Aminuddin Akan Terus Bela Arwah Adib Walau Ada Pihak U Turn


ainulillia Fikir strategi, cara tegakkan keadilan buat keluarga Allahyarham BANGI – Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya meluahkan kekesalan apabila kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kini seolah-olah dipandang sepi.
Lebih menyedihkan, apabila Allahyarham Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, hari ini menyatakan kekecewaan beliau sekeluarga terhadap pihak berkuasa kerana masih gagal mencari penjenayah yang menyebabkan kematian anaknya.
“Saya secara peribadi mengenali keluarga Allahyarham, terutamanya ayahnya yang sangat cekal dan merendah diri. Apabila ayahnya mengeluarkan kenyataan sebegini di media, pastinya beliau tidak lagi dapat menahan kekesalan.  
“Setiap kali ada berita daripada keluarga Allahyarham, saya terus terbayang wajah ayahnya, ibunya dan adiknya yang sudah beberapa kali saya saksikan menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan atas penganiayaan yang berlaku kepada Allahyarham dan keluarganya itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) – antara pertubuhan yang sering menuntut keadilan buat Adib – turut berasa bersalah apabila kes ini masih belum selesai dan tiada perkembangan lanjut oleh pihak berkuasa.
“Saya rasa bersalah dan sedih kerana masih lagi tidak dapat menegakkan keadilan buat Allahyarham dan keluarganya itu. 
“Kadangkala, saya rasa marah apabila mereka yang dahulunya beria membela keluarga Adib tetapi kini senyap menyepi dan ada pula yang telah ‘U-turn’. 
“Malah, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara pun sudah tidak menyebelahi kita. Kadangkala rasa buntu, tetapi insyaAllah saya, rakan-rakan NGO dan rakan-rakan peguam akan sentiasa memikirkan cara dan strategi untuk menegakkan keadilan buat Allahyarham dan keluarganya ini,” tegasnya.
Yakin bahawa setiap kesukaran ada jalan keluarnya, Haji Aminuddin berkata, beliau juga pasti jika perjuangan ini dilakukan dengan seikhlasnya, Allah SWT akan memberikan bantuan. 
“Biarlah orang mahu mentertawakan kita kerana masih lagi gagal, tetapi kita yakin bahawa pertolongan Allah akan tiba jua nanti. 
“Kita beriltizam tidak akan berputus asa! Mohon doa anda semua agar kami istiqamah dan dipermudahkan segala urusan membela golongan yang teraniaya sebegini,” katanya.
Hari ini, BH Online melaporkan bapa Adib mengakui masih tidak berpuas hati dan kecewa apabila pihak bertanggungjawab tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk membela kematian anaknya. 
Malangnya, sehingga kini tiada perkembangan lanjut yang dimaklumkan kepada keluarga Adib mengenai kes anaknya.
“Peguam keluarga saya sendiri sudah minta polis segerakan siasatan selanjutnya, sampai sekarang tak nampak apa-apa tangkapan lagi.
“Polis tidak berhubung dengan saya untuk memberitahu sebarang perkembangan terkini,” katanya.
Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/aminuddin-akan-terus-bela-arwah-adib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takaful Prubsn Hadiah Dari Arwah Suami

Takaful Prubsn Hadiah Dari Arwah Suami

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 344 hits
Hadiah Besar Dari Arwah Suami Kehilangan ketua keluarga memang satu cabaran yang besar bagi seorang balu tiada lagi tempat bergantung tiada lagi tempat berkongsi kesusahan tiada lagi tempat untuk bercerita Semuanya perlu di tanggung bersend...
Hiburan Harap Dipertemukan Dengan Abang Di Syurga Aril Pilus Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Izwan Pilus

Hiburan Harap Dipertemukan Dengan Abang Di Syurga Aril Pilus Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Izwan Pilus

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 511 hits
Pengacara dan juga penyanyi Aril Pilus baru baru ini telah membuat ucapan khas hari lahir buat abangnya yang telah kembali ke rahmatullah tidak lama dahulu Menerusi ruangan Instagram Aril menitipkan kata kata khas dan juga mengucapkan kerin...
Pemandu Mabuk Arwah Tinggalkan Balu Dengan Anak 4 Orang

Pemandu Mabuk Arwah Tinggalkan Balu Dengan Anak 4 Orang

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 362 hits
Apa Khabar Patriot DAP Angkatan Pencinta Arak Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk Kejadian berlaku di KM 4 Lebuhraya LEKAS awal pagi tadi Arwah meninggalkan ...
Kenangan Nissan Sunny B11 Arwah Ayah

Kenangan Nissan Sunny B11 Arwah Ayah

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 583 hits
Berpegang dengan kata kata Jua tok kayo sipe tok rugi maka kereta ini masih dalam jagaan keluarga walaupun ada yang bagi cadangan agar di jual dan ada juga yang datang bertanya untuk beli Versi paling baru Nissan Sunny B11 extra 2 thn 1993 ...
Enam Tahun Berlalu Linda Rafar Masih Terkenangkan Arwah Anak

Enam Tahun Berlalu Linda Rafar Masih Terkenangkan Arwah Anak

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 436 hits
Pelakon dan penyanyi Linda Rafar meluahkan rasa rindu kepada arwah anaknya Rezaimen Kiflin Kifli yang menghembuskan nafas terakhir kira kira enam tahun yang lalu Mengakui bukan mudah menghadapi hari hari tanpa anak tersayang Linda walau bag...
Zahid Najib Dan Pimpinan Solat Jenazah Arwah Ahli Parlimen Grik

Zahid Najib Dan Pimpinan Solat Jenazah Arwah Ahli Parlimen Grik

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 474 hits
Solat jenazah Allahyarham Dato Hasbullah Osman Ahli Parlimen Grik bersama Bossku SUA Umno dll di Masjid Raub Secara peribadi saya kehilangan seorang sahabat karib sejak zaman Pemuda Semoga rohnya dicucuri rahmat Al Fatihah https t co cTT06M...
Dua Tahun Berlalu Bapa Kecewa Pembunuh Adib Belum Ke Muka Pengadilan

Dua Tahun Berlalu Bapa Kecewa Pembunuh Adib Belum Ke Muka Pengadilan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 253 hits
Semalam genap dua tahun tragedi rusuhan berhubung pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman sehingga menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Meskipun begitu penjenayah yang terbabit dalam kejadian tersebut masih belum di...
Jangan Diam Saja Kes Adib Ianya Sudah Berlalu 2 Tahun Mana Janji Hadi

Jangan Diam Saja Kes Adib Ianya Sudah Berlalu 2 Tahun Mana Janji Hadi

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 368 hits
kosmo com my Dua tahun nasib Adib masih belum terbela Bapa Kosmo DigitalALOR SETAR Biarpun semalam genap dua tahun tragedi hitam menimpa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim keluarganya mengakui kematian Allahyarham yang masih belum terb...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi