Anak Lagi Bijak Bila Dapat Main Dekat Luar Jangan Biar Asyik Terperap Dalam Rumah


Bercerita mengenai aktiviti luar, tentu ramai yang bersetuju bahawa udara segar, sinaran matahari serta senaman adalah baik untuk kanak-kanak. Namun, sejauh mana aktiviti luar ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dan mengasah kemahiran mereka.
Puan Norashikin Ahmad, guru Pendidikan awal kanak-kanak dan berpengalaman lebih 14 tahun dalam dunia pra sekolah berkongsi ilmu buat ibu bapa. Menurut Kenneth R.Ginsburg yang diterbitkan dalam jurnal American Academy of Pediatrics menyatakan bahawa bermain merupakan penyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi serta kesejahteraan kanak-kanak.

Kanak-kanak juga digalakkan untuk bermain di luar kerana ruang yang luas. Mereka boleh berlari bebas dan ini membantu mereka tidur dengan lebih lena pada waktu malam dan mengurangkan risiko obesiti.
Pakar perkembangan kanak-kanak pernah mengatakan bahawa kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di luar mempunyai perilaku yang lebih baik, kurang nakal serta lebih mudah dikawal.

Kepentingan Bermain Di Luar
Menurut seorang ahli terapi occupationalpediatrik, Angela Hanscom:
“ Kanak-kanak yang tidak merangkak akan mudah hilang kemahiran mengimbangkan badan. Proses merangkak sebenarnya membantu mengekalkan pergerakan cecair dalam telinga mereka.
“Selain daripada kemahiran merangkak, beliau juga menggalakkan ibu bapa untuk membawa keluar bayi mereka dan membenarkan anak-anak untuk menyentuh rumput. Ini supaya mereka mendapat lebih banyak input sentuhan”.
Oleh demikian, dapat kita katakan aktiviti outdoor seperti ini patut dimulakan sejak awal lagi. Anak kecil di usia setahun dua sepatutnya diberikan masa di luar untuk menyentuh pelbagai objek dan merasai pelbagai jenis rasa sentuhan. Ia adalah penting untuk tumbesaran fizikal mereka. Sudah tentu, pada usia sekecil ini, ibu atau bapa patut ada di sisi untuk menjaganya, tetapi jika anak anda sudah mencapai usia 8 tahun ke atas, dia sepatutnya diizinkan untuk bermain dengan anak jiran serta rakannya yang lain secara bebas.

Melihat dari segi perkembangan anak-anak, aktiviti luar dapat:
* Mendukung pertumbuhan tulang yang sihat di mana sinaran matahari membantu meningkatkan vitamin D pada tubuh yang baik untuk pertumbuhan tulang anak-anak. Selama 10 hingga 15 minit sudah mencukupi anak-anak menerima vitamin D untuk pertumbuhan tulang mereka.
*Menguatkan otot dan tubuh anak-anak selain dapat belajar untuk berkawan dengan rakan sebaya yang baru.
*Dapat melihat alam semulajadi malah meneroka flora dan fauna di sekeliling mereka dan memberikan pengalaman baru yang bermakna buat mereka.
* Aktiviti bermain di luar adalah bebas dan tidak berstruktur, minda mereka akan lebih berkembang kerana mereka perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan – berbanding sekadar menatap skrin televisyen atau gajet. Melalui proses ini, anak-anak belajar untuk membuat keputusan, tindakan, dan menguruskan emosi. Semua ini membantu mereka berasa lebih konfiden.

* Menggalakkan interaksi dan ekspresi emosi yang sihat. Ini disokong oleh pelbagai pemerhatian yang mendapati bahawa anak kecil akan menggunakan 5 kali ganda lebih banyak perkataan semasa bermain di luar rumah berbanding di dalam.
* Aktiviti luar bukan saja menyeronokkan, tetapi ia juga boleh membantu anak untuk menyalurkan tenaga mereka yang ‘tak pernah habis’. Bila tenaga ini dapat disalurkan dengan betul, mereka sebenarnya dapat tidur lebih awal. Sikap agresif dan tantrum merupakan salah satu tindakbalas untuk anak mengeluarkan tenaga dan mengekspresikan perasaan mereka.
* Anak bergerak lebih aktif berbanding duduk diam sahaja dan membantu langkah awal untuk mengelakkan komplikasi penyakit seperti diabetes, serangan jantung, rabun jauh, dan sebagainya.

Masalah Yang Mungkin Akan Berlaku Apabila Kanak-Kanak Kurang Diberi Pendedahan Bermain di Luar
Ramai antara ibu bapa yang tidak sedar bahawa kekangan pergerakan yang diberikan kepada anak-anak, walaupun atas apa sebab sekali pun, boleh membawa banyak keburukan kepada perkembangan minda dan fizikal anak-anak.
Ini kerana kanak-kanak yang tidak atau kurang terdedah kepada aktiviti outdoor akan menjadi lebih lemah dari segi emosi dan fizikal.
Antara kesan yang berlaku kepada anak-anak ini apabila tidak diberi peluang untuk bermain aktiviti luar adalah:
* Tidak dapat membina otot
* Kurang membakar kalori
* Kurang kemahiran mengawal emosi
* Kurang membina kreativiti
* Kurang kemahiran penggunaan minda dan sekaligus, melemahkan kemahiran akademik (kesan jangka panjang)
JANGAN ‘BUNUH’ PERKEMBANGAN ANAK
Mungkin kita tidak menyedari bahawa anak kita selama ini ‘terasing’ daripada alam semulajadi seperti tumbuhan, haiwan, batu-batuan, awan, dan langit. Mereka sepatutnya mampu melempar bola, melompat, berlari, meneroka, menyentuh, dan menikmati masa di luar. Semua ini adalah manfaat bermain di luar yang merangsang perkembangan saraf motorik.
Tak perlu jauh, bermain di halaman rumah atau taman permainan awam pun dah cukup bagi mereka. Walaupun nampak kecil, ia adalah dunia yang serba gergasi untuk mereka terokai.

Pilih Aktiviti Dengan Anak
Bercerita mengenai aktiviti luar, ibu bapa jangan hanya membiarkan anak bermain sendiri. Sebolehnya cari aktiviti luar yang membolehkan ibu dan ayah turut serta supaya selain membentuk kecerdasan, bonding di antara ibu bapa dan anak juga terjalin lebih erat. Peruntukkan hujung minggu untuk pelbagai aktiviti yang menjadi kesukaan anda.
Pilih Berenang
Jika dilihat dari segi aktiviti luar yang melibatkan kemahiran anak-anak seperti berenang, ia merupakan aktiviti fizikal yang tentunya disukai oleh kanak-kanak. Aktiviti ini memberi peluang untuk bermain dengan air dan memberikan manfaat pada anak-anak. Ia banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan fizikal ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
* Tip ibubapa – Bawa anak ke pantai atau kolam di hujung minggu dan bermain serta berenanglah bersama-sama. Mewujudkan permainan sukaneka air bersama juga disarankan untuk menguatkan bonding.
Berkebun Dengan Anak
Selain itu juga, aktiviti yang melibatkan berkebun, anak-anak akan belajar bertanggungjawab, berdisiplin tanpa perlu dipaksa, belajar hargai alam semulajadi, minat dengan sains dan peka terhadap alam semulajadi. Ini semua dapat meningkatkan keyakinan diri anak-anak, menambah pengetahuan sekaligus mencergaskan fizikal dan mental mereka. Jika aktiviti sebegini dapat mengasah kemahiran dan membantu perkembangan kanak-kanak, secara tidak langsung, ia akan menggalakkan lebih banyak aktiviti menyelesaikan masalah (problem solving skill), terutamanya dalam diri anak-anak kecil.
Dalam sebuah artikel yang diterbitkan di The New York Times, penulis buku iBrain:Surviving the Technological Alteration of the Modern Mind, Dr Gary Small mengatakan anak-anak yang menghabiskan terlalu banyak waktu dengan teknologi cenderung mengalami gangguan interaksi serta kebolehan komunikasi. Tidak hairanlah, ia juga dikaitkan dengan masalah speech delay.
* Tip ibubapa – Ajar anak sama-sama menanam pokok dengan anda di rumah, siram dan perhatikan pokok yang ditanam ini sebagai satu semangat serta rasa tanggungjawab.

Jogging
Berjongging misalnya antara aktiviti kardio yang baik untuk kesihatan jantung. Bukan hanya anak, bahkan ibu dan ayah juga boleh turut serta untuk menyihatkan badan. Mahu lebih seronok, bawalah bekalan dan berkelahlah dengan harmoni dan gembira sambil menghirup udara segar.
Menarik: Resipi Cucur Jagung Oat Simple, Sesuai Untuk Anak Tolak Nasi, Wajib Cuba!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Lagi Bijak Bila Dapat Main Dekat Luar, Jangan Biar Asyik Terperap Dalam Rumah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-lagi-bijak-bila-dapat-main-dekat-luar-jangan-biar-asyik-terperap-dalam-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Dukung Selalu Biar Anak Main Sendiri Tip Dr Sheikh Muszaphar Nak Anak Cepat Berdikari Waktu Kecil

Jangan Dukung Selalu Biar Anak Main Sendiri Tip Dr Sheikh Muszaphar Nak Anak Cepat Berdikari Waktu Kecil

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 361 hits
Perkongsian pasangan selebriti Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos mengenai hal keibubapaan sentiasa menjadi perhatian Ada sahaja informasi mengenai anak anak yang dikongsikan pasangan selebriti ini tidak terkecuali men...
Jangan Main Bagi Telur Pada Anak Periksa Dulu Telur Masih Elok Atau Lama Ini Caranya

Jangan Main Bagi Telur Pada Anak Periksa Dulu Telur Masih Elok Atau Lama Ini Caranya

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 361 hits
Anak yang cukup gemar makan telur sememangnya cukup baik Mana tidaknya telur mengandungi cukup banyak khasiat untuk kanak kanak Bila anak menjadi penggemar telur janganlah dilarang kerana terdapat banyak khasiat pada makanan ini khususnya d...
Anak Soleh Next Level Ni Vide0 Ibu Sporting Ikut Anak Lepak Dengan Member Dekat Mamak

Anak Soleh Next Level Ni Vide0 Ibu Sporting Ikut Anak Lepak Dengan Member Dekat Mamak

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 290 hits
Siapa kat sini suka lepak mamak dengan kawan kawan Jarang kita lihat orang lepak mamak duduk satu meja dan semuanya senyap sunyi je kan Melalui video yang baru tular di Tiktok pengguna jiemrv pemuda ini dilihat sedang melepak di kedai mamak...
Anak Muda Jangan Kecewa Dengan Politik Hari Ini Kata Muhyiddin

Anak Muda Jangan Kecewa Dengan Politik Hari Ini Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 351 hits
Golongan muda perlu menjadikan situasi yang sedang atau yang telah berlaku sebagai satu pengajaran menurut Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta golongan belia tidak kecewa dengan senario politik sema...
Video Bini Ado Dah Mana Boleh Nikoh Anak Tegur Ayah Jangan Stalk Perempuan Lain

Video Bini Ado Dah Mana Boleh Nikoh Anak Tegur Ayah Jangan Stalk Perempuan Lain

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 241 hits
Umum mengetahui bahawa kanak2 sekarang ini bukan seperti kanak2 zaman dahulu Kanak2 sekarang lebih matang dari usia kerana mungkin faktor kanak2 sekarang yang waktu kecil lagi sudah dided4hkan dengan pelbagai situasi yang membuatkan pemikir...
Jangan Over Marah Anak Risau Anak Terikut Ikut Gaya Marah Kita Tenang Tenang Saja

Jangan Over Marah Anak Risau Anak Terikut Ikut Gaya Marah Kita Tenang Tenang Saja

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 313 hits
Mak ayah mana yang tidak marah bila anak tidak dengar kata Namun marah ada hadnya janganlah segala kata kesat dihamburkan pada anak Bukan saja anak terkesan bimbang nanti anak akan mengikut cara dan teknik yang sama pada orang lain pula Par...
Bikin Resah Warga Anak Punk Diduga Berasal Dari Luar Aceh Ditertibkan Polisi

Bikin Resah Warga Anak Punk Diduga Berasal Dari Luar Aceh Ditertibkan Polisi

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 206 hits
Beberapa anak punk itu masih berusia cukup muda Bahkan ada yang berusia anak anak yang semestinya memerlukan kasih sayang dan perlindungan dari orang tua
Messy Play Bagus Untuk Anak Ibu Ini Kongsikan Cara Buat Tanah Diy Selamat Buat Main

Messy Play Bagus Untuk Anak Ibu Ini Kongsikan Cara Buat Tanah Diy Selamat Buat Main

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 282 hits
Lumrah untuk anak kecil bermain kan Biasanya mama papa akan belikan toys untuk anak jadi mereka boleh explore dan main puas puas Tapi sebenarnya banyak cara lain yang mama papa boleh buat untuk anak menjadi lebih kreatif bijak dan merangsan...
Video Bini Tua Siap Kirim Duit Anak Hantar Ayah Balik Honeymoon Rumah Isteri Muda

Video Bini Tua Siap Kirim Duit Anak Hantar Ayah Balik Honeymoon Rumah Isteri Muda

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 502 hits
Berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh kerajaan yang membenarkan rakyat untuk merentas negeri ramai yang mengambil peluang untuk balik ke pangkuan keluarga selepas 9 bulan sekatan dilakukan Jika ramai yang balik menemui keluarga masing...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii