Amukan Gajah Di Perak Serang Keretapi



Sungai Kerawai yang terletak di Teluk Intan, Perak, telah terpalit dalam lipatan sejarah pengangkutan di Malaysia kerana di kawasan inilah, sekumpulan gajah telah menyerang gerabak kereta api penumpang secara bertentangan. Apa yang menakjubkan, peristiwa berdarah yang berlaku lebih seabad lalu itu dikatakan bermotifkan dendam.
Sejarah sistem rel di Tanah Melayu telah membuka lembarannya pada 1 Jun 1885 apabila jalan kereta api yang pertama, menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang), telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low – Residen Perak ketika itu. Tujuan utama aliran itu dibina adalah untuk menghubungkan kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld.
Tidak berhenti di situ, pihak British seterusnya membina laluan kereta api di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Sehinggalah pada tahun 1905, landasan kereta api dari utara ke selatan siap dibina sepenuhnya yang menghubungkan stesen Butterworth ke Melaka.
Pada peringkat awal sistem pengangkutan ini beroperasi, iaitu ketika zaman sebelum merdeka, ia sering menerima ancaman dan serangan luar jangkaan. Bukan sekadar serbuan daripada pengganas komunis, tetapi juga ancaman daripada haiwan liar. Paling tragis, serangan sekumpulan gajah yang naik minyak dan mengamuk dengan menyerang kereta api yang sedang meluncur laju di atas landasan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail, kejadian tersebut berlaku pada tahun 1894, membabitkan perjalanan kereta api penumpang dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Lumpur. Kereta api wap itu membawa tiga gerabak penumpang yang kebanyakannya terdiri daripada saudagar serta tauke lombong yang baru pulang meninjau beberapa lokasi perlombongan di Perak.
Sebaik tiba di Teluk Anson – kini dikenali sebagai Teluk Intan - kereta api yang dipandu oleh seorang warga Inggeris itu diserang oleh seekor gajah jantan bersama sekawan gajah lain yang menunggu di laluan kereta api. Gajah jantan tersebut telah merempuh kereta api yang sedang bergerak itu secara berhadapan – dengan cara menyondol.
Rempuhan itu telah menghasilkan momentum yang amat kuat sehingga kereta api berkenaan tergelincir dan gerabaknya terkeluar daripada landasan. Beberapa batang besi rel juga turut tercabut serta patah.
Ketika kejadian, kereta api berkuasa wap itu dipandu antara 40 hingga 50 batu sejam dan ia dianggap laju bagi keupayaan enjin kelas wap. Menurut Ibrahim, model kereta api wap yang terbabit dalam rempuhan gajah itu adalah sama dengan model kereta api yang dipamerkan di Muzium Negara ketika ini.
Dengan muatan tiga gerabak penumpang yang mempunyai kelajuan seperti itu, sukar untuk dibayangkan kekuatan seekor gajah yang mampu ‘menumpaskan’ sebuah kereta api.
Berdasarkan kepada cerita lisan, gajah jantan berkenaan dikatakan mempunyai susuk yang besar, lebih besar daripada gerabak kereta api. Penduduk setempat percaya, gajah jantan itu mengamuk untuk menuntut bela di atas kematian anaknya yang dirempuh kereta api di kawasan yang sama, beberapa tahun sebelum itu.
Kemudian pada tahun 1888, seekor gajah betina pula maut dilanggar kereta api ketika menyelamatkan sekumpulan gajah lain yang sedang melintasi laluan rel. Dikatakan, gajah betina itu merupakan anak kepada gajah jantan tersebut.
Jelas Ibrahim lagi, gajah sememangnya dikenali antara haiwan yang sangat pantang atau terlalu sensitif melihat cahaya pada waktu malam. Secara kebetulan, kejadian itu juga berlaku antara lewat petang dan senja, iaitu sekitar pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Hutan tebal yang menyelubungi kawasan tersebut menjadikan suasana sekeliling agak gelap.
Bagaimanapun, akibat rempuhan yang sangat kuat secara berdepan, gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Dua orang pekerja kereta api warga India turut terbunuh. Manakala penumpang lain yang menaiki gerabak belakang hanya mengalami kecederaan ringan.
Sehingga kini, kejadian tersebut masih diingati oleh penduduk di sekitar Teluk Intan, Perak. Bagi memperingati sejarah tersebut, tengkorak gajah terbabit telah diawet dan disimpan di Muzium Perak yang terletak di bandar Taiping untuk tatapan umum. Tulang paha gajah itu ditempatkan di Muzium KTMB, manakala gadingnya difahamkan telah dibawa pulang ke England oleh pihak British ketika itu.





<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://iniceritadunia.blogspot.com/2022/04/amukan-gajah-di-perak-serang-keretapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Dapat Baki Gaji Lelaki Guna Kapak Pisau Lipat Serang Bos

Tak Dapat Baki Gaji Lelaki Guna Kapak Pisau Lipat Serang Bos

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 153 hits
Polis berkata mangsa berusia 67 tahun itu yang diserang dengan kapak dan pisau lipat tidak mengalami kecederaan serius dan dirawat sebagai pesakit luar PETALING JAYA Seorang lelaki menyerang majikannya dengan kapak dan pisau lipat kerana be...
Pemandu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Cedera Di Serang Lelaki Berparang Di Bera

Pemandu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Cedera Di Serang Lelaki Berparang Di Bera

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 264 hits
KUANTAN Seorang pemandu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang cedera akibat diserang seorang lelaki dipercayai Orang Asli yang bersenjatakan parang di Bukit Penchorong Bera semalam Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin berkata lelaki beru...
Hubungan Umno Pas Kian Meruncing Kembali Serang Menyerang

Hubungan Umno Pas Kian Meruncing Kembali Serang Menyerang

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 155 hits
ismaweb netMasalah serius dalam sistem kehakiman negara jika PasLeak benarOleh Ainul Illia Meor SuzurudinBANGI 21 Ramadan 1443H Sabtu Dokumen minit mesyuarat PasLeak yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO...
Sultan Dan Agong Boleh Diserang Tetapi Tak Boleh Serang Hakim Kata Ketua Hakim Proxy Mahathir

Sultan Dan Agong Boleh Diserang Tetapi Tak Boleh Serang Hakim Kata Ketua Hakim Proxy Mahathir

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 185 hits
Selepas serangan bertubi tubi terhadap badan kehakiman sejak kebelakangan ini Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat akhirnya bersuara Jelas beliau serangan yang dibuat terhadap hakim dan institusi tersebut disifatkan melampaui batas...
Video Pungli Berbaju Anak Orang Kaya Ditangkap Getok Parkir Rp100 Ribu Di Serang

Video Pungli Berbaju Anak Orang Kaya Ditangkap Getok Parkir Rp100 Ribu Di Serang

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 165 hits
Pelaku mematok harga karcis tak wajar Harga parkir yang tertulis mulai dari Rp5 000 sampai Rp100 000
Hiburan Kau Yang Patut Minta Maaf Ditengking Pasal Bayaran Pelanggan Serang Staf Biadap

Hiburan Kau Yang Patut Minta Maaf Ditengking Pasal Bayaran Pelanggan Serang Staf Biadap

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 147 hits
Kerana mulut badan binasa itulah betapa pentingnya budi bahasa apabila kita bertutur antara satu sama lain Cara kita bercakap mencerminkan diri kita di hadapan orang lain Namun bagi segelintir masyarakat mereka tidak ambil kisah tentang per...
Penyanyi Ditahan Serang Bekas Isteri

Penyanyi Ditahan Serang Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 204 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis menahan seorang penyanyi atas dakwaan memukul bekas isterinya ketika datang mengambil anak mereka di rumahnya Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Fakhrudin Abdul Hamid berkata kejadian itu berlaku di kawasan pa...
Video Tentara Israel Serang Warga Palestina Pakai Peluru Karet Di Masjid Al Aqsa

Video Tentara Israel Serang Warga Palestina Pakai Peluru Karet Di Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 152 hits
Demonstran Palestina dan polisi Israel bentrok di area Masjid Al Aqsa Yerusalem pada Jumat pagi 15 april 2022
Malaysia Airlines Flight From Jakarta Declares Emergency Near Klia Lands Safely With Rescue Vehicles On Standby

Tiba Masa Pulihkan Kepercayaan Keyakinan Pengundi Dap Ronnie

Kalau Nak Berniaga Wajib Cari Jalan Cara Memulakan Perniagaan Dengan Kos Yang Paling Rendah

Sebalik Balik

Huawei Mate Xt And Huawei Matepad Pro 13 2

Building Strong Company Culture

Walauntit Padam Komen Di Facebook Dan Minta Maaf Kepada Mp Bangi

It Takes Just One Pregnant Guppy For An Alien Invasion Practical Fishkeeping


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Akok Sedap Untuk Berbuka Puasa

Lirik Lagu Aiwahhh Raya Ojenn Aiwahhh

Buasir Otak Tv Kepala Terkena Batu Tak Tahu Dari Mana

Perlukah Kita Meluahkan Rasa Di Media Sosial

Lelaki Berpoligami Berpunca Dari Hubungan Hambar Di Rumah

Ayam Gepuk Pak Gembus Rai Pencapaian Bersejarah Terima Lima Anugerah Berprestij Malaysia Book Of Records