Ammar Muizz Kesayangan Sudah 2 Tahun
9 Februari 2017
Saat ini, waktu ini, 2 tahun yang lalu lahirlah si kecil yang namanya Ammar Muizz. Waktu sarat ini ibu selalu mengadu dengan abah yang ibu dah tak larat nak berjalan lagi. Cepat penat, kaki bengkak dan tak sabar nak bersalin. Waktu tu umur ibu 36 tahun.
Walau dah ada pengalaman bersalin 4 orang anak sebelum ni, tapi debar nak bersalin tetap sama malah lagi nervous sebab anak yang bongsu kan?.
. Perempuan memang tak pernah nak serik mengandung. Walau cakap taubatlah bang, inilah last anak kita pasni taknak dah. Sakit bang!!!! Tup tup anak tu tak sampai setahun, eh ko mengandung lagi??. Emm sayalah tu hahaha.
Beberapa minit selepas dilahirkan, fresh from perut ibu.
Itulah namanya Allah nak bagi rezeki. Walau orang kata baik beranak sikit sebab pentingkan kualiti dari kuantiti, tapi dalam hal ni yang bagi rezeki tu Allah, walau pun kita ni puaslah merancang. Tapi perancangan Allah maha hebat. Saya kalau dengar orang cakap macam tu, rasa nak lempang muka dia laju-laju, sedap mulut dia je bercakap. Tapi sobarrrr!!!!
Tak semua yang kita rancang tu menjadi seperti yang kita nakkan. Tapi kalau korang berjaya, saya ucapkan well done!! Buat yang masih belum ada rezeki, percayalah Allah dah teratur yang terbaik buat kita. TAPI JANGAN MENGALAH, dan usahalah, sebab Allah maha mendengar dan maha pengasih.
9 Februari 2019
Alhamdulillah bongsu ibu dah pun 2 tahun. Inilah penglipur lara kakak-kakak dan abang-abangnya. Yang makin bulat, makin lasak dan terlebih manja, hahaha itu biasa perangai anak bongsu. Anak ibu ni masih lagi menyusu badan, abahnya kata udahlah tu Ammar, bagilah abah menyusu pulak.
Sanah helwah anak ibu, always my baby!!!
Oklah cukuplah 5 orang ni, moga Allah makbulkan doa saya untuk berehat dari produce baby lagi. Alasannya saya nak besarkan anak2 sebaiknya untuk jadi insan berguna dunia akhirat. Beranak rapat memang penat, jerih, stress, tapi Allah juga tempat saya mengadu. Saya bersyukur ada suami yang banyak bantu saya dalam rumahtangga. Tq Allah, tq!!!
Ehh eh ehhh abahnya ni, cakap memang tak reti nak tengok kiri kanan ya. Malu dengan anak-anak tau hahaha. Biasalah tu gurau manja membawa bahagia.
Sejak lahir sampai umurnya 6 bulan, mata kiri Ammar selalu berair dan bertahi. Saya jumpa seorang doktor ni ajar cara urut mata untuk normal kan saluran di mata yang mungkin kecil so sebab tu air mata tu bertakung je sampai bertahi. Korang boleh baca kat sini.
>> Cara urut hidung bayi yang berair dan bertahi.
Umurnya 2 tahun, dah pandai buat peace, siapa lagi kalau bukan si kakaknya ajar.
Kebolehan budak umur 2 tahun
Ammar dah bolehlah cakap sikit-sikit, apa yang kita cakap itu jugak yang dicakapnya. Tapi pelatlah. Ada yang saya faham, ada yang tak. Tapi rasanya lagi banyak tak faham hahaha. Well as usual, kita kan ada pakar translator, iaitu Kak Ya dan Kak Ain. Hihihi diaorang yang jadi translator saya dari dulu.
Alahai mudah kerja ibu, ada pembantu, lepas menyapu ni mop lantai rumah ya Ammar
Ammar ni dulu lambat berjalan. Umurnya setahun 4 bulan baru dapat lesen kaki. Hmmm macam-macam duk fikir waktu tu. Pasal apa lambat berjalan ni? Tapi dalam pada menunggu tu memang kami selalu ajar Ammar bertatih, yelah tukang ajarnya ramai, memang riuh rumah dibuatnya
.
Sekarang dah pandai bawak diri dan main sendiri. Paling kamceng dengan abang Adam yang beza umurnya 6 tahun dari Ammar. Seronok abang Adam ada kawan ya. Ibu ingat diorang ni tak ngam nanti, rupanya ok je uolss.
Paling best Ammar ni kuat makan. Ibu masak pedas sikit pun, dia relax je boleh makan tanpa minum air. Hmm geng den lah ni ha, geng masak lomak cili api
.
(17)
The post Ammar Muizz kesayangan sudah 2 tahun appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2019/02/ammar-muizz-kesayangan-sudah-2-tahun.html