Bah Malaysia Terima Bantuan 40 Tan Pertama Dari Pakistan


 
Pakistan akan hantar bantuan keseluruhan 80 tan susulan hasrat Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif meringankan beban rakyat Malaysia terkesan banjir. (Gambar Facebook Wisma Putra)
SEPANG: Pesawat kargo khas dari Pakistan membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Pesawat disewa khas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, Pakistan pada 5.30 pagi (waktu Pakistan) dan melibatkan perjalanan sejauh 4,437km.
Penerbangan pesawat kargo itu antara lain membawa barangan sebanyak 40 tan meliputi selimut, khemah keluarga, beg tidur, jaket keselamatan, dan tikar bagi mangsa banjir di seluruh negara.
Inisiatif berkenaan susulan hasrat yang dizahirkan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif bagi menghantar sumbangan meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir sebagai tanda solidariti dan kebersamaan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu dizahirkan rakan sejawatnya menerusi perbualan telefon pada petang 30 Nov lalu, dan Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Syed Ahsan Raza Shah, berkata langkah itu sebagai respons kepada bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia dan bantuan berkenaan mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara.
“Sebaik sahaja perdana menteri Pakistan mengetahui tentang banjir yang menjejaskan enam atau tujuh negeri, dan terdapat banyak kerosakan, harta benda dan nyawa, beliau bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim … bukan hanya untuk menyampaikan simpati dan dukungan kerajaan dan rakyat Pakistan, tetapi juga berhasrat untuk mengambil bahagian dalam sokongan ini.
“(Bantuan kemanusiaan) ini ialah refleksi dan manisfetasi (keprihatinan Pakistan), sumbangan ini tanda sokongan kecil kami kepada saudara di Malaysia, untuk membantu kerajaan Malaysia dalam usaha bantuan kepada negeri-negeri yang terjejas sehingga mengalami banyak kerugian,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas pesawat khas yang membawa bekalan bantuan itu mendarat.
Beliau turut mengucapkan penghargaan atas kerjasama daripada agensi Malaysia, terutamanya Wisma Putra, dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) atas sokongan tidak berbelah bahagi dan dedikasi mereka yang membolehkan bantuan ini disampaikan tepat pada masanya.
“Sudah tentu setiap kali perkara sebegini berlaku di Pakistan, bencana alam (dan sebagainya), kami sentiasa menerima bantuan daripada saudara di Malaysia. Hari ini ialah bantuan kecil kami yang mencerminkan hubungan erat antara dua negara dan berterima kasih atas sokongan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Nadma, Meor Ismail Meor Akim, berkata jumlah sumbangan diterima dari Pakistan adalah sebanyak 80 tan dan pesawat kargo yang akan membawa sumbangan peringkat kedua akan tiba di negara pada 11 Dis dengan muatan 40 tan (barangan sama).
Beliau berkata, Nadma telah membuat persediaan rapi bagi menerima sumbangan terbabit dengan kerjasama National Disaster Management Authority (Pakistan) bersama agensi kerajaan lain antaranya Wisma Putra, Kementerian Pertahanan, dan polis.
Ditanya mengenai kaedah pengagihan sumbangan itu, beliau berkata perkara itu akan diputuskan kelak selepas mesyuarat koordinasi diadakan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/bah-malaysia-terima-bantuan-40-tan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inisiatif Makmur Pahang Rakyat Akan Terima Pelbagai Insentif Dan Bantuan Menerusi Belanjawan 2025

Inisiatif Makmur Pahang Rakyat Akan Terima Pelbagai Insentif Dan Bantuan Menerusi Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 130 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menerusi Belanjawan 2025 akan meneruskan pemberian insentif dan bantuan kepada rakyat untuk membantu meringankan beban mereka Bertemakan Prestasi Dipertingkat Kemakmuran Dipertahan ia menjadi teras utama kepad...
Terima Panggilan Dari Presiden Pakistan

Terima Panggilan Dari Presiden Pakistan

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 82 hits
Petang tadi saya menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat dari Pakistan Shehbaz Sharif yang menzahirkan simpati kepada Malaysia yang diuji dengan musibah banjir PM Shehbaz mendoakan perlindungan dan kesejahteraan kepada lebih 140 0...
Fuziah Sangkal Dakwaan Mangsa Banjir Perlu Daftar Sebagai Ahli Parti Untuk Terima Bantuan Pkr

Fuziah Sangkal Dakwaan Mangsa Banjir Perlu Daftar Sebagai Ahli Parti Untuk Terima Bantuan Pkr

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 181 hits
PETALING JAYA Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh sangkal dakwaan bahawa mangsa banjir perlu mendaftar sebagai ahli bagi mendapatkan bantuan daripada partinya Fuziah berkata dakwaan bahawa PKR mempolitikkan bantuan untuk mangsa banjir adalah...
Selamatkan Nyawa Mangsa Bot Karam Chazynash Terima Penghargaan Maritim Malaysia

Selamatkan Nyawa Mangsa Bot Karam Chazynash Terima Penghargaan Maritim Malaysia

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 116 hits
Personaliti media sosial Syed Fernarsh Syed Badlishah atau lebih dikenali Chazynash terima penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution baru baru ini Ia diberi se
Titah Adendum Nizar Dakwa Terima Dokumen Daripada Istana Pahang Sebagai Bukti Tambahan Baharu

Titah Adendum Nizar Dakwa Terima Dokumen Daripada Istana Pahang Sebagai Bukti Tambahan Baharu

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 223 hits
PUTRAJAYA Anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Datuk Mohamad Nizar didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum Bercakap kepada p...
Zahnita Terima Tempahan 3 000 Pai Bisnes Pai Home Made Makin Dapat Perhatian

Zahnita Terima Tempahan 3 000 Pai Bisnes Pai Home Made Makin Dapat Perhatian

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 131 hits
Nampaknya banyak syarikat penerbangan murah berebut rebut menarik perhatian pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka Kadang harga ditawarkan nampak seperti tak masuk akal tetapi bagi pelanggan memang sukalah sebab dapat terbang ke de...
Lima Staf Hospital Kerajaan Didakwa Terima Rasuah Pengurusan Mayat

Lima Staf Hospital Kerajaan Didakwa Terima Rasuah Pengurusan Mayat

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 101 hits
NOR SHAFAWATI YUPSeramai lima penjawat awam yang bertugas di Jabatan Forensik sebuah hospital kerajaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM600 hingga RM2 250 daripada syarikat berkaitan pe...
Dewi Perssik Akui Ramai Lelaki Tidak Dikenali Ajak Kahwin Selain Terima Surat Ada Yang Melanc P Di Pagar Rumah

Dewi Perssik Akui Ramai Lelaki Tidak Dikenali Ajak Kahwin Selain Terima Surat Ada Yang Melanc P Di Pagar Rumah

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 201 hits
Penyanyi dangdut Indonesia Dewi Perssik mendedahkan satu pengalaman ngerinya apabila menerima banyak surat daripada lelaki tidak dikenali terutamanya mereka yang berstatus duda Dalam surat yang diterima itu kebanyakan mereka mahu mengajakny...
Roti John Air Tangan Anak Anak

Maksud Bailout

Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina

Nanasheme Kau Yang Ku Sayang Chord

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Drama Demam Viral

Gagal Sertai Liga Malaysia Musim Depan Peminat Sri Pahang Anggap Final Piala Malaysia Tak Lagi Bermakna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Rompak Cari Duit Raya

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar