Hilang Bapa Surprisekan Anak Hantu Pubg Dengan Gaming Chair

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 287 hits
BAGAIKAN tidak lengkap hidup kaki game bermain permainan video dalam talian tanpa kelengkapan seperti kerusi game atau gaming chair Tanpa disangka sangka seorang anak diberikan kejutan berupa kerusi game pemberian hadiah istimewa daripada b...
Penat Tapi Berbaloi Siapkan Bilik Anak Sepanjang Pkp Fasha Sandha Bangga Dapat Buat Sendiri

Penat Tapi Berbaloi Siapkan Bilik Anak Sepanjang Pkp Fasha Sandha Bangga Dapat Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 348 hits
PKP yang panjang ini sememangnya menambahkan keakraban ahli keluarga tidak terkecuali juga yang mengambil kesempatan untuk sama sama melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk keluarga Sebelum kembali untuk menjalani penggambaran drama s...
Anak Usik Mak Kuat Melatah Sian Mak Penat Tapi Mak Tetap Comel

Anak Usik Mak Kuat Melatah Sian Mak Penat Tapi Mak Tetap Comel

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 197 hits
Setiap dari kita pasti ada yang cepat melatah apabila diusik dan ia bukanya sesuatu yang baru ia seolah memberi hiburan kepada mereka yang melihatnya walaupun keadaan itu memenatkan kepada mereka yang melatah Sakan Dua Beradik ini Usik mak ...
Kami Pun Tak Leh Move On Anak Nana Dah Besar Cvri Tumpuan Peminat

Kami Pun Tak Leh Move On Anak Nana Dah Besar Cvri Tumpuan Peminat

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 248 hits
Penyanyi popular berusia 36 tahun ini mesra disapa dengan panggilan Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias Untuk pengetahuan ramai Nana juga mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Nakhaie Mohd Faizal berusia 1...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint