Amk Tumpu Menangkan Calon Anak Muda Di Sabah



Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan menyaksikan persaingan sengit antara calon-calon Perikatan Nasional dan gabungan Pakatan Harapan (PH), Warisan serta UPKO.
Dalam menghadapi PRN, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan menumpukan gerak kerja di DUN-DUN terpilih untuk memenangkan calon-calon anak muda dari PH.
Menurut Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razab, kempen di Sabah akan bertumpu kepada isu mengembalikan hak-hak rakyat dan kerajaan yang mampu mengurus-tadbir negeri lebih baik berbanding kerajaan BN sebelum ini.
“AMK berpendirian pilihan yang telah dibuat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu perlu dihormati. Justeru kepimpinan Kerajaan Negeri perlu dikembalikan kepada gabungan Warisan, UPKO dan PH.
“Apakah rakyat Sabah ingin menyerah kembali Sabah kepada BN yang ternyata tidak mampu memperjuangkan hak-hak rakyat biarpun telah diberi peluang begitu lama mentadbir? Apakah rakyat mahu memilih kembali BN yang kepimpinannya terpalit dengan tuduhan salah laku malah sudah ada yang telah disabitkan bersalah?
“AMK percaya rakyat Sabah cukup matang memilih kepimpinan yang benar-benar mahu melakukan perubahan. Ini juga masa untuk rakyat Sabah menghukum politikus rakus berpolitik dalam keadaan negara sedang diancam wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Syukri lagi, AMK akan melaksanakan dengan sebaik-baiknya tanggungjawab yang telah diamanahkan, iaitu berkempen di DUN Sook bermula pada 5 September ini.
“AMK dipimpin YB Akmal Nasir telah ditugaskan oleh KEADILAN untuk memberi tumpuan di N.37 Sook. Bermula 5 September ini, AMK akan mula menggerakkan kerja-kerja kempen dan penerangan di DUN berkenaan.
“Oleh itu seluruh anggota AMK diminta bersama-sama turun ke Sabah khususnya DUN Sook bagi membantu jentera pilihan raya. Kemenangan semula Warisan, UPKO dan PH kelak bakal menjadi penanda aras betapa rakyat Sabah menolak sikap berpolitik keterlaluan sehingga mengancam kestabilan negeri,” katanya lagi.
Selain itu, Syukri berharap agar pihak-pihak berautoriti seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM dapat memastikan PRN Sabah benar-benar berlangsung dalam keadaan adil dan bebas daripada sebarang unsur rasuah serta penipuan.
SPR juga, katanya wajar memastikan proses pengundian bakal mematuhi SOP pencegahan wabak seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29534

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Menangkan Calon Mengisi Makna Kemerdekaan Anwar

Prn Sabah Menangkan Calon Mengisi Makna Kemerdekaan Anwar

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 361 hits
Pilihan Raya Negeri Sabah dalam suasana sambutan kemerdekaan Malaysia merupakan peluang bagi rakyat untuk melantik calon yang benar benar mahu membebaskan negeri daripada penindasan dan korupsi mengisi pemerintahan Presiden KEADILAN Datuk S...
Menteri Perlekeh Anak Muda Tolak Pn Di Sabah Fahmi

Menteri Perlekeh Anak Muda Tolak Pn Di Sabah Fahmi

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 269 hits
Penghinaan ke atas pelajar Universiti Malaysia Sabah Veveonah Mosibin oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin bukan sahaja melampau tetapi merupakan sifat buruk dan menjadi kebiasaan pemimpin Umno Perikata...
Pesta Filem Kita 2020 Festival Filem Secara Hibrid Untuk Anak Muda

Pesta Filem Kita 2020 Festival Filem Secara Hibrid Untuk Anak Muda

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 305 hits
SIARAN MEDIA Pesta Filem KITA merupakan sebuah acara meraikan sinema pembikin filem dan anak muda Bermula pada tahun 2016 Pesta Filem KITA yang diasaskan oleh Projek Dialog dan pembikin filem Muzzamer Rahman bertujuan untuk membangunkan pem...
Gelar Program We Are The Future Bersama Sos Children S Villages Allianz Indonesia Kembangkan Anak Muda Siap Kerja

Gelar Program We Are The Future Bersama Sos Children S Villages Allianz Indonesia Kembangkan Anak Muda Siap Kerja

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 335 hits
Program We Are the Future akan berikan pelatihan selama tiga tahun untuk 40 remaja tingkat SMA SMK di Semarang
Prn Sabah Calon Amanah Guna Logo Warisan

Prn Sabah Calon Amanah Guna Logo Warisan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 473 hits
Semua calon Amanah akan menggunakan lambang Warisan dalam pilihan raya negeri Sabah kata Pengarah Komunikasi Khalid Abd Samad Katanya keputusan itu dibuat sebagai tanda solidariti parti itu dengan Warisan dan Ketua Menteri Sabah Shafie Apda...
Pas Akan Umum Calon Prn Sabah Bersama Rakan Pakatan Nasional Kata Ahmad Samsuri

Pas Akan Umum Calon Prn Sabah Bersama Rakan Pakatan Nasional Kata Ahmad Samsuri

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 406 hits
KUALA TERENGGANU Pas akan mengumumkan senarai calon yang akan dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah secara serentak bersama rakan parti komponen Perikatan Nasional yang lain Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berk...
Hadirkan Terobosan Baru Untuk Anak Muda Oppo Gelar Ajang Pencarian Influencer Bertajuk Reno4me

Hadirkan Terobosan Baru Untuk Anak Muda Oppo Gelar Ajang Pencarian Influencer Bertajuk Reno4me

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 275 hits
Nggak hanya hadirkan terobosan lewat gawai OPPO kini hadirkan inovasi lewat ajang pencarian influencer
Realita Bekerja Di Start Up Perusahaan Anak Muda Yang Penuh Dengan Katanya Ah Masa Iya

Realita Bekerja Di Start Up Perusahaan Anak Muda Yang Penuh Dengan Katanya Ah Masa Iya

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 328 hits
Yang pengin bilang di medsosnya Kerja di start up check sini sini Hipwee kasih tahu dulu ini
Banyak Kena Paham

Pisp Program Ijazah Sarjana Perguruan Di Ipg

Laman Sendayan 2 Kediaman Eksklusif Dengan Perbandaran Lengkap Bertaraf Dunia

Larang Minum Arak Di Pulau Pulau Di Thailand

Anak Takut Sunat Ibu Ayah Kena Tahu Cara Pujuk

Umno S Ethno Religious Agenda Caused Mca Mic Decline Urimai

Polis Sita Aset Hampir Rm1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Tropical Spice Garden Di Teluk Bahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Bukan Perlumbaan Fokus Pada Diri Sendiri

Orodesign Platform Jual Beli Emas Fizikal Yang Terus Menerima Kepercayaan Rakyat Malaysia

Rebut Peluang Hebat Di Laman Sendayan 2 Sebelum Terlambat

Diam Bukan Kalah Tapi Tenang

Mingguan Startup Drama Atau Perubahan Besar Anda Tentukan

Nama Shila Amzah Dipamer Di World Expo Osaka Peminat Tuntut Gelaran Datuk