Selepas habis menduduki peperiksaan SPM tahun lepas, anak bongsuku ini bekerja dengan 'food truck' di Bukit Ampang View Point. Waktu kerjanya lebihkurang dari jam 9.00 malam hingga 4.30 pagi. Selalunya dia akan sampai di rumah antara 5.00 hingga 6.00 pagi. Kadangkala dia singgah makan di mana-mana atau singgah sekejap di cyber cafe. Dia akan bagitahu di mana dia berada bila ditanya.
Waktu aku masuk melihatnya, anakku masih mamai dan baru lepas muntah. Dia memang tak ingat apa-apa...
Selepas 12 jam dipantau di wad kecemasan, dia dimasukkan ke wad pembedahan untuk pemantauan seterusnya kerana dibimbangi berlaku sesuatu di dalam tubuhnya. Hasil keputusan x-ray dan CT Scan, tidak menunjukkan ada sebarang keretakan atau patah tulang. Alhamdulillah.
Setahun yang lalu, aku menunggu abangnya di hospital yang sama kerana masalah selepas pembedahan. Kali ini menjaga adik pula. Ingat boleh lena? Tambahan bila doktor yang datang menyatakan hasil ujian CT Scan yang baru didapati pada malam itu menunjukkan ada sedikit pendarahan di dalam kepalanya sebelah kanan. AllahhuAkbar...
Lelaki Cina yang menunggu ayahnya di katil berdekatan menyarankan agar aku mengambil 'kerusi malas' di bilik yang disediakan agar aku boleh berehat (tidur) dengan lebih selesa.
5.45 pagi dia kemalangan, 5.45 petang baru masuk wad
Luka di bahagian bahu, pinggang dan pergelangan kaki (buku lali). Gambar ini selepas aku salinkan pakaiannya tanpa mandi. Alhamdulillah dia boleh tidur lena.
Selepas lebih 24 jam dipuasakan dan dia sangat lapar, aku beri dia makan roti. Habis sebuku roti itu. Aku papah dia ke bilik air untuk kencing (sebelumnya dipasang saluran untuk kencing kerana dia tidak berupaya untuk bangun).|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |