
CARA CUCI TEDDY BEAR & PLUSHY
Antara perkara kena buat akhir² tahun camni termasuk ler pilih barang² mainan, patung lembut (plushy) dak Fydh & asingkan yang mana dah rosak/nak buang, mana yang nak give away, etc.
. Tu belum lagi yang nenek & makcik² dak Fydh ni bagi. Sebelum ni dah banyak gak bagi kat orang, yang ada ni pun nak pilih² untuk give away gak. Ekeke.. Dalam banyak² tu sebenarnya ada 3 jer yang dia betul² sayang — bunny pemberian neneknya masa baby dulu, teddy putih (untuk peluk² dalam kete) & gak plushy kucing.
. Saya memang kerap basuh sebab bunny tu la yang dia selalu gomol, dipelukcium, lap tangan & mulut bagai. Pendek kata pakej all in 1 ler
. Since teddy & plushy lain saya simpan dalam storage box & Fydh pun jarang nak main.. saya hanya cuci bila kena kotoran atau sebelum nak bagi orang.
.
Pada label dinyatakan langsung tak boleh dibasuh – bermakna teddy tu hanya boleh dicuci dengan cucian kering jer
Hanya surface cleaning — perlu cuci permukaan teddy dengan kain lembap je
Teddy daripada wool (benang bulu biri²)
Plushy yang mengandungi foam beads/poly beads (butiran styrofoam)
Teddy/plushy yang koyak. Kalau nak basuh mesin, pastikan bahagian yang koyak dijahit dulu supaya isi dalam tak terburai lak.
Sebaik²nya gunakan mesh bag/laundry net untuk extra protection. Kalau takde sangat, gunakan sarung bantal pun boleh.
Gunakan setting cucian air sejuk/suam je. (ala kalau korang basuh dengan tangan pun guna air sejuk je pun
)
Gunakan setting/program/kitaran yang paling lembut & sekejap.
Jangan spin untuk elak teddy/plushy rosak
Gunakan sikit jer sabun pencuci yang lembut, lagi bagus kalau guna sabun pencuci untuk pakaian bayi jer. Jangan guna sabun pencuci yang kuat atau jenis gel macam daiya, dynamo, breeze, etc.
Jangan gunakan pelembut fabrik. Bahan kimia dalam pelembut fabrik boleh merosakkan tekstur bulu teddy/plushy.
Optional — boleh gantikan pelembut fabrik dengan ½ cawan cuka. Cuka bukan jer berfungsi sebagai pelembut fabrik (tanpa bahan kimia!
) tapi dalam masa yang sama boleh kurangkan sisa² sabun pencuci (incase korang terletak banyak). Saya tambahkan 2-3 titik essential oil sebab nak bau wangi

Perah teddy/plushy gunakan tangan setakat yang boleh. Kemudian lapkan teddy dengan tuala/kain bersih untuk serap lebihan air lak. Dengan cara ni, teddy/plushy korang akan lebih cepat kering nanti.
Kalau boleh, jemur teddy dengan cara letakkan diatas jaringan/ampaian (kaedah pengeringan — kering rata/titis kering). Teddy yang basah agak berat, jika digantung dikhuatiri boleh merosakkan tekstur lak.
Optional — Lepas jemur dalam sejam–2, boleh perah lebihan air pada bahagian kaki/badan supaya cepat sikit kering.
Bila dah kering, kalau korang rajin sikat ler bulu teddy bear untuk gebukan.

|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |