Amk Perlu Seorang Ketua Ada Fikrah


SUSUPAN PETANG

Muhammad Kamil Abdul Munim.SELAIN jawatan timbalan presiden dan naib-naib presiden dalam sesebuah parti politik, jawatan ketuapemuda dan wanita adalah penting. Jawatan ini seperti tunas yang akan mendahankan sebatang pokok untuk membesar kemudian menjadi teras kepada pokok berkenaan. Malahan dari segi hirearki jawatan itu setanding dengan naib presiden berada di lapisan ketiga.

Selalunya ketua pemuda akan bergerak perlahan-lahan membesar bagaikan tunas tadi, ke jawatan naib, timbalan dan akan berakhir ke jawatan presiden. Menjadi teras utama untuk sesebatang pokok. Demikian signifikannya jawatan itu. Kebanyakan pemegang jawatan ketua pemuda berakhir dengan menjadi pemimpin parti, hingga ke jawatan nombor satu, perdana menteri, sekiranya mereka pandai membawa diri. Jawatan ini sangat beraura dan berkarismatik. Seseorang ketua pemuda gagal merangkak ke atas ketua pemuda yang tidak punya daya tahan dan memiliki daya kepimpinan tulen

Seorang ketua pemuda yang hebat, beliau ditakuti dan setiap gagasan dipancunya akan diberi perhatian sebab mereka adalah pemimpin masa depan. Pemuda yang tidak mempunyai gagasan dan wawasan kehadiriannya tidak diketahui, sunyi, jauh sekali ditakuti. Pemuda demikian membazirkan waktu parti.

Sejarah telah mencatat beberapa tokoh pemuda yang mencapai ke kedudukan itu, antaranya daripada UMNO, Hussein Onn, Najib Razak, kedua mereka adalah perdana menteri. Anwar Ibrahim juga pernah jadi ketua pemuda UMNO mendapat berkat daripada jawatan itu, kini menjadi PM ke-10, cuma wadahnya berlainan beliau menggapai puncak itu menerusi Keadilan. Apa nak disebut mereka semua adalah dari rahim pemuda.

Begitu juga daripada UMNO, kebanyakan yang menjadi menteri kanan terdiri dari bekas ketua pemuda atau pemimpin pemuda. Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan Hishamuddin Hussein adalah bekas ketua pemuda. Menerusi jawatan itulah mereka mencipta puncak pencapaian dalam politik. 
Zahid menjadi ketua pemuda, kandatipun sekejap, tetapi jawatan itulah membolehkan beliau membuka sayap membina rangkaian dalam parti seterusnya dilantik menjadi menteri, dan kini Timbalan Perdana Menteri. Yang paling kuat menggunakan pengaruh pemuda untuk naik serta mengukuhkan kedudukannya peribadinya dalam parti Najib Razak.

Hishmauddin walaupun sekadar pemangku ketua Pemuda apabila Zahid berkrisis dengan presiden UMNO Mahathir Mohamad, tetapi beliau berjaya menguakkan diri dengan jawatan tersebut. Zahid menjadi timbalan perdana menteri dua kali, jawatan tertinggi buatnya dan tidak pun pernah dibayangkan, adalah bermula dengan jawatan ketua pemuda. Kerana menyedari peri penting jawatan inilah, maka berlaku perebutan hangat dalam setiap kali berlaku pemilihan ketua dalam kloni pemuda.  
Seorang lagi tokoh bekas ketua pemuda dalam UMNO yang berjaya meletakkan dirinya dalam panggung politik negara, ialah Harun Idris. Ketakutan pemimpin lain kepadanya sehingga beliau diperangkap dengan rasuah ialah kerana kehebatannya menjadi ketua pemuda UMNO. Harun tidak akan dipandang dan dicurigai kalau dia tidak memegang jawatan ketua pemuda UMNO dan berjaya menjadikan jawatan itu sebagai kumpulan pendesak. 
Demikian juga dengan kekuatan sesebuah parti politik itu, menjadi hebat dan kuat apabila ketua pemudanya mempunyai karismatik. Punya gaya kepimpin menarik dan berkesan. Ezam Mohamad Nor, walaupun tidak mencapai kedudukan tinggi dalam politik dan kerajaan, tetapi ternyata parti Keadilan menjadi hebat dan digeruni sewaktu beliau memimpin Angkatan Muda. Rasanya tidak ada seorang pun ketua AMK sehebat Ezam. 
Bukan sahaja ketua pemuda daripada UMNO dan Keadilan, daripada PAS juga menunjukkan mereka yang menjawat jawatan itu meletakkan potensi mereka di masa hadapan. Dalam erti kata lain jawatan ketua pemuda telah memanggungkan mereka di persada politik. Daripada PAS, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar berjaya menjadi menteri dan timbalan menteri, kerana aura mereka sebagai ketua pemuda. Soal mereka menduduki jawatan itu ketika di luar PAS itu soal lain, yang pentingnya mereka mencipta nama mengasahkan bakat kepimpinan menerusi jawatan ketua pemuda

