Anak Baru 2 Dah Kecoh


KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK, MAK SEKARANG ANAK BARU DUA DAH KECOH?
Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Saya paling anti kalau kenyataan ini. 
'Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru tiga dah macam tak cukup tangan?'
Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza

Zaman saya kecil-kecil dulu. Sekitar umur 5 - 6 tahun camtu, saya sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik-beradik

Keluar selepas asar, sebelum Maghrib balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar. Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan dah tertidur sendirinya.

Anak dua tapi macam 10 orang rasanya ! Hehe..

Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Pergi dan balik kerja dengan senang hati. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak

Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah? Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah.Sebab dia tau, penat main, anak-nak confirm balik makan

Anak perempuan dia main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak pernah risau. Sebab anak perempuan dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata

Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi pasar, tunjuk list, orang kedai bagi barang. Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebihla. 
Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta,tapi pakcik perebet kejut je, adik..sampai rumah dahni

Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar

Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain

Anak nak keluar main sendiri depan rumah risau sangat. Kereta banyak, motor banyak. Anak pulak baru belajar kayuh basikal, kadang jatuh kadang terlajak. Mak sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau

Maka, bila dalam rumah, mak stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan

Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak perempuan, anak jiran lelaki. Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advance. Budak dulu-dulu kalau main kawin-kawin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kawin-kawin kadang memang 'kawin' terus. Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapur, mak nak pantau kat luar anak-anak ni bergaul macam mana

Mak nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang mak risau. Sahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali sekala bawa ke taman, tapi itula, jeling mata tak pernah lepas. Risau.Risau. Risau. Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas

Mak nak anak balik sekolah sendiri?Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambil dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagar sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sape-sape.

Bagi CN cukup kot 2 orang setakat ni! 

Dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah

Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear,sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan.Mak tak risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang

Mak sekarang
Anak dalam rumah pun orang intai lagi! 
10 ANAK ZAMAN MAK DULU, DAH TAK SAMA DENGAN TIGA ANAK ZAMAN SEKARANG.
Inilah coretan copypaste dari FB. Benar ! Zaman dulu dengan sekarang sangat berbeza. Cara pendidikan pun turut berbeza. CN baru 2 anak pun rasa semput! Selalu cakap dengan suami, zaman sekarang bukan kuantiti kayu ukuran tapi kualiti setiap anak tu! Biarlah anak sikit tapi berkualiti.

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cekgunorazimah.com/2019/01/anak-baru-2-dah-kecoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Solat Anak Duduk Depan Menangis 3 Tip Ini Membantu Ibu Ayah Solat Dengan Tenang

Baru Solat Anak Duduk Depan Menangis 3 Tip Ini Membantu Ibu Ayah Solat Dengan Tenang

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 977 hits
Solat yang khusyuk tercapai apabila hati fikiran perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat Semasa solat itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah Tapi ada waktu tertentu kita...
Buat 4 Perkara Ini Masa Peluk Anak Baru Kesannya Anak Dapat Rasa Lebih Tenang Lembut Hati

Buat 4 Perkara Ini Masa Peluk Anak Baru Kesannya Anak Dapat Rasa Lebih Tenang Lembut Hati

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 452 hits
Kuasa pelukan tiada siapa boleh nafikan boleh membentuk anak menjadi lebih tenang dan lembut hati Syaratnya perlu lakukan beberapa perkara ini supaya pelukan lebih berkesan Pelukan cara menyatakan kasih sayang yang digunakan oleh seluruh la...
Melawat Anak Buah Baru

Melawat Anak Buah Baru

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 461 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah syukur kepada Allah perancangan KK untuk ke Kemaman pagi tadi berjalan dengan lancar sekaliBalik petang tadi dah dapatlah juga pusing pusing sambil membuai kenangan dulu hahaha siapa tak s...
Dulu Kata Baru Kahwin Takkan Terus Dapat Anak

Dulu Kata Baru Kahwin Takkan Terus Dapat Anak

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 645 hits
PRK CAMERON Bekas perdana menteri Najib Razak tekal meneruskan serangan sinisnya terhadap PH Kali ini beliau menyindir kegagalan kerajaan dalam menunaikan manifesto mereka dengan analogi baru Bercakap di Kampung Lubuk Kulit di Padang Tengku...
Tengok Jauh Jauh Nubhan Kongsi Sikap Anak Sulungnya Tak Boleh Terima Adik Baru

Tengok Jauh Jauh Nubhan Kongsi Sikap Anak Sulungnya Tak Boleh Terima Adik Baru

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 626 hits
Kehadiran anak kedua yang juga bayi lelaki kepada penyanyi Nubhan Ahmad dan isterinya Dr Afifah Tawfek pada 19 Januari lalu menjadi pelengkap rumah tangga mereka selepas mempunyai anak perempuan Aafiya Kamilia yang kini berusia dua tahun Ba...
Baru Usia 6 Tahun Tapi Dah Sangat Biadap Tak Pernah Ditegur Dari Kecil Anak Boleh Rosak Masa Depan

Baru Usia 6 Tahun Tapi Dah Sangat Biadap Tak Pernah Ditegur Dari Kecil Anak Boleh Rosak Masa Depan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 596 hits
Pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya sesuai untuk menggambarkan bahawa didikan setiap orang harus bermula sejak dari kecil Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak kanak kebiasaannya apabila dewa...
Mudah Sangat Ajar Anak Bercakap Buat Hari Hari Tip Ni Baru Nampak Hasilnya

Mudah Sangat Ajar Anak Bercakap Buat Hari Hari Tip Ni Baru Nampak Hasilnya

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 423 hits
Kadang kadang kita sebagai ibu bapa tiada idea untuk nak ajar anak bercakap Alasannya nanti bila cakap banyak anak tak faham lagi Jadi cara paling mudah ibu bapa buat adalah dengan tunjukkan buku sebut ABC 123 bagi anak mewarna dan tunjukka...
3 Tips Elak Rasa Homesick Anak Baru Masuk Sekolah Asrama

3 Tips Elak Rasa Homesick Anak Baru Masuk Sekolah Asrama

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 780 hits
Alhamdulillah anak saya yang sulong iaitu Amri kini berada di tingkatan 3 di Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab Nibong Tebal Sekarang Amri telah diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah untuk memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah Agak kura...
Anak Buah Baru Nur Tiara Safiyya Bt Mohamad Tarmizi

Anak Buah Baru Nur Tiara Safiyya Bt Mohamad Tarmizi

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 597 hits
Hi korang 16 Jan 2019 yang lepas lahirlah anak buah yang ditunggu tunggu kelahirannya mana taknya dh delay 8 hari kot masa tu deadline dia lahir 8 Jan 2019 lewat seminggu alhamdulillah baby dan dbunya selamat cuma ibunya kena kenyak la jahi...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Masjid 99 Kubah Asmaul Husna Makassar Sulawesi

Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024