Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak




Sebagai tanah air banyak komuniti yang unik, Sarawak mempunyai pelbagai masakan yang jarang ditemui di tempat lain di Malaysia. Keunikan Sarawak bergantung kepada kumpulan etniknya. Setiap kumpulan asli di Sarawak mempunyai gaya hidup, tradisi, budaya dan makanan mereka sendiri.

AlongMurni (AM) sukakan masakan Sarawak kerana kurang pedas dan mempunyai rasa halus dalam rasa. Ia menggunakan makanan laut segar dan herba semulajadi seperti kunyit, serai, halia, limau dan daun ubi. Bahan-bahan ini tidak hanya mudah didapati, tetapi juga menambah sedikit aroma, tekstur dan kesegaran pada makanan yang lazat.

Untuk edisi masakan pilihan AM kali ini, AM ingin kongsikan masakan Sarawak yang sedap dan penuh dengan keunikan rasa tersendiri. Restoran Kedey Kamek yang terletak di Sunway Putra Mall ini dimiliki oleh seorang anak jati Sarawak iaitu Amin Aznizan yang ingin mengetengahkan masakan Sarawak kepada dunia.



AMIN AZNIZAN ANAK JATI SARAWAK BERAZAM MENDUNIA SAJIAN MASAKAN SARAWAK
LATAR BELAKANG AMIN AZNIZAN Ketika umur menginjak 34 tahun pada 2023 ini, Amin Aznizan telahpun mengetuai empat syarikat utama iaitu SOCC Holdings Berhad, SOCC Offshore Sdn Bhd, AnakMiri Kitchen Sdn Bhd dan juga SOCC Catering Sdn Bhd.

Beliau merupakan usahawan selama lebih 10 tahun dengan pelbagai perniagaan yang melibatkan hiburan, makanan dan minuman, muzik, industri penjagaan kulit serta perkhidmatan perundingan dan latihan dalam industri minyak dan gas.

Beliau lulus dari Grenoble Graduate School of Business di Grenoble, Perancis dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan Antarabangsa pada tahun 2012. Selepas tamat pengajian, beliau menubuhkan Cinqasa Sdn Bhd yang terlibat terutamanya dalam antara lain, pembuatan jus buah-buahan dan minuman lain serta mengendalikan kafe dan restoran.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, tanggungjawabnya termasuk mempromosikan pengedaran jenama minuman baharu yang dicipta oleh syarikat itu, bernama Leema di seluruh Sarawak. Syarikat itu kini ditukar nama kepada AnakMiri Kitchen Sdn Bhd dan beroperasi dengan 3 jenama iaitu Kedey Kamek, Gogoreng dan Nang Haus di Lembah Klang.

Beliau juga pernah menerima pengiktirafan anugerah usahawan muda (Youth Entrepreneur Award) oleh Sarawak Bumiputera Chamber of Enterpreneurs (DUBS) pada tahun 2015.

RESTORAN KEDEY KAMEK MENDUNIAKAN MASAKAN SARAWAK Nenek dan ibu saudaranya menjadi sumber inspirasi dan semangat utama Amin Aznizan untuk membuka KEDEY KAMEK ini. Mereka  telah menurunkan  resepi-resepi yang telah diwarisi turun-temurun dan resepi tersebut telah menjadi asas kepada hidangan-hidangan enak yang dinikmati di restoran milik beliau.

Kedey Kamek yang dikendalikan oleh Amin Aznizan di bawah AnakMiri Kitchen Sdn. Bhd. mempunyai tiga lagi jenama lainnya iaitu Nang Haus, GoGoreng & Seahorse Seafood. Minuman jenama Nang Haus memperkenalkan minuman asal dari Sarawak seperti minuman '3-layer tea' dalam tin yang boleh didapati di kedai runcit seperti 7-Eleven.

MENU SAJIAN PILIHAN AM berpeluang mencuba sajian yang penuh unik dan menarik iaitu Laksa Sarawak Udang Galah, Linut Terubok Masin, Mee Jawa Kambing, Mee Kolok, Nasi Ayam Pansoh, Satay Ayam, Mee Pok, Mee Kari Kerang dan Masak Lemak Udang.

LAKSA SARAWAK UDANG GALAH Mee (biasanya bihun) yang dihidangkan dalam sup santan berperisa, dihiasi dengan ayam yang dicincang, telur dadar yang dicincang, tauge, udang, dan dihiasi dengan ketumbar. Dengan kombinasi udang galah yang besar dan enak menjadi sajian ini bernar-benar unik dan menarik.

LINUT TERUBUK MASIN

Linut makanan ruji untuk rakyat Melanau. Ia diperbuat dari tepung sagu, bercampur dengan air panas. Manakala Terubuk Masin dianggap sebagai makanan istimewa ikonik di Sarawak dan wajib dicuba.

MEE JAWA KAMBING Rasa Mee Jawa Kambing memang lain dari yang lain. Kuahnya likat pekat dan enak pastinya menarik untuk dicuba.

MEE KOLOK Mee kolok ialah mee yang popular di Sarawak. Ianya dihidangkan bersama kuah sup dan cili kicap. Mee kolok terasa istimewa kerana ia menggunakan yee mee dan dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu.

NASI AYAM PANSOH Penyediaan ayam yang paling tipikal Iban yang dipanggang dengan daun bungkang, serai, halia, dan daun ubi, kemudian disumbat ke dalam buluh dan dipanggang di Uma Avok (perapian tradisional).

SATAY AYAM Rasa satay ayam sangat enak dengan perapan tanpa perlu dicicah dengan kuah.

MEE POK Didatangkan bersama Sup dan Sos Kicap. Berbeza dari Mee Kolok kerana Mee Pok secara khusus menggunakan mee yang agak leper dan lebar.

MEE KARI KERANG Rasa Mee Kari Kerang ini memang lain dari Mee Kari yang AM pernah rasa sebelum ini. Sememang rasa kuah yang padat dengan rasa malahan terdapat kerang yang besar dan segar.

MASAK LEMAK UDANG Rasa masak lemak udang ini memang rasanya dari masak lemak yang AM pernah makan sebelum ini. Rasanya yang kurang pedas, tekstur yang ringan dan padat dengan rasa rempah asli.
Secara peribadi, AM sukakan masakan Sarawak yang disajikan di Restoran Kedey Kamek ini. Memang wajib dicuba menu-menu yang AM sarankan ini. Memang sangat puas hati dan berbaloi untuk menu masakan Sarawak di Restoran Kedey Kamek ini. 

Cawangan Restoran Kedey Kamek di sekitar Lembah Klang terdapat di TTDI, Lala Port dan Sunway Putra Mall. Jangan lupa singgah dan rasai sendiri keenakan masakan Sarawak di sini.

Untuk info dan maklumat lanjut boleh layari:-

Kedey Kamek: https://kedeykamek.com/

SOCC Holdings Berhad: https://socc.com.my/

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/09/amin-aznizan-anak-jati-sarawak-berazam-mendunia-sajian-masakan-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Tujuh Tahun Bapa Masih Tunggu Penjelasan Kematian Anak

Lepas Tujuh Tahun Bapa Masih Tunggu Penjelasan Kematian Anak

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 254 hits
Yasmin RamlanSeorang bapa terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan sejak tujuh tahun lalu demi mendapatkan keadilan terhadap kematian anak lelakinya yang berusia 11 bulan ketika itu Mohd Nazri Mohd Yusof 45 berkata anaknya Wan Naufal Afe...
Anak Disyaki Pukul Bapa Hingga Mati

Anak Disyaki Pukul Bapa Hingga Mati

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 189 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul bapanya menggunakan penyodok hingga mati sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan dalam kejadian berhadapan sebuah kondominium di Sungai Way Suspek berusia 40 an...
Kenangan Yang Tidak Akan Dilupakan Anak Anak

Kenangan Yang Tidak Akan Dilupakan Anak Anak

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 132 hits
Musim cuti sekolah panjang dah tiba Apa yang kita lakukan dalam mengisi masa cuti ni nbsp Ambil peluang cuti ini dengan mencipta kenangan kenangan manis bersuama keluarga Terjumpa saya artikel ini yang mana bagi saya bermanfaat untuk dikong...
Masa Anak Masih Bayi Normal Kalau Suka Gigit Orang Tapi Bila Dah Besar Masih Gigit Orang Lain Normal Ke

Masa Anak Masih Bayi Normal Kalau Suka Gigit Orang Tapi Bila Dah Besar Masih Gigit Orang Lain Normal Ke

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 262 hits
Aduh sakitlah mama tapi makin seronok pula si manja ni mengigit mama Adakah perbuatan mengigit anak normal Bagaimana cara nak atasi anak yang suka mengigit dan tahap bagaimana yang menunjukkan perbuatan mengigit tidak lagi normal bagi anak ...
Drama Anak Ex Stray

Drama Anak Ex Stray

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 193 hits
Nantikan drama bersiri Anak Ex Stray arahan Feroz Kader akan bersiaran menerusi slot Lestari di TV3 Anak Ex StrayEpisod 13Tarikh Tayangan 2023Waktu Siaran Khamis Sabtu 9 00 malamRangkaian Slot Lestary TV3Pengarah Feroz KaderProduksi FJ Pict...
Selepas 30 Minit Anak Nikah Ibu Meninggal Dunia

Selepas 30 Minit Anak Nikah Ibu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 212 hits
Walaupun dalam dunia ini mempunyai banyak perkara yang tidak dijangka berlaku namun sebagai manusia siapalah kita untuk mengawal semua benda kita hanyalah hamba yang wajib mengabdikan Allah S W T Setiap perkara yang berlaku di dunia ini mem...
Dua Bulan Tidak Ke Sekolah Ibu Dakwa Anak Trauma Dirotan Guru Disiplin

Dua Bulan Tidak Ke Sekolah Ibu Dakwa Anak Trauma Dirotan Guru Disiplin

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 287 hits
ESAN didakwa akibat dirotan pada salah satu kaki pelajar itu FOTO Harian MetroKuala Krai Pelajar perempuan Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa trauma dipercayai selepas dirotan oleh seorang guru disiplin pada Jun lalu ...
3 Sebab Anak Suka Buat Apa Yang Kita Larang

3 Sebab Anak Suka Buat Apa Yang Kita Larang

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 238 hits
Anak tengah membesar cabarannya juga semakin besar makin lama makin mencabar kesabaran fuhh terasa geram nak marah suara macam tarzan dah jadi kelaziman kebanyakan ibu bapa lain termasuk tukang tulis entry ni Anak ni ada fasanya fasa dia ma...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time