Hal ini sepatutnya diperhati dan dijadikan iktibar oleh mereka yang kini memegang jawatan ketua pemuda parti masing-masing. Mereka harus fikir dan sedar jawatan itu penting bakal melangitkan kerjaya mereka sekiranya mereka pandai mengambil kesempatan daripadanya. Bahawa ketua pemuda bukan sekadar menjadi ketua kepada satu kumpulan, tetapi harus bersiap sedia untuk memimpin negara bangsa di masa hadapan. 
Hari ini agak malang sedikit mereka yang memegang jawatan itu dari semua fraksi (parti) tidak begitu menyerlah dan mempunyai daya kepimpinan tersendiri yang menyakinkan. Mereka seperti kekeringan idea dan tiada idealisme. Pemuda yang mereka pemimpin tidak menjadi penggerak atau pun pendamping utama organisasi mereka. Mereka wujud sekadar wujud sahaja. Sesetengah kemunculan mereka jauh lebih lemah daripada ketua wanita. 
Misalnya ketua pemuda UMNO hari ini, Akmal Salleh nampak sangat kelemahannya untuk menjadikan pergerakan UMNO sebagai pembantu induk yang berkesan. Dalam suasana hari ini sepatutnya Pemuda menjadi penguat parti yang relatif lemah kini. Aura Akmal sebagai ketua pemuda tidak kelihatan sangat. Tidak ada pembaharuan, atau pun agenda yang dibawa oleh Pemuda UMNO sebagai menandakan ia adalah satu ketumbukan buat UMNO. Isu-isu diketengahkan oleh Akmal Salleh adalah isu remeh tidak berupa agenda nasional parti, seperti isu memboikot KK Mart dan sebagainya

Demikian juga halnya dengan ketua pemuda Keadilan hari ini, Adam Adli Abd Halim. Adam Adli boleh dikatakan gagal menjadi ketua kepada sayap utama parti apabila gagal untuk memancu pergerakan itu dominan dalam parti. Isu-isu yang disentuh oleh AMK adalah isu-isu kecil tidak bersifat nasional. Ketiadaan isu atau agenda "gede ini" ini menampak beliau lemah dalam soal kepimpinan dan juga idealisme. Adam Adli lebih berjaya menjadi seorang pendemonstran daripada seorang ketua. 
Seseorang ketua pemuda harus ada fikrah, jatidiri dan pendekatannya tersendiri untuk menampakkan ia berfungsi dan berperanan kepada parti. Lebih lebih lagi sebagai ketua pemuda parti memerintah perlu bukan sahaja siap menangkis permasalahan, tetapi harus membetangkan idea-idea bernas mendokong kerajaan. Mereka juga ikut bertanggungjawab untuk menggubal dasar dan polisi kerajaan bagi menempati aspirasi anak-anak muda atau generasi baru. 
Rasanya sepanjang menjadi ketua pemuda, belum ada sebarang seminar atau forum yang membincangkan sesuatu isu secara nasional dan ke peringkat antarbangsa oleh AMK. Tiada isu nasional disentuh oleh pergerakan ini melainkan isu kemanusiaan Palestin. Ketiadaan perkara ini melesukan angkatan pemuda ini

Dari konteks masa depan dan hubungan dengan jawatan itu, keadaan Adam Adli dalam bahaya. Sudah pasti kelemahan dan kemandulan ideanya diperhatikan, dan dijadikan alasan untuk menukar gantikannya. Tahun ini akan berlangsung kongres membabitkan pemilihan. Dengan situasi yang ada hari ini saya kira Adam Adli akan ditentang. Sudah tentu parti tidak perlu mengekalkan seorang ketua yang tidak membawa perubahan yang fatal dan menunjukkan pencapaian membanggakan

Pemuda Keadilan tentu harus mempunyai seorang ketua, yang bukan sahaja boleh berjalan seiringan dengan perdana menteri, yang dilihat gaya dan karektornya lebih muda daripada Adam Adli, tetapi turut mempunyai fikrah dan idealisme sama dengan presiden. Paling penting ialah mampu menterjemahkan apa yang dikehendak oleh kerajaan Madani. 
Jujur saya katakan, selepas Ezam Mohamad Nor, tidak ada ketua pemuda yang sehebat Ezam dalam Keadilan. Ezam bukan sahaja seorang pemberani, tetapi beliau juga pintar menyusun barisan perang serta mencipta isu kontroversi bagi menggugat kerajaan sebelum ini. Sebelum ini pemuda pernah dipimpinan oleh Shamsul Iskandar Md Akin, tetapi kewujudannya sekadar memenuhi kekosongan ruang ditinggalkan Ezam. Tiada apa-apa perubahan dan kemajuan dilakukan Shamsul semasa memimpin Angkatan Muda Keadilan. Apa yang beliau tahu ialah mengajar anggota AMK bertemu dalam bilik-bilik samar tempat hisap sigar

Jadi tidak hairanlah kalau beliau hanya mamapu menjadi ahli parlimen sepenggal sahaja di kerusi parlimen Hang Tuah Jaya dinegeri kelahirannya sendiri, selepas itu kalah dan dihanyutkan ke Bagan Datuk, untuk dijadikan biduk membelah muara Bagan Datuk untuk mempertautkan semula kiambang di sana. Shamsul kini jadi seperti bueh-bueh di tepian pantai

Menjelang kongres pemilihan Keadilan dijangka awal tahun depan kita mahu tengok sosok yang akan tampil untuk mengisi jawatan penting ini, yang sebelum ini pernah mengendung peneraju golongan pemuda ke jawatan tertinggi sebagai perdana menteri. Apakah timbalan AMK Muhammad Kamil Abdul Munim mampu mengisi jawatan itu menggantikan Adam Adli dan menyamai rekod pernah dicatat Ezam. [wm.kl.5:40 pm 29/05/24]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/05/siapa-pengisi-jawatan-ketua-amk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Berjaya Noktahkan Miskin Tegar Di Negeri Ini Babitkan 1 946 Ketua Isi Rumah

Kerajaan Pahang Berjaya Noktahkan Miskin Tegar Di Negeri Ini Babitkan 1 946 Ketua Isi Rumah

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 216 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang berjaya menoktahkan miskin tegar di negeri itu membabitkan 1 946 Ketua Isi Rumah sebelum ini Menteri Besar Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri ...
Ketua Mpr Minta Kebijakan Potong Gaji Pekerja Untuk Tapera Dikaji Ulang Ini Alasannya

Ketua Mpr Minta Kebijakan Potong Gaji Pekerja Untuk Tapera Dikaji Ulang Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 145 hits
Ketua MPR Minta Kebijakan Potong Gaji Pekerja untuk Tapera Dikaji Ulang Ini Alasannya
Ketua Penerangan Pkr Fahmi Fadzil Umum Rombakan Majlis Pimpinan Di Tujuh Negeri

Ketua Penerangan Pkr Fahmi Fadzil Umum Rombakan Majlis Pimpinan Di Tujuh Negeri

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 182 hits
SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat mengumumkan rombakan Majlis Pimpinan Negeri di tujuh negeri melibatkan Sarawak Sabah Pahang Johor Terengganu Kelantan dan Wilayah Persekutuan selepas enam negeri lain menerima kepimpinan baharu pada Februari ...
Bawa Cadangan Pulangkan Hasil Cukai Ke Mesyuarat Menteri Besar Ketua Menteri

Bawa Cadangan Pulangkan Hasil Cukai Ke Mesyuarat Menteri Besar Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 204 hits
GEORGE TOWN Cadangan berkaitan kajian semula sistem agihan cukai daripada Kerajaan Pusat kepada negeri dengan memulangkan sekurang kurangnya 20 peratus hasil cukai yang dikutip akan dibawa ke mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Julai ...
Ma Ruf Amin Bicara Kemungkinan Prabowo Tentukan Pengganti Ketua Otorita Ikn

Ma Ruf Amin Bicara Kemungkinan Prabowo Tentukan Pengganti Ketua Otorita Ikn

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 84 hits
Ma ruf Amin menyatakan penunjukan Kepala dan Wakil Kepala Otorita Ibu Kota Nusantara definitif mungkin saja ditentukan oleh Prabowo
Profil Muhammad Yusuf Ateh Kepala Bpkp Yang Ditunjuk Jokowi Jadi Ketua Pansel Capim Kpk

Profil Muhammad Yusuf Ateh Kepala Bpkp Yang Ditunjuk Jokowi Jadi Ketua Pansel Capim Kpk

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 107 hits
Kepala BPKP Muhammad Yusuf Ateh resmi menjadi ketua Panitia Seleksi Calon Pimpinan KPK periode 2024 2029
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri