Anak Dungun Tempa Kejayaan Hingga Ke Pbb




Pencapaian membanggakan seorang anak jati Terengganu yang memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wajar dijadikan contoh oleh semua golongan muda hari ini.
Dr Salmaan Hussain Inayat Hussain, 52, anak kelahiran Dungun, merupakan satu-satuya pakar dari Malaysia dalam bidang kesan enapan racun makhluk perosak ke atas makanan, yang bertugas untuk PBB sejak tahun 2012.
Sebagai seorang daripada panel pakar Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Dunia (FAO), beliau bertanggungjawab menggariskan tahap selamat kesan enapan racun perosak dalam makanan, di seluruh dunia.
“Tugas saya adalah meneliti data toksikologi racun makhluk perosak yang dihasilkan oleh industri. Contohnya, sesebuah syarikat yang menghasilkan racun serangga, syarikat itu perlu menghantar data kepada WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), dan kami akan kenal pasti berapakah tahap selamat pengambilan racun serangga itu, terhadap makanan,” katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga Ketua Jabatan Pengawasan Produk dan Toksikologi di syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) itu, turut melakar kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di Jabatan Sains Kesihatan Alam Sekitar di ‘School of Public Health’ di Yale University, Amerika Syarikat, dari tahun 2019 hingga 2023.
Mengimbau kembali kehidupan pada masa kecilnya, Salmaan Hussain seakan tidak percaya beroleh kejayaan seperti hari ini, kerana prestasi pembelajarannya semasa sekolah pada mulanya tidaklah begitu memberangsangkan.
Katanya, selepas pemergian secara mengejut bapanya Inayat Hussain Amir Mohammad, ketika beliau berusia tujuh tahun, ibunya Rais Fatima Abdul Razak, 79, yang hanya seorang suri rumah, bersendirian membesarkan dirinya bersama empat adik-beradik yang lain.
“Selepas ayah meninggal dunia, saya hilang semangat untuk ke sekolah. Pada waktu itu saya malas dan sering ponteng sekolah. Yang saya tahu hanyalah berbasikal dengan kawan. Saya pernah berbasikal dari Dungun ke Kuala Terengganu, dan boleh dikatakan pada waktu itu, agak nakallah,” katanya.
Namun, segalanya berubah ketika beliau menginjak ke usia remaja, selepas abang sulungnya Dr Anis Ahmad yang ketika itu mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD), menyuntik semangat dan membimbingnya dalam pelajaran terutama subjek Sains dan Matematik.
Lantaran itu Salman Hussain mula menunjukkan prestasi cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan seterusnya menjadi pelajar terbaik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Dungun.
Sebaik berjaya menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Farmakologi, beliau tidak menoleh ke belakang lagi sehinggalah memperoleh PhD dalam bidang toksikologi.
“Saya berpegang kepada prinsip, untuk berjaya, seseorang itu perlu mempunyai keazaman yang tinggi di samping sentiasa berfikir positif.
“Sekiranya kita fikir kita sedang gagal, kita kena ingat kegagalan itu bukan untuk selamanya. Ia adalah cabaran untuk diatasi demi mencapai kejayaan,” katanya.
Ditanya mengenai perkembangan bidang toksikologi di Malaysia, Salmaan Hussain berkata, ia masih belum berkembang luas di negara ini, yang mana kebanyakan syarikat di Malaysia masih belum mempunyai ahli toksikologi, yang berkhidmat secara tetap.
“Di PETRONAS pasukan saya (Jabatan Pengawasan Produk &Toksikologi) mempunyai 12 kakitangan termasuk empat ahli toksikologi. Segelintir syarikat seperti syarikat makanan atau kosmetik, mungkin mempunyai seorang atau dua orang ahli toksikologi. Tetapi di luar negara kebanyakan syarikat yang berkaitan bahan kimia, mempunyai ramai ahli toksikologi,” katanya.
- Bernama
MR :  Abang dia lagi hebat, saing aku. Salman semasa sekolah dulu suka tidur dalam kelas


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/anak-dungun-tempa-kejayaan-hingga-ke-pbb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pbb Imunisasi Terhambat Oleh Pandemi 80 Juta Anak Dalam Risiko

Pbb Imunisasi Terhambat Oleh Pandemi 80 Juta Anak Dalam Risiko

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 333 hits
JENEWA Sekitar 80 juta anak di seluruh dunia dapat menghadapi risiko penyakit difteri campak dan polio karena gangguan pada program imunisasi rutin selama pandemi COVID 19 kata badan PBB dan aliansi vaksin GAVI hari Jumat Penyakit penyakit ...
12 Fakta Anak Kidal Yang Ibu Bapa Mesti Tahu

12 Fakta Anak Kidal Yang Ibu Bapa Mesti Tahu

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 788 hits
Berikut adalah fakta mengenai anak kidal 1 Otak kanan lebih dominan2 Kreatif dan rajin3 Kadang kadang tulis terbalik 4 Kidal bukan sejenis penyakit5 Ramai yang hebat dalam sukan dan muzik6 Kerap tertukar tangan kiri semasa makan Ibu bapa ke...
Anak Yatim Tetap Dirai

Anak Yatim Tetap Dirai

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 319 hits
Oleh Adli MohamadDUNGUN 18 Mei Seramai 135 anak yatim dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Besi diraikan sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi walaupun negara menjalani kehidupan dengan norma baru disebabkan Pandemik COVID 19 Anak anak y...
Blok Nombor Tak Bagi Jumpa Anak Erin Tak Nak Ada Kaitan Dengan Da I Farhan

Blok Nombor Tak Bagi Jumpa Anak Erin Tak Nak Ada Kaitan Dengan Da I Farhan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 499 hits
Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby Bila dia cakap begitu memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini Bekas isteri Da i Farhan Noorainul Naqim Mohd Radzi yang lebih dikenali sebagai Erin nekad tidak mahu bekas suami be...
Kerajaan Kaji Hukuman Kepada Ibu Bapa Degil Bawa Anak Kecil Membeli Belah

Kerajaan Kaji Hukuman Kepada Ibu Bapa Degil Bawa Anak Kecil Membeli Belah

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 349 hits
PUTRAJAYA Kerajaan akan mengkaji tindakan undang undang boleh dikenakan terhadap ibu bapa yang membawa anak kecil keluar membeli belah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbinc...
Dr Erin Sekat Nombor Da I Farhan Tak Bagi Jumpa Anak Selepas Lahir

Dr Erin Sekat Nombor Da I Farhan Tak Bagi Jumpa Anak Selepas Lahir

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 385 hits
Selepas diceraikan ketika sedang hamil cahaya mata pertama mereka Dr Erin memberitahu dia dan bekas suaminya Da i Farhan tidak lagi berhubung Malah Erin berkata dia juga sudah menyekat nombor telefon bekas suaminya itu Ujarnya dia lebih ten...
Ajak Anak Makan Nasi Dengan Cara Tersembunyi Resipi Bebola Nasi Paling Ringkas Dan Mudah Dibuat

Ajak Anak Makan Nasi Dengan Cara Tersembunyi Resipi Bebola Nasi Paling Ringkas Dan Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 453 hits
Dek kerana susah hati kerana anaknya tidak mahu makan nasi ibu ini berusaha untuk memancing selera anaknya dengan resipi bebola nasi Tidaklah sukar untuk dibuat dan boleh disediakan dengan menggunakan bahan asas di dapur Jika anda juga memp...
Ada Cara Nak Mencegah Kerosakan Gigi Pada Anak Lepas Ni Tiada Lagi Gigi Rongak Atau Berlubang

Ada Cara Nak Mencegah Kerosakan Gigi Pada Anak Lepas Ni Tiada Lagi Gigi Rongak Atau Berlubang

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 405 hits
Masalah gigi rongak gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak kanak Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang Masalah kerosakan gigi pada kanak kanak ini berlaku diseb...
Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Stacy Kisah Dongeng Chord

Sumber Pendapatan Pelbagai Bersara Muda Dan Selesa

Maximising Visual Impact How Large Format Porcelain Enhances Spatial Perception

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area

More Bullying Complaints At Mrsms Coming In Says Asyraf

Poland Will Get A Chunk Of Ukraine